23 November 2012

19 November 2012

Entry Bertajuk Stress

Assalamualaikum *lets pray for GAZA*

Entah kenape rase stress sangat lenim. Rase serabut. Nak buat assignment pun takde mood. Padahal week ni macam busy kott. Assignment banyak. Meeting nak buat group assignment pun banyak. FYP pulok. Bukan week ni je week week seterusnya pun busy jugak. And rumah sewa aku ni pulak panas membahang benor rase nye. Global warming mungkin. Tapi bila dok luar rumah sedap je angin sepoi sepoi bahasa menampar pipiku. Aku baru je balik Ganu 3 hari lepas. Baru 3 hari uolls, aku dah rasa stress.

And, balik je dari cuti midsem aku dapat tahu yg MokTam si kucing hitam yang suka datang rumah sewa aku ni bunting pelamin. I bet aa anak anak dia semua hitam macam dia. kah kah *iklan*

Ke aku yang sengaja menstresskan diri sendiri padahal tak perlu pun nak stress stress pun. =..=

Saje nak cerita kat sini. Nanti lagi sepuluh tahun boleh baca balik. Kenangan apa. Tu pun kalau dunia ni tak kiamat lagi. Tanda tanda kecil dah lengkap semua.

Babai lah pun.

Wassalam.
Not really sincere,
Jenn.

16 November 2012

Perihal Itu: Only In Terengganu

Assalamualaikum :)

Kat Kuala Terengganu tempat iolls belajar ni ada satu bukit. Bukit comel di tengah bandar. Namanya Bukit Besar. Dekat Bukit Besar tu tersergam indah benda alah ni.

Only in Terengganu :)

Orang Ganu or student UMT mahupun UniSZA jangan tipu kate tak pernah nampok ni. Uolls kan suka mengkayakan tokei Mydin dan juga Giant. Berat nanang la kalo tak nampak. Sebelah je kot.

Makanya nak cerita yang aku dah berjaya menunaikan hasrat sendiri nak daki bukit ni tercapai juga akhirnya. Tapi sempat daki separuh je sebab dah nak masok waktu maghrib. See. Lampu pun dah terpasang. Tak berani nak naik sampai atas sebab takut nanti ada yang ikut balik. Hihi.

But on one fine day, aku ngan member aku berazam nak daki sampai atas. Pergi pagi baru best. Sangat membakar kalori uolls. Sure mantop body kalo tiap minggu naik bukit curam ni. Hhmm. Ini barulah dikatakan badan cergas minda cerdas.

And ada satu lagi tempat. Mula-mula kitorang ingat ini Bukit Besar rupenye silap.

Taman Panorama

Yang ni kitorang berjaya daki sampai atas. Taman Panorama ni menarik jugak la sebab ada playground, view cantik and tak berapa nak curam sangat.


Titik permulaan

On the way nak naik ada menara uolls

cantik kan?

cantik kan? :)

cantik kan? :D

cantik kan? \(^^)/

"what a fascinating view", bisik hati kecil ku.

Subhanallah.

Oh and aku baru sampai Ganu pagi tadi lepas seminggu cuti mid sem. Cuti ni dapat mandi sungai, berjalan jalan, kerja part time and ehem ehem dapat bawak balik the frozen roti puri untuk member di sini yang tertanya tanya akan rupa paras dan rasanya. Hhhmmm. Cuti yang bermakna. :D Alhamdulillah.

Till then, bye bye.

Wassalam.
Sincerely,
Jenn.

12 November 2012

Ini Yang Terbaik

Assalamualaikum :')



Enough said.

Wassalam.
Sincerely, 
Jenn.

5 November 2012

Harta Kesayangans :)

Assalamualaikum :)

Setiap orang mempunyai harta kesayangan. Tidak dikira dibeli sendiri atau dihadiahkan oleh keluarga dan juga rakan-rakan taulan. 

*bajet macam nak buat karangan. SPM 2008 dah lame berlalu pergi, Jenn*

harta kesayangan

Ada diantara harta ini terkandung sentimental value yang tersendiri.

Pandadun

Orang yang bagi Panda ni suka benda comel comel acenggini. Ade satu hari tu singgah bilik dia. Tengok atas meja dia penuh dengan patung comel comel. Dia cakap dia gi borong kat Pesta Konvo (kalau tak silap akulah). Then, aku pun bergurau la dengan dia. 'Nak satu!!!!' sambil tersengih macam kerang busuk. Lepas tu dia pun bagila aku si Panda tu. Sebenarnye si Panda ni ade name dah. Tapi aku dah tak ingat nama tu. So, aku pun panggil la dia Pandadun. Masa second year dulu, waktu pening pening buat report kerja lapangan, waktu stress sorang sorang buat slide presentation kerja lapangan (heavy metals), Pandadun la yang teman aku. Suke main cak cak belakang lappy. Tapi bila aku tak perlukan dia, aku tendang tepi je. Kahkah. Takdela, elok je aku letak dia kat tepi katil. Pandadun comel kan? Walaupun tak reti senyum and suke buat muke selenge.

Kucing Purple

Kucing ni big sis aku yang bagi. Comel kan? Katenye client dia yang jual. So dia bagi adik adik dia sorang satu. Aku pilih warna purple sebab aku suka purple! :D Lepas tu ade loceng kat leher dia. Aku memang suke bunyi halus loceng ni even malam malam dengar macam seram je kan. Sepatutnya kucing purple ni letaknya tergantung kat handphone. Oleh kerana aku ni ganas sangat, maka terputuslah talinya. Dah la putus dekat station minyak. Nasib baik la ternampak dia terjelopok dekat sangat dengan tayar kereta. Sobs. Kalau aku tak nampak dah kena lenyek dengan kereta belakang. Bila tengok kucing purple ni mesti teringat kat kakak, lepas tu teringat kat Farouq, Hamzah, Raudhah. Lepas tu teringat kat kakmira, abang, abang chik and adik. Lepas tu teringat kat mama and bapak. Lepas tu teringat nak balik sekarang jugak!

Kucing merah putih

Yang ni aku beli sendiri. Tapi guna duit ayah aku. Hehe. Beli banyak banyak as a souvenir untuk kawan kawan khas datangnye dari Kuching sebab balik Kuching tak bawak kek lapis untuk diorang. (bajet lari wey lari). Tapi, kucing ni limited edition. Aku bagi kat orang yang aku nampak dulu je. Tak berniat nak menganaktirikan sesiapa. Yang ni aku tak bagi kat diorang sebab ade tebik kat sebelah. Tak comei nak bagi kat orang. So, aku pun simpanlah. Jadilah dia buddies si Pandadun and Kucing merah putih tu.


Kucing oren

Yang ni harta yang paling aku sayaaaaaanggg sangat! Siyes tak tipu. Orang yang bagi ni always ceria dan menceriakan. Kucing oren ni datang jaoh dari Langkawi. Waktu tu ade field trip pegi Langkawi. Dalam bas, tiba tiba orang yang bagi ni campak something berbalut surat khabar kat aku. "Piqa, sambuttt!!" Aku pun rasa aneh sangat haih aku campak balik kat dia. Haha. Punyelah suspicious waktu tu. Tapi bila bukak rupanye ade kucing oren yang comel ni. Comel kan? Kucing oren ni tak bergaul sangat dengan yang 3 ekoq kat atas ni. Duduknya dalam almari jadi tempat aku sangkut getah rambut aku, bracelet aku. Special tak special si Kucing oren ini pada aku?

*****************************************************************************

As the conclusion, bila orang buat baik kat kau Piqa, silalah ingat kebaikan yang orang tu buat. Orang tua tua kata, jangan jadi orang yang tak mengenang budi.

Whatever happen, aku tetap akan simpan kucing oren tu sampai bila bila. :')

Wassalam
Sincerely,
Jenn