Skip to main content

Prinsip Yang Perlu Ada Jika Mahu Menjadi Seorang Usahawan

Assalamualaikum :)

Ramai yang nak jadi usahawan. Berjuta juta online shop yang ada sekarang. Tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Macam penyanyi. Ramai yang nak jadi penyanyi, berebut nak masuk program realiti tv. Berebut dengan populariti

Namun, jika dalam hati hanya mahu bersaing dan menjatuhkan sesama sendiri. Lupakanlah


Perniagaan itu membuka 9/10 pintu rezeki. Perniagaan itu adalah kerjasama, bukan persaingan. We need to help each other. Bukan menjatuhkan sesama kita. 

Kenapa peningkan kepala fikir bagaimana nak jadi lebih dari orang lain? Kenapa tak sama sama bangun dan berjaya? Dan kenapa perlu bersaing? Can't you just be yourself?

Kedekut.

Kalau kita tak bekerjasama dan asyik memikirkan tentang persaingan, maka kita akan mudah jatuh tersungkur.

Sebagai contoh, Embun jual ABC Mango Lolo dan Kiwi Lolo di gerainya di tepi jalan. Ramai yang suka hingga tak cukup tangan nak layan customer. Di sebelahnya terdapat gerai menjual ABC yang dimiliki oleh Mawar, juga menjual menu yang sama.

Apa salahnya?

Jika kita yakin bahawa kita mempunyai identiti tersendiri, keistimewaan tersendiri, apa perlu kita risau dengan rezeki. Remember, rezeki Allah itu luas.

Daripada asyik memikirkan tentang persaingan, apa kata bekerjasama.

Si Embun boleh mencadangkan pada customernya untuk order Mango Lolo dan Kiwi Lolo pada Si Mawar dek kerana tak cukup tangan untuk melayan customer nya yang ramai, ataupun stok buah kiwi nya telah habis, contohnya.

Si Mawar pula jangan berdengki, buatlah sebaiknya agar Kiwi Lolo dan Mango Lolo nya juga disukai ramai. Si Mawar juga boleh mempelbagaikan resepi ABC nya supaya boleh menarik lebih ramai pelanggan.

Jangan tamak dan cantas rezeki orang. Jadikanlah perniagaan itu satu kerjasama, ukhuwah fillah (katanya), dan juga misi hidup untuk sama sama masuk syurga, sama sama berjaya.

Akhir kata, bekerjasamalah. Maka, hidupmu akan lebih tenang. Lebih tenang kerana sama sama membantu.