27 June 2015

Happy Birthday to my blog!

Assalamualaikum

Today is my blog's 4th birthday! Dah 4 tahun ya. How time flies. Aku ingat lagi masa mula mula buat blog. Masa tu 1st year di UMT. Did you know Miss Adiela Ridzuan? The most prettiest freelance muslimah model zaman ini? Tak mungkin tak kenal sebab wajah dia ada dimana mana :)

So, aku kenal dia biasa biasa sahaja. Dia kawan sekolah kepada roommate aku di Matriks Perak. Dia memang cantik dari kecik. Ada lesung pipit yg sangat comel. A very humble in person. Suka buat cookies. Sekali sekala datang bilik bawak cookies ala ala famous amos dia.

Kisahnya, suatu hari aku main Facebook. Adiela post a picture of her (masa tu dia belum jadi model lagi), pakai shawl ada pin bunga ditepi. Some of her friends commented on her photo, "Nak jadi macam Fatin Liyana ke?". Aku tertanya tanya, siapakah Fatin Liyana? Mengapakah namanya disebut sebut.

Since then, I knew about Fatin Liyana. A blogger, suka travel, belajar di Indonesia, a doctor-to-be (pada masa tu). Pretty, and also a freelance muslimah model. Sejak itulah aku berjinak jinak dengan blog. Lepas dari itu, tak sangka pula ramai classmate yang ada blog. Mira, Zati, Iezza, Linda, Awin, and also my best friend, Thira. Maka, follow memfollow lah diantara kami.

Aku akui, post dulu dulu banyak merepek daripada berkongsi sesuatu. Dengan kata lainnya, bukanlah blogging about something bermanfaat sangat pun. Blog ni sebenarnya wujud untuk someone yang mahu share sesuatubukan? The language I used... excuse me for my language. Selalunya aku blog about something yang aku tak puas hati. Dah macam diari. And dear diary tak sepatutnya di 'publish'. LOL.

Tapi, bila baca balik memang geleng kepalalah dengan diri sendiri. Nak delete post post yang tak bermakna, sayang pula. Kenangan. Lagipun, siapalah yang nak baca pun kan. Aku sorang je kahkah. And blogging is one of my way to deal with stress masa zaman belajar dulu.

Mujurlah apabila diri semakin dewasa (hikhik), barulah aku sedar akan kegunaan blog yang sebenar iaitu 'to share something useful'. Maka dengan itu, bermula umur menjangkau 24 tahun, aku gunakan blog ini sebagai medium untuk online business. Or sometimes share some recipes, something new I just found in life, lessons in life, and sewaktu dengannya. 

"Sebaik baik manusia ialah yang bermanfaat kepada yang lainnya"

Gitu.

Oh semalam dapat gift dari Mabul. 


These pretty necklaces are given by my boyfriend. Untunglah budak ni, merantau kat tempat tempat cantik je kerja dia. Haa.. jangan tak tahu. Masa zaman belajar dulu, boyfriend saya ialah silent reader blog saya dulu (masa tu belum jadi boyfriend lagi). Haha. Dia stalker :p Dia banyak share gambar gambar under the sea dengan aku, insyaAllah, jika dilanda kerajinan, akan aku share pada semua kecantikan alam ciptaan Tuhan.

Jadi, nak share hadiah ni dengan blog. Selamat hari kejadian luvme0w.blogspot! Cantik kan?

Loket tu diperbuat daripada kulit kerang kerangan. Cantik je ukiran dia. 

Till then.
Wassalam,
Jenn.

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading