Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Jenn'Snurul Telah Bertukar Kepada Cats Boutique

Assalamualaikum :) Ingin saya memaklumkan kepada semua bahawa nama online shop kami telah ditukar. Sekarang, namanya telah bertukar kepada Cats Boutique. Boleh lihat di ruangan sebelah kanan untuk terus klik pada link Facebook kami :3 Tujuan menukar nama adalah untuk menjadikan online shop kami lebih dekat dengan hati cats lover dan para pencinta kucing.  Cats Boutique menyediakan merchandise yang diilhamkan daripada kucing seperti accessories (brooch, hijabpin, dll).  Untuk update terkini, insyaAllah akan terus diupdate di instagram @cats.boutique untuk melihat item terkini.  Selain itu, adalah menjadi impian saya sejak kecil lagi untuk mengusahakan sebuah cafe comel. Tercetuslah idea bernas yang diilhamkan daripada kakak saya untuk mewujudkan Cat Cafe & Boutique suatu hari nanti.  Sementelah, kakak saya seorang doktor veterinar yang telah mengusahakan sebuah klinik haiwan sejak 5 tahun yang lalu. Maka, lebih mudahlah untuk kami mencari pelanggan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H

Assalamualaikum :) Sekejap sahaja Ramadhan dah pun pergi meninggalkan kita. InsyaAllah. Doakan kita bertemu Ramadhan tahun hadapan ya. Tahun ini kami sefamili memilih tema warna hitam. Pada mulanya, aku memanggil ini tema terrorist. Hihi tapi kakak kata janganlah menggelar diri sebegitu. Jadi tukar pada tema support Gaza. Hmmmmm.. kalau tau dari awal dah pilih tudung warna merah or hijau. Gambar sefamili tak sempat nak ambik lagi. Nak cakap dress ini from poplook.com. Suka dress dress comel dari Poplook. Suka tengok orang pakai Poplook. Suka Poplook. Suka Poppy, kucing Poplook! :3 Cotton bawal from Kedai Kecil Bukit Sentosa, owner dia peramah. Moga dimurahkan rezeki ya, Makcik Comel. ^_^ Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin Wassalam.

Neutered, spayed & castrated cats

Assalamualaikum :) Hello, semua!  Beberapa hari lalu, aku telah dapat memahami sesuatu perkara. "Apakah bezanya neutered, spayed dan castrated cats?", tanyaku kepada seorang Vet. Yang aku tahu, semua itu bermaksud kucing yang telah dimandulkan, dikasi atau dikembiri. Well, Ada bezanya. Simple sahaja. Neutered cats: Ia bermaksud kucing yang telah dimandulkan. Ia general. Female or male cats can use this term. Spayed cats: Ia bermaksud kucing betina yang telah dimandulkan. Spayed female cats. Castrated cats: Ia bermaksud kucing jantan yang telah dimandulkan. Castrated male cats. ************* Apakah kebaikan pemandulan kucing? Ramai yang berpendapat, pemandulan kucing adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan. Sebenarnya tidak. Ia banyak kebaikan. Aku hanya tahu sipi sipi (sikit sikit) sahaja. Namun, yang penting, pemandulan adalah salah satu cara untuk kita mengelakkan penyakit serius berjangkit pada kucing kesayangan intan payung batu permata

Have You Ever Try Bio-essence Miracle Bio Water?

Assalamualaikum :) Salam sejahtera ke atas mu.  Well, have you ever try this? Sebelum bulan puasa haritu, aku dan kakak aku menceburkan diri ke dalam kolam renang. Pendek kata meluangkan masa untuk bersenam dengan melakukan aktiviti renang. Oleh sebab kami jenis tak suka aktiviti berpeluh, makanya kami memilih aktiviti renang sebagai senaman harian. Almaklum, puteri lilin. Cair kena panas.  Kalau pun berenang kat kolam renang yang tiada berbumbung, tapi duduk dalam air memang tak panas. Tapi sunburn la. Hmmm... Boleh dikatakan, setiap hari pun merajinkan diri pergi berenang. Tak jauh pun. Dari Bandar Baru Bangi ke Putrajaya hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk ke kolam renang Presint 16. Kisahnya,  Of course kalau agak lama terdedah dengan cahaya matahari cantik yg bersinar gah, pastinya akan sunburn. Bukan sahaja hitam malah kemerahan pula. Lagi lagi kulit sensitif macam aku. Baru kena panas sikit dah merah macam udang bakar. Waktu study dulu

Ramadhan 1435H

Assalamualaikum :) Dah lamanya tak jenguk blog ni. Lately, so busy working. Busy with my small business sampai tak sempat nak post barang customer. Nasib baik lah customer tu kawan sendiri wahaha :D kesian Azie, insyaAllah aku post next week before aku balik Kuching. Oh and sekarang saya sengaja menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara kecil kecilan. Jual hijabpin bentuk kucing. Comel! Sangat excited bila jumpa hijabpin ni lebih kurang 3 bulan yang lepas. Alhamdulillah, batch pertama sebanyak 60 pcs habis dijual. Sekarang batch kedua ada banyak lagi and ditambah dengan design lain. Ini adalah salah satu design hijabpin bentuk kucing yang saya ada. Ada banyak lagi design. Kalau berminat boleh ke instashop saya untuk pilih design yang lain. Only RM6 per pieces. Beli 2 untuk hanya RM10 sahaja plus FREE GIFT! Excluding postage ya. Sebab dia comel dan bentuk kucing la saya jual. Hehe. Cat lovers, bolehlah menggantungkan kekucing disisi kepala raya nanti. Comel