29 September 2014

Jenn's Favourite Thingy: Hello Kitty Cookies by 3 Sekawan

Assalamualaikum :)

Dulu, aku cari orang yang pandai buat biskut bentuk kucing. Tak kisahla bagaimana rupanya. Asalkan kucing.

Sekarang, dah jumpa :D Hello Kitty Cookies by 3 sekawan. I think sekawan. Tak pun adik beradik or cousins.

Browse instagram @hellokitty_cookies untuk tempahan.


Haaa cookies sebesar ini. Sangat sedap dimakan dengan hot drinks di petang hari yang damai.


Merang turut excited tengok cookies comel ni.


Oleh sebab dia bentuk kucing, aku jadikan dia kudapan untuk client client yang sedang menunggu giliran di klinik haiwan tempat aku kerja.

Almaklumlah, nak cek seekor kucing pun Doktor dah ambil masa setengah jam. Segala penerangan yang perlu diberikan kepada client dijelaskan satu persatu agar mereka faham. InsyaAllah.

Nanti nak order lagi dengan @hellokitty_cookies. Kali ni nak order chocolate flavour sekali. Khas untuk pengunjung Honey Vets.

Wassalam,
Jenn.

26 September 2014

Jenn's Story: Acne Breakout and Infused Water

Assalamualaikum :)

Some people are lucky. They dont have to worry about acne breakouts. They eat whatever they want but still they dont have to face this trouble. Mereka tak perlu bersusah payah nak jaga betul betul kecantikan kulit sebab dah memang sedia cantik kurniaan Illahi. You guys are so lucky :3

Some people like me are less fortunate. Not unlucky, but less fortunate. Sesungguhnya, ciptaan Allah itu cantik belaka. Yang buruk datang dari diri kita sendiri.

Banyak penyebabnya. Antaranya cara pemakanan, kurang aktif, tak jaga kebersihan, malas and etc. Terus terang aku ni jenis yang nak cantik tapi malas. Haha. Sebab tu masalah tak selesai.

*gelak tutup mulut with smiling eyes*

Selain itu, aku pulak jenis tak mudah percaya nak try produk yang boleh menjadikan kulit gebu lagi cantik dalam masa sesingkat cuma. Nonsense! Jadi, kalau boleh nak mengamalkan treatment yang se'natural' mungkin dan tak bersusah payah bagai nak rak.

Mesti semua dah tahu apa itu infused water. The way to help our body detoxifying all the toxic in the body. Selain sedap lagi menyedapkan tekak juga menyegarkan, ia juga mudah untuk dibuat dan disimpan.

Menurut Mia from Asian Beauty Secret (Youtube) dalam salah satu videonya, acne breakouts yang muncul di bahagian wajah tertentu menandakan ada masalah di bahagian organ tertentu. Ia boleh disebabkan oleh stress dan juga pemakanan. Juga disebabkan toxic daripada apa yang kita makan.

Wah. Cara pemakanan jugalah yang disebut setiap kali bercakap tentang kesihatan kan? Ajaran Islam juga menekankan cara pemakanan mengikut sunnah Nabi untuk kekal sihat supaya boleh beribadah dengan sempurna.

We are what we eat.

Maka, si Jenn mahu try resepi kehidupan ni. Bukan try, tapi mahu mula mengamalkan supaya masalah acne breakouts akan kurang menghinggapi dan menghantui Jenn lagi. InsyaAllah.


Resepi infused water by Jenn: 

Actually ilham dari kakak Jenn, Puan Nurul Honey.

Bahan bahan:
- Seuncang teh hijau
- Sebiji lemon
- Sesudu madu
- Filtered water sesedap rasa

Cara cara:
- Rendam seuncang teh hijau dalam segelas air panas dan biarkan seketika
- Sambil tu bolehla menghiris sebiji lemon dan masukkan ia ke dalam sebiji botol
- Larutkan sesudu madu ke dalam segelas teh hijau tadi
- Isikan filtered water sehingga separuh botol
- Remove uncang teh hijau dan ketepikan
- Masukkan teh hijau bersama madu tadi ke dalam botol berisi lemon
- Isi filtered water sehingga penuh sebotol
- Tutup botol dan goncangkan ia perlahan lahan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk dibiarkan sejuk
- Uncang teh hijau yang suam suam tadi bolehlah ditekap tekap kan ke wajah yang ada banyak acne tu. Double treatment in and out! Gah!

Siap dah infused water by Jenn inspired by Puan Nurul Honey kita. Esok pagi bolehlah minum sejurus bangun dari tido. Haa jangan lupa solat subuh dan berdoa agar dipermudahkan urusan merawat acne breakouts. Gitu. Kepada Allah jualah kita meletakkan sejuta harapan ♥

Kalau Jenn, dia jenis tak sabar. Di guna filtered water yang sejuk. Boleh terus minum. Wah ka ka!

Update blog di hening pagi yang damai. Biasalah tu. Walaupun penat, mata payah nak lelap. Takpe. Weekdays kite masuk kerja after zuhur.

Sampai disini sahaja kisah Jenn.

Till we meet again.
Selamat malam ♥

Sincerely,
Jenn.

Wassalam.


22 September 2014

Jenn's Favourite Time: Off Day

Assalamualaikum :)

Every Monday is my off day. I rarely have time for myself during working day. I considered the days as hectic days. Every working days are my hectic days.

But still. I love my current job. I got to know many new things about cats, common disease, virus breakouts within cats.

You know, i love cats very much. And now, I've learnt a lot about cats especially about how to take care of their wellness. Do's and donts.

Today, is definitely my rest day! I got time for myself, doing silly things, lying on my beds until lunch hour, have a looooong nice shower. To me, mandi is not just mandi. Having shower or taking bath definitely reenergize our body. That's why I can spent more than half an hour in the bathroom, to reenergize myself.

Plus, the goood smell of shower cream wuu. I choose fruit based shower foam because I love the scent. I feel relieve. Forget all my problems for a while.

I only had my breakfast, lunch and dinner at 3 pm. Haha. Btw, siapa pernah pergi makan kat Homst Kitchen? Muslim Chinese Cuisine? The salted egg soft shell crab was so umpphh. Alhamdulillah. Di Malaysia, tiada masalah kebuluran bahkan adakalanya berlaku pembaziran. Oleh itu, hargailah apa sahaja yang ada sekarang, syukur. Jangan dustakan nikmat Tuhan.

Orang Bangi, boleh pergi Bangi Gateaway. Makan kat Homst Kitchen. Sila sila. Boleh window shopping sekali deh.

So,

Disebabkan ada banyak masa untuk diri sendiri hari ini, saya telah mengorek kotak lama dimana saya telah menjumpai buku buku comel ini.


I have a kind of habit dimana saya suka membeli buku nota comel setiap kali terjumpa buku nota comel tanpa mempedulikan bajet yg telah di plan seawal bulan after dapat gaji. Lepas beli simpan kononnya nak guna untuk masa akan datang. 

Nah. Sudah tiba masa akan datang itu, iaitu hari ini. Haha. Akan ku gendong ia di dalam bag dan gunakan ia sehingga lunyai.

Siapa ada habit seperti saya?

Sincerely,
Jenn

Wassalam.

20 September 2014

Jenn's Night Thoughts: Sekeping Hati

Assalamualaikum

Hati.
Hati yang berbolak balik.
Seringkali berubah ubah.
Tak tetap.

Sekejap dia tenang.
Kejap lagi dia meroyan.

Hati...

Selalu risau.
Feeling insecure.
Selalu rasa tak selamat.

Selalu terfikir.
Kenapa baru baru ni Allah selalu hadirkan perasaan ni?

Allah sayangkan setiap hambaNya.
Rindukan rintihan setiap hambaNya.

Lalu, apakah itu tidak menyentuh hati kita?
Sedangkan kita dicipta olehNya.
Untuk sentiasa berzikir padaNya.

Wahai hati..

Percayalah.
Walau apa pun yang terjadi.
Berjalanlah tanpa henti.

Allah tidak memberikan apa yang kamu mahu, tetapi Allah sentiasa berikan apa yang kita perlu.

InsyaAllah.

Husnuzon.
Percaya.
Jujur.

Positive.
Barulah sel badan ikut sama baik.

Wassalam.
Selamat malam.

:)

19 September 2014

30 Days of Challenge (Day 11): Kenangan Zaman Kanak kanak

Assalamualaikum :)

I was born in 1991. We, the 91's baby were live in a great great great childhood memories. Zaman belum ada touchscreen.

Cuba list kan apa je yang kita tak main waktu kecik kecik dulu?

Masuk parit tangkap ikan ikan kecik guna penapis teh mama. Masuk kolam tangkap berudu and bela sampai ekor dia hilang and tumbuh kaki. Masak siput babi kat unggun api waktu mama bakar sampah. Main dengan cacing tanah.

And zaman tu, roller blade sangat famous and semua orang nak mintak parents belikan. Main sampai lutut luka luka.

Yang tak boleh lupa, lepas maghrib pergi mengaji. Balik dari mengaji, selalu sangat kena kejar anjing. Masa tu, akulah adik paling kecik. Kakak, abang, kakmira dah kat depan. Laju je cabut lari. Haih waktu tu kaki pendek lagi. Tapi, anjing tu tak gigit pun. Dia kejar je.

Waktu kecik kecik, masa dirasakan begitu panjang and lebih dari cukup. Waktu rehat je mesti main lompat tali. Gigih sama sama buat lompat tali tu guna getah sayur. Wahahaha ini win!

Lagi satu, kutip batu buat batu seremban. Ada jugak parents baik hati taknak kasi tangan anak dia kasar buatkan batu seremban kain isi dia kacang. Waktu tu, masing masing menunjukkan kehebatan lawan siapa dapat ke peringkat paling tinggi.

And satu lagi kenangan kecik kecik. Yang ni aku sorang je yang buat kot. Main payung tengahari retak. Yelah, zaman kecik kecik mana ada benda nak buat. Ke hulu ke hilir dengan payung. Main sorang sorang. Haha. Payung besar free yang mama dapat dari office lol. Puteri lilin sangat.

Haih. Zaman dulu dulu. Syok sangat.

Half of the siblings

Sekarang semua dah besar. Hihi. Mama cerita, zaman kanak kanak dia dulu lagi win. Mama dulu dulu bukan gadis ayu yang lemah lembut. Dia sangat lasak. Baca buku lepak atas pokok. Kalau merajuk pun duduk atas pokok wahaha.

Sampai disini sahaja kisah zaman kanak kanak Jenn.

Till we meet again in the next challenge!

Wassalam.

17 September 2014

30 Days of Challenge (Day 8): 5 Lagu Cinta Kegemaran Jenn

Assalamualaikum :)

Wow I like this topic. Because I love music. ♥

So, the first would be...

More Than Words by Extreme

Selain daripada lagunya yang best, liriknya juga sangat bermakna. Kisahnya, lagu ini ditujukan daripada kekasih kepada kekasih.

Pengajaran pertama yang aku dapat dari lagu ini ialah 'actions speak louder than words'. Pendek cerita, cinta itu bukanlah hanya boleh ditunjukkan melalui kata kata, tetapi perbuatan. Jika benar cinta, buktikanlah. Gittew.

Pengajaran kedua, dont expect others would know and understand how we feel if we dont tell them how we feel. Bukan semua orang ada 6th sense yang boleh detect apakah yang mahu diberitahu melalui perbuatan dan body language yang ditunjukkan.

Pengajaran ketiga, ada ketika sesuatu itu perlu ditunjukkan dengan perbuatan bukan kata kata. Dan ada ketika, sesuatu itu perlu diungkapkan dengan kata kata bukan perbuatan.

Let Her Go by Passenger

Suka lagu ni. Maknanya sangat deeeeeep. Bagi aku, walaupun dia guna words 'her', tak semestinya lagu ni kisahnya tentang lelaki yg tak menghargai kekasihnya sahaja. Tetapi, kita boleh aplikasikan kepada apa apa saja yg dianugerahkan Allah pada kita.

Well, you only need the light when its burning low. Selalunya kita hanya akan hargai sesuatu bila dia dah takde lagi dengan kita. Bila dah takde, baru rasa kehilangan. Lalu, nikmat Tuhan yang manakah telah kita dustakan? Dalam tak sedar, kita telah let go something we really need in life.

Maybe one day u'll understand why, everything u touch surely dies. Apa apa sahaja kepunyaan kita di dunia ini adalah pinjaman. Takde benda yg kekal dalam dunia ni. Maka, bersedialah.

Cinta Hati by Shila Amzah

Lagu ni ceria, bahagia. Happy jer dengar. Tambah tambah lagi suara penyanyi dia sgt sedap.

Cindai by Siti Nurhaliza

Ini lagu putus cinta yang paling aku suka. Lagu cinta lah jugak kan. Hayati liriknya. Biarpun kecewa, tetap juga kesopanan menjadi tunggak utama. Gittew.

Back to December by Taylor Swift

This is one of my favourite singer after Siti Nurhaliza and Ainan Tasneem. Asal bulan Disember je aku belalak replay and replay this song. (Belalak=dengar berjuta kali)

Sampai disini sahaja kisah 5 lagu cinta kegemaran ku. Dengan ini, aku sudahkan dengan lafaz Wassalam.

Till we meet again in the next challenge!


Meet Chigebu (left) and Merang (right) ^_^ Love of my life ♥


9 September 2014

30 Days of Challenge (Day 7): Sejauh Mana Pelajaran Itu Penting Bagi Jenn

Assalamualaikum :)

So, I skip a few title for this challenge because i didnt think it is challenging enough hihi

Jadi, sejauh mana pelajaran itu penting bagi saya.

Sangat penting!

Dari darjah satu, darjah satu kita masuk sekolah. Meet new friends and goood teachers. Kita bermain bersama. Main batu seremban, main zero point (lompat tali) juga ting ting.

To me, my childhood is very fun!

Okay, pelajaran itu sangat penting bagi semua orang. Tapi bukan semua orang boleh mempraktikkan ilmu yang diterima dalam kehidupan seharian. Kecemerlangan bukan diukur berdasarkan berapa A yang kita dapat dalam UPSR, PMR dan SPM. Termasuk dalam dean's list juga bukanlah tujuan sebenar mengapa kita perlu menimba ilmu.

Setiap agama menuntut umatnya supaya bertebaranlah di atas muka bumi ini untuk mencari ilmu. Dalam mencari ilmu juga kita perlulah menjadi seorang yang ikhlas lagi jujur. Jika tiada kejujuran dan ketelusan, maka tiada bergunalah jika dapat result flying colours sekalipun.

To me...

Going to school, meet new friends, new teachers, new environment, new places, new culture will show us the meaning of life.

Pelajaran = ilmu = hidup

Bekalan untuk afterlife ^_^

Kesimpulannya, ilmu sangat penting untuk bekalan afterlife. Ilmu dan pelajaran bukanlah hanya dilihat pada pencapaian akademik semata. Jangan paksa anak anak dapat A dalam akademik, tetapi ajarlah mereka erti hidup.

Nah.

Nak share sebuah inspirational movie by Aamir Khan.


Jom la tengok cerita ni kat Youtube. Aku pun tak habis tengok lagi. Hihi.

Wassalam,
Jenn


8 September 2014

30 Days of Challenge (Day 4): Buku Kegemaran Jenn

Assalamualaikum :)

Aku paling suka baca novel novel Ramlee Awang Murshid. Bagi peminat novel, mesti takde yang tak kenal penulis novel thriller ni. Pantang kalau novel baru dia keluar, aku mesti carik sampai dapat. Bukan senang nak dapat sebab selalu sold out.


Kenapa aku suka novel thriller Ramlee Awang Murshid?

Sebab jalan cerita nya lain daripada yang lain, suspen, ditambah dengan unsur ketuhanan yang boleh dikatakan seperti dakwah. Kalau buat movie, memang meletup :3

Selain daripada tu, aku suka buku yang ada kaitan dengan kucing. Tak kesahla cerita pasal apa.


Ini contoh buku yang aku ada. Ini kisah misteri yang dikaitkan dengan mitos kucing. And ular. Cuba list kan apa persamaan persamaan antara kucing dengan ular :3 hissssss...


Dewey. Yang ni pulak kisah kucing library. Begitu menyentuh hati. Inspirational story. Very inspired!


Dan aku berhasrat untuk memiliki buku buku ni nanti. Macam best je :3 selalu nampak tergantung gantung di wall facebook.

That's all from me.

Wassalam,
Jenn.

7 September 2014

30 Days of Challenge (Day 3): Sesuatu yang Menguatkan Jenn

Assalamualaikum :)

Apabila merasa lemah, sudah pastinya kita akan terkelepet layu. Apabila semangat telah hilang, sudah pastinya kita akan merasa lembik dan lesu. Apabila merasa demotivated, sudah pasti kita akan meroyan.

Sesuatu yang menguatkan saya...

Allah swt itu Maha Mendengar. Luahkan apa sahaja. Biarkan sahaja air mata menitis nitis di telekung dan sejadah. Cakap sahaja apa yang terbuku di hati. Mintalah apa sahaja dari Allah. Nescaya, akan diberi sama ada cepat atau lambat.

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri sendiri, yang baik itu datang dari Allah. Janganlah pula menyalahkan takdir. Takdir takde kena mengena. Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah dirinya sendiri. Dan janganlah pula 'kaum' itu dianggap persekitaran kita melainkan diri kita sendiri.

Seperti kata kata Prof Dr Muhaya, orang yang hidup dari dalam ke luar adalah orang yang berjaya. Orang yang hidup dari luar ke dalam adalah orang yang keruh. Pendek kata, jangan salahkan persekitaran, melainkan diri kita sendiri.

Allah swt adalah sumber kekuatan hati setiap hambaNya.

Sesuatu yang menguatkan saya...

Cukuplah Allah bagiku. Ya. Definitely, ia cukup. Dari Allah jugalah muncul nya keluarga yang memahami, sahabat yang sering memberi kata semangat juga kenalan yang tak jemu mendengar luahan hati.

Keluarga dan rakan rakan ialah sesuatu yang menguatkan Jenn. Dan sesungguhnya mereka datang daripada Allah swt.

Untuk merapatkan bonding kekeluargaan dan ukhwah persahabatan, berkongsi kisah cabaran dan luahan perasaan juga perlu.

Alhamdulillah.

That's all.

Wassalam,
Jenn.

4 September 2014

30 Days of Challenge ( Day 1): 5 Fakta Tentang Diri

Assalamualaikum :)

Jangan lengahkan masa.
Kita terus ke tajuk utama
^_^

5 Fakta Tentang Diri Jenn

Fakta 1

Mera nam he Nurul Syafiqa binti Mohammad Hatta. Dan kenapa pula Jenn? Sahaja aku memilih nama itu adalah kerana terlalu ramai nama sama macam aku. Apa salahnya aku memilih sesuatu yang lain sikit. And why Jenn? Cuba buka google translate. Taip 'Nurul'. Maka, translation dari Malay to English akan keluar Jenn. Hihi. Tetap nama sendiri jugak. Meskipun family dan friends panggil Piqa je.

Fakta 2

Aku dilahirkan ke dunia oleh Puan Mama atas keizinan Allah swt pada 1 Rejab 1411H bersamaan 17 Januari 1991 di Hospital Umum, Kuching. Ya, IC aku bernombor 13. Dalam family, IC Puan Mama je bernombor 08. Kuching ialah tanah tumpah darah ku tapi aku tak menetap di Kuching. 

Fakta 3

Aku suka kucing. Dari onyang hinggalah ke cucu cicit nya. Semua suka kucing. Belek gambar lama yang hitam putih ceklat tu, mesti ada gambar kucing. Malah, gambar raya tahun 2007 kami pun ada kucing kesayangan Tuan Bapak masuk sekali. Sekarang, saya ada 2 ekor kucing kesayangan bernama Chigebu dan Merang.

Fakta 4

Aku suka menyanyi. Dulu selalu join nasyid dan persembahan. Dulu kecik kecik pernah bercita cita nak jadi macam Siti Nurhaliza. Tapi, sejak meningkat dewasa, aku kuburkan saja cita cita tu. Sebab sekarang dah ramai sangat penyanyi. Seperti fakta tentang aku yang pertama, aku sukakan kelainan. Dalam hal ini, aku tak mampu mencari kelainan. Almaklum, suara biasa biasa je. Rupa pulak, alahai, bersepah di mana mana. Tak unik langsung. Lebih baik lah andainya aku mengejar cita cita untuk membuka sebuah Cat Cafe dan Boutique. InsyaAllah.

Fakta 5

Ramai yang kata, aku ni seorang yang tak de perasaan. Tapi ramai jugak yang kata aku ni sensitif. Kontra, bukan? Kengkadang, aku pun tak faham dengan diri sendiri. Macam mana orang lain nak faham dengan aku. Sepertinya ada split personality and unstable. Macam atom. Bila panas dia tak keruan. Bila sejuk dia jadi lain. Kimia sangat. Wahaha.

*************

Sekian sahaja 5 fakta yang boleh ditaip untuk Cabaran 30 Hari ini :)

Nah, gambar terbaru.


Diri ini jarang ambik gambar. The latest picture is during Raya :)

Wassalam

By,
Jenn