Skip to main content

Penjagaan Dalaman & Luaran, Prevention dan Treatment untuk Tumit Merekah

Assalamualaikum :)

Aku ada masalah tumit merekah yang agak teruk. Dan aku perasan rekahan jadi makin teruk bila berdiri lama sebab kita dah bagi tekanan pada tumit dengan berat badan kita. Eheh

And tumit yang merekah tu bertukar menjadi kehitaman kesan kotoran yang kita pijak. Buruk sangat rupa dia. So, aku pun google some tips yang boleh dibuat untuk mengelakkan masalah ni jadi makin teruk. 

Banyak je tips yang boleh dicuba. 

1. Inner: Drink enough water

Tumit merekah petanda kulit kering. Ini disebabkan badan tak cukup air. So, solution nya kenalah minum air yang cukup. Mengikut kata kata Prof Dr Muhaya, tips minum air yang cukup adalah, drink one sip of water in every 15 minutes. Satu teguk setiap 15 minit. Kalau minum sikit sikit macam ni tak perlu bersusah payah nak paksa diri minum 18 gelas air sehari kan?

Minum air putih secukupnya ibarat menyiram organ organ kita dengan air supaya organ sentiasa segar dan sihat. Macam pokok, nampak segar dan hijau bila disiram dengan air. Hee macam tu lah organ kita. And skin is our largest organ :)

Dan satu benda yang aku perasan bila consume Eskayvie Ammarawhite. Tumit kaki tak merekah dan rasa lembut je. Mungkin khasiat yang ada dalam produk ni menggalakkan aku minum lebih banyak air dan membantu restore kandungan air dalam badan. Great!





2. Prevention: Pakai selipar/stokin sentiasa

Kenapa tempat rekahan tu bertukar jadi hitam? Sebab kita dah pijak banyak kotoran, Dekat lantai, selipar/kasut yang kita pakai. And lantai simen yang sejuk menerukkan lagi keadaan tumit kita. Ohoi!



Maka, gunakanlah selipar tido or stokin dalam rumah. Boleh melindungi kaki daripada kotoran dari luar mahupun dari dalam rumah. Prevention is better than cure.

3. Treatment: Soak, scrub & massage

Indahnya rasa jika dapat buat foot spa! Boleh je buat sendiri kat rumah. Rendam kaki dalam air suam. Titikkan sedikit minyak zaitun or essential oil dalam air suam tu. Aku takde essential oil so gunakan je apa yang ada kat rumah ni, iaitu serum Eskayvie Hydralisse (lol pakai serum muka kat kaki pun boleh) and also minyak zaitun Safi untuk rambut. Haha Wangi~



Then, urutlah tapak kaki biar khasiat yang terdapat dalam essential oil kita tu meresap masuk ke dalam kulit. Berendamlah kakimu dengan air suam bersama essential oil selama 10-15 minit sambil membaca buku fixi bertajuk SUSPEK by Inawza Yusof. Best cerita ni, aku memang suka baca cerita misteri dan penyiasatan.



Lepas tu, bila daki dah kembang bolehlah menggosok kaki dengan scrub susu kambing Puteri Binari. Gitu! Haha macam tadi jugak, gunakan apa sahaja yang ada dirumah. Dengan mengscrubbing, maka tanggallah kotoran kehitaman di kaki. Kalau buat sekali memang akan ada lagi yang tak tanggal, formulanya kena buat selalu. Hehe.



Keringkan kaki, then bolehlah sapu losyen khas untuk tumit merekah Ellgy! Urut tumit dengan losyen hingga losyen tu meresap dalam kulit. Pakai stokin dan tido!



Bendanya kena rajin buat. Kalau dah balik kerja tengah malam kau fikir aku bergigih lagi nak foot spa bagai haha. The key is your time management ;) wink! Kita cerita pasal tu di lain hari pula sebab aku memang ada masalah dengan my own time management. Sigh.

Till then,
Wassalam.