Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Drama.

Sambil menunggu makanan yang dipesan sampai, aku perhatikan sahaja dua staff baru tempat aku bekerja berbual sesama sendiri. Syukur tak terhingga aku panjatkan pada Tuhan kerana menghadirkan mereka berdua sebagai rakan sekerja ku. Setidak tidaknya ceria juga hidupku dengan telatah mereka ini. Leka aku memerhatikan mereka berborak kencang hingga membuatkan aku tertawa sendiri. "Awak tau tak cerita Asam Pedas Untuk Dia... bla bla bla.... sweet sangat diorang dalam novel!" "Saya tak baca novel sangat. Tapi, drama yang betul betul saya follow Arianna Rose. Yang tu memang sweet iler iler la!", sambung yang seorang lagi. Aku diam sahaja. Almaklumlah, jarang tengok tv. Tak mengambil tahu sangat perkembangan dunia. Speaking about asam pedas, teringat satu masa dahulu, semasa masih dalam fasa mengorat, kekasih hati pernah masakkan asam pedas untuk aku. Aku namakan cerita cinta antara aku dan kekasih hati aku.... " Asam Pedas Ikan Kembung Untuk Tackle Pe

Hati Kering.

Setelah aku kunyah habis 2 keping cheese Anchor begitu sahaja sebagai supper malam ini, terus aku switch on laptop. Sebelum ke laman blog, aku pasang dulu radio era online. Entah lagu apa yang dimainkan. Aku biarkan sahaja dengan harapan ada lagu yang aku suka diputarkan. Nak buka Youtube, malas. Takde idea nak dengar lagu apa. Hari ini, ramai juga yang berkunjung ke klinik. Ada yang bawa kucing kesayangannya untuk suntikan vaksinasi tahunan, ada yang selsema, ada pula yang hilang suara. Kucing pun boleh hilang suara. Sedikit senyuman tersungging di bibirku. Waktu operasi klinik pada weekdays adalah daripada jam 2 petang hingga 10 malam. Selalunya malam barulah ramai yang berkunjung ke klinik. Kalau ramai itu biasa, Almaklumlah, ramai yang bela kucing di Bangi ni. Adakala, jam 11.30 malam barulah client terakhir selesai dikonsultasi oleh vet, preskripsi ubat dan bayar bil. Pada yang sudah sedia tahu, pasti akan membuat appointment terlebih dahulu sebelum datang. Dengan har

Mutiara Kelima.

Pagi tadi, kekasih hati tag aku pada satu post di instagram. Aku pun baca post yang panjang itu.  Ia mengenai dialog di antara Nabi Muhammad SAW dengan Malaikat Jibril.  Nabi bersabda "Wahai Jibril, adakah engkau akan turun ke bumi lagi setelah aku tiada?" Jibril menjawab "Ya. Aku akan turun untuk mengambil 10 mutiara". Pada post itu, aku tertarik dengan mutiara kelima.  "Mutiara kelima yang akan diambil daripada bumi ini ialah rasa malu daripada perempuan. Rasa malu itu kini telah berubah menjadi rasa bangga" Sobs. Diakhir zaman ini, marilah berhati hati dengan fitnah dunia. :'(

Balik Kampung.

Malam ni, aku dan famili kakak akan pulang ke Rawang. Balik rumah Mama. Pelik kan? Hari Ahad baru balik. Orang lain balik kampung hari Jumaat. Off day kami, every Monday. No cramp no jam. That's all we need. Pagi tadi, aku bangun lewat. Gara gara nak menjadikan hidup lebih bermakna dengan update blog tiap hari, aku tidur lewat. Hehehe. Jangan ulangi ya, Jenn. I found something interesting today. It is about SNAIL. Aku pelik kenapa SNAIL pun boleh jadi bahan skin care. Aku dah terbayang siput babi. Dekat instagram melobo lobo (melambak) product skin care yang ada tertera tulis SNAIL besar besar. Aku jadi pelik dan eww seketika tatkala pertama kali bersua. Tapi hari ini aku pun beli jugak.... Nampak tak dia tulis SNAIL besar besar? Katanya dapat memudarkan parut jerawat ketika mencuci. I just give it a try. Memandangkan facial wash yang sebelum ni ada SLS, atau nama panjangnya Sodium Lauryth Sulphate. Aku berkira kira untuk tukar facial wash meskipun a

Ubah.

Duduk bersila di depan meja Jepun pemberian kekasih hati. Menghadap laptop dan merenung skrin. Petang tadi, aku sempat memikirkan rencana 'anjakan paradigma' ku. Selama ni, aku perhati je. Apa kata harini aku mulakan perubahan. Rencana rencana tu aku tulis dalam buku kecik comel warna purple yang aku beli kat Mr DIY. Dah lama tak pergi situ and selalunya accidentally membeli barang comel yang tak patut. Aku berikan tajuk 'Pelan Perubahan Rutin Seharian'. Peh. Cukup gempak tak bunyi? Aku seorang yang sukakan perubahan dan sesuatu yang baru. Aku juga seorang yang jenis cepat demotivated apabila teringat penyesalan masa lalu. Bila demotivated, habislah pelan aku. I will overthink and overthink and frust sendiri. Aku pun hairan, kenapa aku macam tu. Huhu. Ambil masa nak move on dan kembali ceria. Allah swt bersabda, maksudnya... "Jika sesuatu kaum itu tidak berusaha untuk mengubah dirinya, maka Dia tidak akan mengubah nasi

Perhati

Aku perhati je dari jauh. Bukan perhati apa. Perhati macam mana orang berjaya ni berjaya. Berjaya bukan takat berangan sesaja. Tapi, berjaya untuk akhirat juga. Adakala... Bukan. Selalunya, terbentuk awan awan berangan di atas kepala ku. "Oh, indahnya jika aku berjaya seperti mereka". Masa tu, tercetus semangat baru dalam diri. Kalau nak berjaya macam mereka, mesti buat apa yang mereka buat. Orang berjaya ni, dia buat apa yang orang lain tak buat. Fokus. Tak peduli orang kata. Selalunya... Api semangat tu menyala sekejap je. Lepas tu, hidup aku back to normal pace. Oh how I hate that so much! Tapi aku tak mampu dorong diri aku terus ke depan dengan lajunya. Kenapa ya? Kadang kadang aku rasa exhausted sangat. Tapi, aku paling tak suka kalau hidup tu sama je hari hari. Hari hari pergi kerja balik kerja. Sama je. Oh bukanlah aku mengatakan aku tak sukakan kerja aku. Tidak! Suka sangat. Cuma, aku tak suka buat benda yang sama setiap hari.