Skip to main content

Semporna Trip: Bohey Dulang Island

Assalamualaikum :)

September 2015, terjejaklah kaki ini ke bumi Semporna dan pulau pulaunya. Semporna memang cantik lautnya. Biru turquoise. 

So, my friends and I went to Bohey Dulang Island for hiking!

Kami sewa bot dari Kembara Pulau Semporna untuk bawa kami ke Pulau Bohey Dulang. Bilabong Scuba pula menyediakan pakej tempat tinggal di Mabul Island dan juga set snorkeling sekali. Office HQ mereka terletak di Semporna. 

Seawal pagi jam 7, kami ke Semporna Jetty menunggu bot. Kena pergi awal, kalau lambat sikit je, kena berbaris tunggu nak naik Bohey Dulang nanti. Perjalanan dari jeti ke Pulau Bohey Dulang mengambil masa dalam sejam. 

Jeti Bohey Dulang

Dah pun sampai! As you can see the crystal clear water. Subhanallah so pretty! Tempat hiking ini dinamakan Taman Marin Tun Sakaran. 

Diiringi oleh seorang staff yang akan lead kami ke atas, maka bermulalah pendakian sepanjang 600m track. Kedengaran macam dekat kan. Tapi... peh!


Kalau tak silap, papan tanda ni dekat point 100m. Dek kerana track nya memang curam dan kurang stamina, begitulah wajah kesemputan. 

Untuk mereka yang jarang bersenam, bersedialah muntah di point ke 500m. Kahkah!

Setiap 200m, kami akan berhenti rehat sekejap. Bagi yang tak biasa, bersedialah mengalami perut senak. Haha.

Bohey Dulang from above

Mendaki itu memang bukan mudah, berbekalkan semangat yg hampir rapuh, dan sahabat sahabat yang baik dan memahami, berjaya jugak sampai puncak. Alhamdulillah

Look at the scenery from above!!!!

Cantik sangat :')

Selepas 15 minit aku yang hampir patah semangat mencari balik nafas dan tenaga, barulah aku dapat berdiri dan menikmati keindahan alam. Ok hilang penat. Hhmmm.







Some of them are my classmate masa universiti. Some of them are my seniors. Some of them are my classmate's friends. Rasyid, Lili Amira, Siva, Kak Atiqah, Nicole, Azlan, Kim Jong Il (Lao Ding Wei) and Shion.

I like them. They are funny XD

Meskipun jerebu, still silau tak dapat buka mata. Selepas 45 minit dan berpuluh puluh gambar diambil, barulah kami turun semula ke jeti. Masa tu ramai manusia dari segenap dunia tengah beratur nak naik atas. 

Kalau nak naik ataskena group by group. Tak boleh ramai ramai. On the way nak turun tu, berselisih dengan seorang ibu dan ayah. Dua dua kendong baby! Ya Allah, I wonder how strong and determined they are. Aku nak bawak diri pun dah separuh nyawa. Diorang bawak baby kot.

Fuhh! Hebat sekali.

Sampai disini sahaja kisah saya mendaki Bohey Dulang. Till we meet again.

Wassalam.