Skip to main content

Resepi: Puding Biskut

Assalamualaikum :)

Di setiap hujung minggu jika ada kelapangan, sukacitanya daku men'try' segala resepi yang menarik kat tenet. Hew.

Resepi minggu ini jatuh kepada Puding Biskut. Resepi ni iolls accidentally found it kat Youtube waktu nak carik resepi Kek Batik. Hehe.


Sila klik kat video kalau nak tengok acane dia buat.

Resepi ni sangat mudah nak buat. Budak kicik pun terer uolls. Mari aku ceritakan puding biskut versi iolls ni. Hew.

Bahan-bahan:


10 keping crackers jagung
1/2 cawan susu pekat
2 biji telur

Acane nak buat:

  1. Pertama sekali, baca Bismillah dan berselawatlah bagi yang muslim. Niatkan dalam hati nak menggumbirakan perut mereka yang makan hasil air tangan mung ini.
  2. Crackers jagung hendaklah direndam terlebih dulu dalam air suam or air masak. Jangan guna air panas, kalau guna air panas nanti hancurlah biskut tu. Oleh sebab crackers jagung yang aku beli ni saiz kecil so aku tambah lagi 5 keping.
  3. Next, blend telur bersama susu pekat sehingga sebati.
  4. Masukkan crackers yang telah lembut. Air rendaman sila buang ye.
  5. Then, blender lagi sampai sebati.
  6. Masukkan adunan dalam loyang.
  7. Kukus selama 20 minit.
Maka, terjadilah Puding Biskut versi Jenn. Mew.


Nak tau dia dah masak ke belum? Tekan tekan guna sudu. Jangan cucuk nanti tak comei. Kalau dah keras tu maknanya dah masak la.

:)


Dah pun siap. Boleh la hidang dengan teh panas untuk minum petang. Makan sejuk sejuk lagi sedap uolls.

Till then,
sekian saja dari Jenn

Wassalam
Sincerely,
Jenn