Skip to main content

Jenn's Throwback: Tak Tersengajakan

Assalamualaikum :)

Pernah tak korang alami situasi ni,

Situasi 1:

Pada suatu hari, seorang rakan anda menegur pensil case seorang classmate anda yang lain.

"Waaa, comel dan besarnya pencil case kau!," kata Merang kepada Chigebu.

Lalu, kau pun turut memuji pencil case Chigebu dengan excited nya.

Tak lama selepas itu, kau ke supermarket mahu membeli barang keperluan dan juga berjimba. Jalan punya jalan, terjumpa seketul pencil case yang comel dan besar. Boleh muat A4 paper.

Lalu, kau pun masukkan dalam shopping cart dan ingin membelinya.

Pada keesokan harinya, kau pun mula menggunakan pencil case yg besar tu ke kelas. Kau masukkan segala nenek datuk stationery dalam pencil case.

Merang pun tegur kau.

"Eee besarnya pensil case kau haha! Nak lawan Chigebu punya ka?", kata Merang dengan penuh excited.

Lalu, engkau pun terpana dan speechless seketika. Cuba mengimbas kembali apakah niat dan asbab engkau yang sebenar nak beli pencil case ni.

Walhal, waktu kau beli tu kau betul betul tak teringat langsung yang Chigebu ada pencil case yang comel dan besar. Kau beli pun sebab kau suka.

That awkward moment...

Akhirnya, kau hanya senyum dan gelak sahaja. Lalu menafikan hal tersebut...

Dan esoknya, kau tak pakai dah pencil case tu lagi... hahaha

Situasi 2:

Kau ada ramai anak sedara. Anak sedara sangat aktif dan bijak bijak alhamdulillah.

Pada suatu hari, kau sedang berkumpul bersama rakan sebaya. Tetiba, keluar topik 'How's Your Semester Break?'.

Engkau pun ceritakan telatah anak sedara kau yang terlebih bijak contohnya seperti dengan hanya menonton educational cartoon such as Blues Clues, Dora the Explorer dan sewaktu dengannya mereka boleh belajar bahasa Inggeris dan bercakap sikit sikit dalam bahasa itu seawal umur 3 tahun.

Lalu, seseorang bersuara...

"Alah, zaman sekarang ada susu DHA bagai. Semua budak budak zaman sekarang bijak pandai", kata Capek sambil buat muka annoyed.

Respon Capek membuatkan kau terpana.

Terlintas di fikiran kau..

'Ermm.. aku ada tersalah cakap ke? Ke terpuji melebih lebih suku sakat keturunan aku dengan tidak sengaja?'

Walhal, kau nak berkongsi pengalaman kau jaga budak budak je bukannya nak berbangga kau ada anak sedara yang bijak pun.

Engkau terdiam. Terbisu. Terkelu.

That awkward moment....

Apabila kau tersalah cakap dan membuatkan orang tersalah anggap apa yang cuba kau sampaikan.

***********************************************************

Ada orang, dia tak boleh terima and tak boleh berkawan dengan orang yang pendiam. Bosan katanya.

Tapi bila ada kawan yang mulut celupar, dia jugak yang makan hati. Melalak tak puas hati.

Lalu, nikmat Tuhan yang manakah telah engkau dustakan lagi?

Peliks.com

***********************************************************

Wassalam.