Skip to main content

My Project: The Butter Cream Addiction

Assalamualaikum :)

On 27th November haritu kan birthday my second nephew, Hamzah yang ke 4. Jadi, nak menggembirakan hati dia teringin la nak buat kek birthday untuk dia. Petang tu bila balik dari kerja tiba tiba tercetus idea nak buat kek simple untuk dia.

Maka, terkocoh kocoh la aku gi kedai runcit beli Apollo Cake and Kit Kat. Kat rumah dah ada butter and susu pekat untuk buat butter cream. Gigih aku tengok kat youtube cemane nak buat butter cream.


Inilah Hamzah dengan kek birthday dia.

Kek terdiri daripada:

8 bungkus Apollo Cake pelbagai perisa
Coklat Kit Kat
Butter Cream pink colour
Biskut Tiger yang dihancurkan sebagai hiasan

Apollo cake tu aku susun je jadi bentuk rectangle and lapis lapis dengan butter cream macam kontraktor simen batu bata jadi dinding. Lepas tu salut semua dengan butter cream yang ada. Then, patahkan Coklat Kit Kat sesuka rasa pastu susun je dekat tepian kek tu. Lastly, tabur biskut Tiger yang dihancurkan secukup rasa.
:)

Hhhhmm lupa pulak nak snap gambar kek tu je. Esoknya my first nephew, Farouq mintak pulak buatkan birthday cake dia padahal birthday dia bulan 7 -.- Dek kerana aku ketagih nak buat butter cream maka aku turutkan saje lah request dari encik Farouq ni.


Maka terjadilah kek tiga tingkat ni. Yang ni pun guna Apollo Cake gak. Pastu hias dengan bijik bijik colourful tu. Kali ni buat 2 colour. Saje nak try, test dan cubaHihi. Addicted katanya.

So next nak try buat cupcakes and belajar buat Cream Chees pulak. Tak sabau!

Till then,
Wassalam
Sincerely.
Jenn