Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Muffin Beribiru Jenama Nona

Assalamualaikum :) Dalam lebih kurang 2 bulan yang lepas, aku bercita cita nak beli mixer. 2 minggu yang lepas, aku  berjaya   beli  mixer yang aku  nak . Hand mixer je lah   tapi . Hujung minggu yang lepas, kakak saya yang baru je dapat baby girl baru pada 28/11 yg lalu telah meminta saya buatkan muffin beribiru ini. Plain Blueberry Muffin  jenama  Nona. Guna tepung  mix dalam kotak tu je . Tak tau pulak yang dia bagi tepung je hehe. Kalau ada jem or buah blueberry mesti lagi comel rupa dia. First time buat muffin. Comel betul dia naik kembang merekah gitu. Terharu tengok ;') Itupun sebab guna tepung yang dah siap. Nanti ada masa kita try buat sendiri na. Oh and semalam pergi interview satu   kerja as sales person . Alhamdulillah . Semangat yang datang dari Allah. Aku dapat buat yang terbaik untuk interview semalam and diterima bekerja. So, notis 2 minggu   dah   diberitahu pada   bos  yang sekarang . Dalam 2 minggu lagi aku dah boleh start kerja kat

My Project: The Butter Cream Addiction

Assalamualaikum :) On 27th November haritu   kan birthday my second nephew, Hamzah yang ke  4. Jadi, nak menggembirakan hati dia teringin la nak buat kek birthday untuk dia. Petang tu bila balik dari kerja tiba tiba tercetus idea nak buat kek simple untuk dia. Maka, terkocoh kocoh la aku gi kedai runcit beli Apollo Cake and Kit Kat. Kat rumah dah ada  butter and susu pekat  untuk   buat  butter cream. Gigih aku  tengok kat   youtube cemane nak buat butter cream. Inilah Hamzah  dengan kek  birthday  dia . Kek  terdiri daripada: 8 bungkus  Apollo Cake pelbagai perisa Coklat  Kit Kat Butter Cream pink colour Biskut  Tiger yang dihancurkan  sebagai hiasan Apollo cake tu   aku   susun je   jadi   bentuk rectangle and lapis lapis dengan  butter cream macam   kontraktor   simen batu bata  jadi   dinding . Lepas tu   salut   semua dengan  butter cream yang ada . Then, patahkan Coklat Kit Kat sesuka rasa pastu susun je dekat tepian kek tu. Lastly