22 October 2012

Girls Day Out

Assalamualaikum =)

Seminggu yang lepas, diri ini busy dengan proposal writing untuk final year project. Tanggal 18hb October 2012 bersamaan hari Khamis, proposal writing tu pun selamat sampai ke Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin of Universiti Malaysia Terengganu. lol ayat kau kan Jenn macam nak buat karangan SPM dulu kala. Dah terlunas satu tanggungjawab bagi kami kami bebudak Marine Biology 3rd year ni. Alhamdulillah syukur. ^^,

Haaa.. bila dah lepas satu tanggungjawab, me and le houzemate pun plan nak pegi ber'steambot' kat Pulau Duyung. Memandangkan semua pun teringin nak makan, we'olls pun pergi malam tu jugak!

ngesep uolls ngesep

happy kan muka memasing?

tau dak maksud 'ngesep' tu ape? pergi carik sendiri.

sebelum dihumban

selepas terhumban

Harga pakej 6 orang RM30. Pulau Duyung tak jauh dari UMT pun. Uolls jangan ingat nama dia Pulau terus uolls assume dia Pulau jauh ke tengah. Pulau ni uolls nak berenang dari jeti pun boleh sampai. Tapi naik kereta lagi cepat sampai. Pendek kate uolls, kalau sewa kereta dari kedai kedai sewa berdekatan UMT, tak sampai 20 minit pun dah sampai uolls.

Tom yam dia sedap. Udang and sotong dia segar dari ladang. Daging and ayam empuks uolls. Kalau makan baca Bismillah, insyaAllah kenyang. To make it short, berbaloi la jugak. We'olls tambah nasi sepinggan sorang. Rasanya kalau tak tambah nasi and tak baca Bismillah mesti tak cukup punya. Hehe...

muka kenyang. terima kasih.

futsal uolls futsal

Ni pulak cerita keesokan harinya, futsal sempena Sukan Jabatan. Iolls tak reti main pun. Iolls tolong member balut and hantar hamper kat tempat ni je. Seronok tengok diorang main. Seronok tengok je la. Ada yang main macam gimnastik irama, ada yang macam breakdance. Waktu bergambar ni hujan. Sejuk uolls.

Speaking of hujan, sekarang ni dah masuk musim sejuk kat Ganu Tittew ni. Sane sini lopak air. Iolls suka sejuk sejuk acenggini. Terasa bagai study kat oversea. Oversea uolls! Kalau iolls memang la consider study kat oversea. Iolls orang Sarawak. Iolls pergi sini naik flight uolls. Bukan kayuh sampan ke, duduk atas rakit hanyut sampai Pantai Tok Jembal ke ape ke. 49 tahun Sarawak maju dalam Malaysia alhamdulillah. 

Uolls ado? ---> psiko gila minah ni

Ayat nak sarcastic kann? Tak payahla Jenn. Tak payah. Sarcastic macam mana pun ayat kau diorang takkan paham punye. They'olls memang suka acenggitu kan. Suka nak bergossip gossip ni. Iolls anti betol orang yang suka sott sett sott sett ni. Anti uolls anti.

Sebelum banyak lagi negative vibes aku muntahkan kat sini, baik aku berambus.

Wassalam
Sincerely, 
Jenn

4 comments:

Thanks for reading