25 February 2013

Why Are Sardines The Silliest Fish In The Sea?

Assalamualaikum :)




Wassalam.
With love, 
Jenn

23 February 2013

Projek Puding Chenta Sayang

Assalamualaikum :)

Hola! Yeah. As u can read my title of entry. Yesterday, iolls telah menjalankan satu lagi projek puding. Meskipun ade sedikit accident tapi nasib baiklah menjadik.

Pengajarannya:

Jangan letak mixed fruit bila adunan puding anda dalam periuk tu masih lagi ada atas api. Letak mixed fruit bila adunan puding tu dah dituang dalam bekas. Barulah comel puding tu nanti.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa ini bukan resepi aku pun. Google je. Pastu tambah la sendiri mengikut citarasa apa yang patut. Hehe. Tapi puding ni aku letak mixed fruit je. Yang hijau tu agar agar hijau yang dipotong dadu. Sebagai hiasan. Heh.

Accidently beautiful :)
Sepatutnya semua putih. Sebabkan asid buah tu keluar so dia dah buat susu cair tu coagulated. Pecah pecah. Tak comel. Tapi comel la jugak sebenarnya. Hiks.

Ok. Tu je nak cerita. :)

Projek Puding Jagung Kastard Berlapiskan Cheese Crackers. Coming soon! \(^^)/

Ehem. Support me HERE ! :D Thank you.

Wassalam.
With love,
Jenn.

19 February 2013

Appreciation

Assalamualaikum :)


A months ago, someone gave me this pwetty lil calligraphy as my birthday present.

Why I said this is pwetty?

Because the words 'pretty' is not enough to describe this pwetty lil calligraphy. Hiks.

Bye.

Wassalam
With love,
Jenn.

17 February 2013

Projek Puding La Tahzan

Assalamualaikum :)

Hola! Starting today, 17th February 2013, bermulalah final sem aku. Peh! Iolls dah final sem uolls. Iolls dah dewasa rupanya. Hiks.

Bila dah final sem semua orang sibuk fikir pasal future, bukan? Nak LI (Latihan Industri/Practical) kat mane, dapat kerja kat mane and bla bla bla.

Aku?

Penat la jugak otak fikir kenapalah mereka mereka tak reply reply lagi email yang aku hantar kat tempat LI yang aku nak tu. Haih. But, no worry Jenn. InsyaAllah ada. Rileks sudah. Kalo takde sangat ko mintak je LI kat kedai kek & roti. (pun boleh)

Haa disebabkan final sem ni tersangat lah free baq hang. Makanya, aku pun nak start la projek aku. Nak tau projek apa?


Tu dia.

Projek Puding La Tahzan saya. Dengan tagline yang berbunyi "Sape yang makan pasti gembira". Ehem. Dengan harapan sape sape je yang makan puding ni akan gembira lah mereka.

La Tahzan, Jangan Bersedih.

Hopefully. (^^)

Actually, ini bukan resepi aku ye uolls. Aku ambik kat SINI

Semalam, bertarikh 16th February, tercatatlah sejarah si Jenn ni turun dapur buat puding. This is my first attempt. Forgive me if i'm over excited. Alhamdulillah. Menjadi la jugak. Hiks.

Sem baru, rumah sewa baru, dapur baru, semua baru. Saya bahagia disini. :') Thank you Allah.

Oh ya. Show your support here. Do LIKE my page.

Doakan yang satu hari nanti aku mampu ada bisnes sendiri. Ini impian dari kecik. Jangan main main.

Till then,

Wassalam.
With love, 
Jenn.

11 February 2013

Contest Blog Comel

Assalamualaikum :)



Macam dah lama tak join contest/segment blogger. So, here it is!

Aku join sebab terlebih rajin and hadiah dia menarik pulak haih. :)

Jomlah join! \(^^)v

Wassalam.
With love,
Jenn.

7 February 2013

Ilmu Baru: Financial Planning

Assalamualaikum :)

Semalam aku dapat ilmu baru! :D Benda yang aku sendiri pun tercari cari selama ni.

"Berdosa kalau tak share kat semua orang..", kata si pemberi ilmu berulang kali.

Maka, dengan sukacitanya, aku nak share ilmu yang kurasakan penting ini. Bukan orang yang dah kerja je boleh guna, tapi student like me yang dapat pinjaman/biasiswa pun boleh.

So, mari kita mulakannya! (^^)

First of all, seorang manusia/company mesti ada 6 akaun. Individually.

6 akaun yang dimaksudkan:

1. Financial Freedom Account
2. Long Term Target Spending
3. Necessity
4. Education
5. Play
6. Charity

Jom! Aku explain satu satu. Mungkin aku kurang mampu untuk explain dengan baik untuk orang orang yang dah bekerja, tapi mungkin student macam aku boleh ikut tips ni.

1. Financial Freedom Account
(10% from income/pinjaman/biasiswa)

Pada pemahaman aku, akaun ni adalah akaun untuk masa depan. Siapa yang belajar akaun mesti tau kan apa  itu Akaun Semasa? Dia macam FFA ni la. Duit dalam akaun ni kita simpan 10% from our income/pinjaman/biasiswa. Don't touch it! Sampai satu masa nanti kita betul betul perlukan duit ni baru kita guna.

2. Long Term Target Spending
(10% from income/pinjaman/biasiswa)

Akaun ni pulak akaun simpanan or tabungan kita bila kita target nak beli something. For example, aku nak beli gitar purple. (keh keh). Maka, 10% from my income/pinjaman/biasiswa aku akan simpan untuk beli gitar sampai satu masa nanti jumlah dia cukup. Then, boleh terus pecut beli gitar dekat kedai gitar.

3. Necessity
(55% from income/pinjaman/biasiswa)

Banyak kan 55% tu? Opkosla. Nama pun NECESSITY. Then, student macam aku ada necessity setiap bulan seperti sewa rumah, bil air 5 elektrik, minyak motor, makan/minum and etc. So, 55% daripada  income/pinjaman/biasiswa akan diperuntukkan HANYA UNTUK NECESSITY. Ini penting ye kawan kawan, mungkin dekat nak habis sem nanti kita tak terkapai kapai sendiri sebab dah takde fulus sebab dah habis guna untuk joli sana sini. 

For example, peruntukan Necessity aku untuk sebulan hanya RM 270.60. Sewa rumah RM 130. So, tinggal hanya RM 140.60 duit belanja untuk sebulan. Minus bil air elektrik bagai hanya tinggal RM 100 mungkin untuk sebulan. Sobs. Sehari boleh belanja RM 3.00 je. Sila makan nasi goreng McFly hari hari, Piqa. Sedap, banyak dan murah, uollz! Only in Terengganu. Promote.

4. Education
(10% from income/pinjaman/biasiswa)

Haa education. Sape kate education just course yang kita ambik dekat U je? Dapat degree/master/PhD tu terus bangga la dicop well-educated?

"Belajar tu tak pernah habis..", kata seorang kawan yang comel kepada saya.

Betul la dia cakap tu. Macam aku, lesen motor, lesen kereta, lesen scuba yang aku nak sangat ambik tu, nak belajar main gitar, nak belajar bakery & pastry tu semuanya ilmu. Malahan, cara membunuh kutu kucing pun ilmu jugak. Ko ingat senang nak tangkap kutu kucing with your bare hands and letak kutu tu antara dua kuku ibu jari and tekan sampai dengar bunyik 'ketik'? Gittew~

Haa, 10% percent from your income/pinjaman/biasiswa. Gunakanlah ia sebaiknya.

5. Play
(10% from income/pinjaman/biasiswa)

Now, playing! Sape yang tak suka enjoy? Abnormal lah sekiranya ada. Yes, 10% from your  income/pinjaman/biasiswa. Simpanlah ia untuk bermain main, birthday celebration, main bowling, karaoke, reward for yourself setelah penat tempuh final exam, test, minggu yang hectic, nak beli baju the poplook ke, nak beli tudung rainbow sekotak ke, nak makan pizza ke ape ke. Sila gunakan 10% ini sahaja.

For example, dalam sebulan, aku hanya dibenarkan oleh diri sendiri untuk berjoli dengan fulus sebanyak RM 49.20 daripada  income/pinjaman/biasiswa sebulan. Hehe.

6. Charity
(5% from income/pinjaman/biasiswa)

Charity. Contribution to others. Kalau ade income tetap, ni lah duit peruntukan untuk kita bagi kat parents & family yang memerlukan. Kalau ade lebih boleh masuk dalam Tabung Palestin. Kalo ada lebih lagi boleh sedekah dekat kawan-kawan. Kalo ade lagi lebih boleh bagi dekat anak-anak yatim and orang orang yang memerlukan. Tak perlu pergi jauh and tangkap gambar. Kalau ada member anak yatim or kurang mampu boleh kasi kat dia. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. :)

Ok! Dah siap pun.

Selamat beramal! :)

Wassalam
Sincerely,
Jenn.

5 February 2013

Aku dan Lipan

Assalamualaikum :)

Hai! Baru balik dari bercuti! (^^)v

"Bercuti dari kerja kerja haqiqi...", kata kakak iolls berulang kali.

Ya, memang pun. Kerja bukan haqiqi aku pegi bawak Farouq, Hamzah and Raudhah pergi swimming pool pagi pagi, makan, tidor, bangun, makan lagi, petang pergi playground pulak, balik, makan lagi, tidor. Inilah yang daku lakukan sejak 4 hari yang lepas.

Syok! Bukan selalu boleh bermalas malasan begini kenz? Tak fikir dah pasal duniawi. Eh? Tak. Adala jugak terfikir hal duniawi.

*flashcard bertulis TUNGGU and TERIMA bermain di kotak minda berulang kali. Aku tak tau nak pilih mana satu. Tolong! Penat otak dah ni*

Aku & Lipan

Aku geli and takut dengan lipan.


Cukuplah gambar beliau kecik macam ni. Geli pulak aku tengok.

Kisahnya, aku selalu jumpa lipan kat mana je aku pergi. Seriyau tahu? Sampai akak aku cakap aku ni ade kembar dengan lipan. Dah lah lipan yang aku jumpa semuanya yang panjang sejengkal and warna merah geli geli. Dah la jalan laju. Lagi buat aku seriyau. Dahla berbisa. Seriyau seriyau.

Kat mana je yang aku tak pernah jumpa lipan panjang sejengkal? Dalam washing machine pun boleh. Aku pun tak mengerti macam mane dia boleh masuk dalam washing machine. And kenapa orang lain tak pernah jumpa lipan kat tempat yang aku jumpa. Ini aneh. Jodoh kuat mungkin.

Tapi tak pernah lagi jumpa yang macam dalam gambar tu. Kalo jumpa mesti histeria.

Lalu, curiosity seekor kucing telah merasuk diri. Aku pun google la ade tak kisah mitos pasal kembar dengan lipan. Tapi takde pun.

Ini semua poyo! =..=

Wassalam
With love, 
Jenn.