Skip to main content

The Fall and Rise of Si Jenn

Assalamualaikum :)

Dalam 2 minggu yang lepas, hidup seolah olah dirasakan tidak bermakna. Murung je. Semua yang aku buat macam tak kena. Rasa nak pergi terjun laut je. Alkisahnya, aku pergi belajar motor. Hehe cikgu panggil suruh belajar and ambik test cepat cepat sebab lesen L nak mapuh (mati) dah 9/4/2013 nanti. Ye, sepanjang hidup ni aku tak pernah lagi bawak motor biasa yang ada gear. Almaklumlah, tittew ade skuter je. Hanya perlu start enjin and press minyak dan shiuungg jalan.

Ambik test motor adalah antara dugaan terbesar dalam hidup. Ehem. Pathetic, isn't it? Siap kandas lagi kat titian. Sobs. Ni belum lagi nak meniti titan siratul mustaqim. *gulp* Nasib baik ujian jalanraya lulus. Tak la sedih sangat.

So, semalam test ulangan kat bahagian titian, kon, brek kecemasan, pusingan 8 and selekoh tajam. And bagi yang tak tahu, bila dah sampai papan tanda TAMAT tu, kita kena double stand kan motor tu. Heh dengan kekuatan yang Allah pinjamkan dekat aku waktu tu, alhamdulillah, macam makan kacang je aku buat. Harharhar waktu belajar nokk harromm dia tak bergerak langsung. Siap mintak someone ajarkan. Hewhew :3

Bercakap pasal titian tu, aku berjaya jugak buat. Tak jatuh titi, tak tongkat kaki, tak kurang daripada 7 saat.

Ini semua berkat doa family dan rakan rakan yang sentiasa support gua! :')

The Fall of Si Jenn phenomenon tu tak terasa sangat bila ade si Pocikk yang always bagi kata kata semangat, selalu teman kite kat simpang tunggu sampai cikgu datang ambik pepagi.

And not to forget, Kaklong tittew, Kakchik tittew and Kaksu tittew pun tak putus putus bagi semangat and doa bagi kita tak jatuh titi lagi. Sobs.

Pastu kan, Cik Aine and Cik Nisa, jenjiran seberang jalan aku pun tak lupa nak bagi semangat kat aku. Huhu Ya Allah, thank you for giving me these people as my friend. May Allah always bless them. 

Ni Kaklong tittew <3
Yang tudung biru tu Kaksu tittew <3

Tudung turquoise tu Kakchik tittew <3

Yang tengah tengah tu Cik Aine tittew <3

Yang tudung merah baju kuning tu Cik Nisa tittew <3
Haa ni Cik Nemo tittew <3
Diorang ni la yang bagi semangat <3 Thank you korang :')

Yang ni si pocikk saye <3

And the last but not least...

Jeng...

Jeng...

Jeng...

The Rise of Si Jenn phenomenon

Kaklong tittew kate kening kita tebai :3

Kalau main The Sims 3, mood dia sekarang hijau. Hehe :D

Nak tengok magic skin tak?


Mampu nak ada kulit licin macam ni? InsyaAllah satu hari nanti. Yakinlah bahawa Allah sentiasa membantu hamba-hambaNya :)

Ok. Itu je lah nak cerita pun pasal 'The Fall and Rise of Si Jenn. Hidup siapa yang takde jatuh bangun nya? Oh lupa nak cakap kenapa semua orang pakai baju warna terang ngat aih. Sebab 2 hari lepas bebudak Marine Biology UMT ada Majlis Makan Malam Permarina. Bagi final year student macam kami kami ni, ni lah dinner terakhir kitorang. Nanti takde dah. Ada candle light dinner je. Hew hew :3

Lepas ni FYP pulak.

"Your project, your priority, your final performance"

Rabbi yassir wala tu'asir. Semoga dipermudahkan. :)

Till then,
Wassalam
With love,
Jenn.