30 December 2015

Jalan Jalan Keliling Pulau Mabul

Assalamualaikum :)

My last entry regarding my Semporna Trips would be this one! It takes me a longer time to begin writing about this trip. Maybe because of my work schedule was too busy back in October and November. So, in this last month of the year, I would like to finish my story about Semporna Trip last September.


Kat Mabul, kami stay di Billabong Scuba for 3 nights. Kalau pusing satu Mabul ni memang kita boleh dapati ada baanyak chalet untuk backpackers dan juga resorts untuk tourist. 

Antara aktiviti masa kat pulau ni ialah snorkeling (Mabul dan Kapalai), scuba diving (Sipadan) dan jalan jalan pusing pulau. Disebabkan masa kami pergi ni hujan, laut agak bergelora. Masa snorkeling kat Mabul, saya mabuk laut.

Imagine bila dalam air pun mabuk bila dilambung, nak snorkeling pun mabuk, kalau duduk dalam bot lagilah mabuk. Sebab laut dia sangat berombak huhu. Gambar tu pun aku ambik masa tengah mabuk mabuk. So, I have missed the beauty of Kapalai Island. Sobs.

Yang lain pergi diving kat Sipadan Island. Katanya, Sipadan sangat cantik. Aku yang takde lesen ni diam je lah mendengar cerita.


Petang hari, kami berjalan jalan dalam Mabul. Kat belah sana pulau, ada resort orang orang kaya and tourist daripada luar negara. Memang cantik scenery dia.

The entrance of Mabul Water Bungalow Resort

Resort ni terletak jauh ke tengah pantai yang landai. Sepanjang titi kayu ni ada banyak sangat sea creatures yang unik boleh kau tengok, Pantai ni berpasir yang takde coral. Boleh nampak belut laut, ikan ikan kecik, parrot fish, starfish and etc.

Lily and Siva


Kami ber 9

Background tu semua nya milik Mabul Water Bungalow Resort. Mengah jugak nak jalan sampai hujung sana. Besar and sangat luas tempat ni.

Warna laut kat Sabah memang cantik and sedap mata memandang. Tak payah pergi jauh, dalam Malaysia ni banyak lagi tempat cantik yang tersembunyi.


Makin jauh korang jalan masuk, makin dalamlah air dia. Kat tempat air dalam tu, kami bernasib baik dapat tengok penyu lalu lintas. Besar satu pemeluk! Total yang kami jumpa petang tu dalam 10 ekor jugak. Nampak macam batu laut, tapi rupanya bergerak.

That was the first time I saw wild turtles. Excited lah jugak cuma tak sempat nak tangkap gambar. Kalau setakat penyu kat Aquaria KLCC tu kirim salam je lah. Tak suka tengok haiwan terkurung.


Apakah itu? Itulah lampu yang dibuat daripada recycled oxygen tank. Kreatif! Manakala, lampu bulat itu kelihatan seperti bulan besar pulak dalam gambar ni. Tempat ni yang hujung resort, ada lagi pembinaan diorg nak sambung buat kat sini.


Ada signboard yang tertulis "BEWARE OF SEA SNAKE"

The necklaces

Balik dari jalan jalan kat resort, aku singgah beli rantai cantik ni. Loket diperbuat daripada shells yang diukir cantik. Ada banyak jenis sea creatures. Penyu ada, sharks, bentuk coral, bentuk siput tu biasa.

Yang paling aku suka, bentuk starfish and seahorse ni je :)

Orang orang kampung dalam Mabul ni jugak yang buat souvenir ni. Disebabkan aku tak mampu nak sambung pergi snorkeling, aku ambik peluang untuk menikmati scenery laut je kat Mabul ni. Lepak kat dewan makan, makan dan makan sambil tengok laut.

Gambar Google: Above view of Billabong Scuba
Dewan makan Billabong Scuba yang bumbung bulat kat hujung tu. For your informations, makanan disediakan dan bil nya dah termasuk dalam bayaran.

Gambar Google: Dewan makan Billabong Scuba

Seronok dapat tengok dunia. Tahun lepas (2014), memang aku ada letak dalam "2015 Wish List" nak pergi traveling and tengok dunia. Alhamdulillah :) Tercapai hasrat itu. Kiranya tercapailah hasrat tu sebab dalam tahun 2015 je dah pergi Sabah dua kali. Yay!

InsyaAllah, tahun depan nak pergi mana pulak?

Till then,
Wassalam.
Sincerely,
Jenn

28 December 2015

Daily Foodie: Resepi Mudah Mi Bandung

Assalamualaikum :)

Today is my off day. So, I have decided to cook something. I love Mi Bandung so much. Do you wanna know how it sounds in English?

Lets.

Noodles & egg in soup made of the mixture of dried chillies, onions, meat stock, dried shrimps with some blended fried ground nuts garnished with fish balls, fried tauhu, fried onions, lime juice and steamed mustard leaves.

Gittewwww.

Breakfast:

Breakfast tadi Mama buat cekodok pisang berbiji. Haha.

Nama english dia ialah mashed banana fritters.

Tips makan cekodok pisang berbiji ialah BERSABAR.

My Lunch & of course for Dinner too: 


This is my first attempt to cook Mi Bandung. Resepi ini saya ambil dari blog Kak Azlita Masam Manis. Ada banyak version resepi mi bandung di blog beliau. Pilih je mana berkenan ya. Yang saya try resepi Mee Bandung Muar.

Ada yang saya ubah daripada resepi asal. Untuk memudahkan saya, saya beli bahan bahan ni:

Segenggam cili kering
Seikat sawi
Seikat daun bawang
Seikat kecil daun sup
7 biji limau kasturi
3 biji cili merah (besar)
3 biji cili hijau (besar)
Segenggam kacang tanah
10 biji telur Nutriplus
Ramly Minced Beef 400g
Sebungkus fishball
Sebungkus tauhu goreng
2 bungkus mi kuning
2 ketul chicken stock Maggi

Daily workout:

Lalalala~

Topik tambahan:

Tadi terkejut sebab total belanja beli bahan nak masak mi bandung ni hanya RM 25 sahaja. Gigih beratur kat cashier yang ada 'Tunai & Debit Card/Credit Card' sebab malas nak pergi withdraw duit. Nasib baik ada cash RM30 dalam purse.

Konklusinya, jimat kalau berbelanja kat ECONSAVE. Cuma seafood, poultry and meat dia je tak berapa nak fresh (Ini kalau Econsave Jalan Reko, Econsave lain mungkin ok).

Satu famili saya boleh makan. Hmmm jimat jimat. Tadi kat Econsave pun macam hujung minggu. Ramai beratur nak timbang barang and beratur nak bayar. Isnin ni, orang sambung cuti ke?

******************************

Till then,
Wassalam
Sincerely,
Jenn.

Daily Foodie: Day 2

Assalamualaikum :)

Nak tukar nama la untuk post ni haha. Macam cliche je diari diet. Daily Foodie la sudah. Tak reti la nak diet diet ni. Hmmm. Takpela. Asalkan jaga portion and pergi bersenam.

Breakfast:


Semalam pergi wedding kat Dewan Gemilang UKM (UKM ada dewan kawen rupanya), dapat goodies cookies comel dan sedap ni. Tak minat sangat benda manis leting ni. Tapi disebabkan lapar and nak pergi kerja dah, telan la 2 3 ketul. Ya Allah, kencing manis begini. *sorok bawah katil*

Then, singgah Shell beli roti Gardenia Coklat and Mighty White Tuna Chili. Pedas baq ang (first time makan). Pukul 11 makan satu, pukul 1 makan satu. Sebabnya perut ini cepat lapar. Orang gastrik tak baik tahan makan.

Lunch:

Keluar lunch pukul 2.30 pm. Menunya berbunyi begini.

White rice with fried drumstick, fresh salad, coconut gravy and sambal belacan. Lime iced!

*bunyi menu dalam english kan kedengaran lebih sedap*

Dinner:

Ni yg buat diet lari ni. Hmmm :(

Kakak masak  tuna grilled with turmeric powder, broccoli with dried shrimps soup, and cabbage in soy sauce soup  ditambah dengan blended dried chilli in soy sauce (sambal kicap je).

Bagaimana masakan dirumah tidak bertambah nasi? :( Lagi lagi makan ramai ramai dengan famili. Mama and bapak pun ada, baru sampai petang tadi dari Rawang.

Disebabkan ini semua, fikir fikir balik, diari diet tak perlu menjadi. Tukar la jadi daily foodie. Nak share kat semua kecantikan makanan tu macam mana. Haha.

Excercise: ?

Harini seorang colleague tak dapat datang kerja disebabkan hal kecemasan. Maka saya kena tolong cleaning bilik bilik kucing termasuk cat hotel, ward and isolation room.  Esok cuti, so kena mop lantai dengan disinfectant. 

Dari tingkat 3, tingkat 2 dan tingkat 1 kena mop. Haa cukup la tu workout nya. Tadi lepas dinner pun mop lantai gak. *Piqa dan mop berpisah tiada*

Topik tambahan: Teh Air Mata Duyung


Lepas dinner tadi, teringin Teh Air Mata Duyung panas panas. Ciri ciri teh ni ialah warna cair (tak pekat and pahit) dan juga kurang manis :)

Ayah saya yang bagi nama tu. Dia selalu tegur, "siapa buat air teh air mata duyung ni? takde rasa teh" ujarnya tanpa nada marah malah meneguk sehingga habis secawan.

"Elok la minum teh mata duyung, kurang manis. Lebih sihat. Bahaha", jeritku dari ruang tamu.

***********************

Sekian,
Wassalam
Sincerely,
Jenn.



27 December 2015

Daily Foodie: Day 1

Assalamualaikum :)

Berat terkini: 55 kg
Tinggi: 157 cm 

BMI 22.3 (Normal body weight)

Normal, cuma aku rasa kurang sihat sejak kebelakangan ni. Mungkin juga disebabkan metabolisma badan telah menurun seiring dengan peningkatan usia. Gitu ayatnya.

Aku fikirkan, aku perlu buat sesuatu. Sesuatu yang bukan asing lagi, iaitu bersenam dan be active, juga mengubah cara pemakanan :3

Aku ada gastrik, tak elok tahan makan. Kena makan jugak.

So, this diary will be divided into 3 parts;

1. Healthy menu for breakfast, lunch and dinner
2. Daily workout
3. Topik tambahan (jika ada)

**************************************************

Menu for today's dinner:

Telur bistik with white rice

Only semangkuk. Kurangkan portion dalam makanan :3

Harini ada menu dinner je, sebab baru decide nak buat diari diet si piqa petang td. Aku makan macam biasa, tapi kena kurangkan portion la. *nanges

Mangkuk ikea ni kecik je. Tapi boleh la mengalas perut. Hahaha. *piqa tabah*

Daily workout

Tadi lepas makan, saya kemas dapur termasuk mop lantai. Mop lantai kan workout jugak. Hehe :3

Topik tambahan: Supplement


Aku makan supplement Nutrelle dari Eskayvie. Diformulasikan oleh seorang human doctor dan dibuat melalui research (ada jurnal). Supplement ni untuk buang toksik dan elok sgt untuk orang yg ada masalah sembelit, gastrik dan berangin macam saya :)

Nak sihat, kena buang toksik dulu. Supplement ni biasanya aku makan before masuk tido. Esok pagi boleh terus melabur :3

*****************************

Sambung esok ya,
Wassalam
Sincerely,
Jenn



21 December 2015

Scalp Treatment, Traditional Massage dan Facial Anti-Stress di Santai Suri Spa, Bangi

Assalamualaikum :)

"Lenguh lenguh kaki and sakit sakit bahu ini. Menanggung kerja kerja seharian di rumah juga di tempat kerja", said the human of 5 anak bulus yang juga bekerja 6 hari seminggu itu.

Nak kata penat sangat bekerja, aku bukan jenis workaholic. Penat fizikal itu biasa, penat hati itu lebih binasa. Bila plan tak jadi pun boleh buat hati aku penat dan tabiat overthinking yang berpisah tiada juga menyebabkan diri ini tidak ceria.

Aku fikir pergi menonton wayang dan beli buku fixi setiap hari cuti itu boleh menceriakan hidup aku, tapi tak juga. Lagi lagi kalau takde movie best yang ditayangkan. Mendapat peluang ke spa ditaja oleh bos (sebab dah capai target income dalam masa seminggu, tajaan spa RM200/staff) tak akan aku lepaskan. Hik Hik.

Meet Faizah, my colleague.
(p/s: I'm wearing Bawal Crepe Lis Floral turquoise colour by @bajubajucantik)


Santai Suri Spa terletak di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Tingkat atas kedai kedai. Theme warna ungu dan hijau menyejukkan mata yang memandang. 




Apa yang aku buat kat spa ni?

Scalp Treatment = RM 45
Traditional Massage = RM 80
Facial Anti Stress = RM 70

Bukan aku yang buat, therapist yang buat, aku tunjuk je sambil bajet bajet RM200, hanya tambah RM 5 duit sendiri. Seronok bila disponsor ya, Piqa.

Scalp Treatment

Scalp Treatment is rawatan kulit kepala. Biasalah wanita bertudung of course rambutnya kepam lalu menyebabkan kulit kepala gatal. Si Piqa pulak jenisnya suka nak garu garu kulit kepala. Aku dengan ringan mulut bertanya dekat therapist tu,

"Scalp treatment ni kena buat selalu ke?"

"Dalam sebulan tu 2 kali je, dik. Tapi sebenarnya nak jaga kulit kepala ni mudah je, boleh syampu hari hari sebabnya kulit kepala ni macam kulit muka. Hari hari keluarkan sebum minyak. Salah satu caranya cuci tiap hari". kata therapist yang berperwatakan lembut tu.

"Oh!", jawab Piqa dengan nada tak percaya. "Ada orang kata tak elok syampu rambut selalu?", tambahnya lagi.

"Tak, sebenarnya takde masalah pun nak cuci hari hari", jelas therapist itu

Ok, statement yang mengatakan tak elok cuci rambut hari hari ialah mitos gais. Mitos.

Traditional Massage 

Sesungguhnya, badan ni memang selalu sakit sakit and lenguh especially bahu. Kali ni berpeluang dapatkan urutan. Peh. Memang sakit kena tekan tekan kat part urat kembang tu, bahu and belakang lutut.

Therapist kata sebab angin. Lagi tips dari therapist,

"Perempuan memang macam ni. Sana sini berangin. Solutionnya kena istiqamah pergi berurut tak kira dah kawen ke belum ke, untuk lancarkan balik peredaran darah. Mandi malam tu one of the cause angin masuk badan. Kalau terpaksa mandi malam, rajin rajin sapu minyak panas kat badan"

Therapist ni urut memang terasa sampai kegelian aku dibuatnya. Tapi kena tahankan je lah. Haha. Sedapnya rasa lepas urut. Will come again sebab masih berangin lagi ni. Tunggu gaji ler jawabnya.

Facial Anti Stress

First time aku dengar nama facial yang straight to the point ni. Tanpa berfikir panjang, terus aku tunjuk je. Facial ni ada urutan sekali. Almaklumlah, kulit pun boleh stress, apatah lagi tuan punya kulit. Santai Suri menggunakan produk Herba Life SKIN for facial treatment. Semuanya wangi!


Dalam tidur tidur ayam aku masa buat facial, sempat juga otak aku intrepet bau wangi scrub jenama FARMASI ni lalu menyebabkan aku terjaga. MasyaAllah wangi sampai rasa nak makan scrub ni.


Therapist tu guna Cherry. Hmmm wangi :3

Tu yang syok kalau buat facial. Semua benda dia bubuh. Kalau buat sendiri jangan harapla. Kesuntokan masa plus malas pula. Haha.

Urutan kat muka masa facial ni relaxing. Jerawat jerawat kecik pun dipicit habis. Sakit jugak tapi aku cool saja walaupun rasa nak terangkat je kaki.

Moga kulit muka ai yang sensitif ni tidak stress lagi.

Chigebu

Inilah wajah salah seekor anak bulus dibawah jagaan. Semua nakal. Pening. Chigebu is mine. Yang 4 ekor lagi jagaan bawah company.

Setiap orang ada spa kesukaan dia. Aku suka spa ni. Berbaloi.

Till then,
Wassalam
Sincerely,
Jenn.



20 December 2015

Young and Beautiful by Lana Del Rey (Syafiqa Cover)

Assalamualaikum :)

Haritu ada member request saya nyanyi lagu Lana Del Rey. First time rasanya dengar nama tu. Saya pun dengar la lagu lagu Lana Del Rey kat Youtube.

Lana Del Rey ni unik lagunya. But my favourite buat masa ni lagu dia bertajuk Young and Beautiful. After dah ulang dengar lagu ni berjuta kali, saya pun try nyanyi.


Aku gagal menemui video editor yang friendly user :(

Penat cari and takde yang betul betul senang nak guna. Sigh. Sudahnya, upload video non edit je.

Can you suggest me the best friendly user video editor?

Till then,
Wassalam
Sincerely,
Jenn.

18 December 2015

Island Hoping at Semporna, Sabah

Assalamualaikum :)

Bulan September lepas, aku bercuti ke Semporna, Sabah. MasyaAllah, view pulau pulau Semporna tersangatlah cantik. Dengan bot sewa, kami dibawa ke pulau pulau termasuklah Pulau Sibuan, Bohey Dulang, Mantabuan dan juga Mabul (tempat kami bermalam).

Diantara pulau pulau tu, yang paling cantik coral nya ialah Pulau Sibuan.


Apa yang dapat dilihat dalam air dengan dalam gambar berbeza. Bila tengok dengan mata sendiri, masyaAllah, cantiknya ciptaan Allah.

Clown fish and sea anemone

Striking blue starfish

Many types/forms of coral

Coral reefs

A type of acropora branching. It's purple!

Air jernih hijau kebiruan, dengan ikan ikan laut yang pelbagai warna, sea urchin dan batu batu karang yang hidup dan berwarna warni. 


Dulu masa belajar kat UMT, hanya berpeluang snorkeling dekat Pulau Bidong je. Itupun dah banyak coral bleaching (coral yang dah mati). Kat Pulau Sibuan semuanya colourful. Subhanallah.


Beruntunglah pandai skin dive. Saya belum lepas lagi and not confident enough. Haha. Si panic piqa pakai life jacket bersnorkeling. Bila dah pandai berenang terapung, nak tenggelam pulak fail. Haih.


Yang paling aku suka pergi Sabah, laut dia masyaAllah cantiknya. Air biru kehijauan tu sangat soothing walaupun snorkeling pukul 11 pagi masa tu. Kat pulau pulau Semporna ni kurang aktiviti manusia. Sebab tu air dia masih terjaga kebersihannya.

Yang ada tinggal kat pulau pulau tu adalah masyarakat Bajau Laut. Tempat yang jauh dari teknologi canggih macam ibu kota. But still, their children can learn how to appreciate nature given by our God.

Seterusnya, Pulau Mantabuan. Kat pulau ni airnya cetek masa tu. Tak boleh nak snorkeling. Jadi, kami jenjalan pusing pulau je.

Chocolate Chip Starfish

This is a starfish yang commonly found dekat pulau pulau di Sabah. Tapi aku first time jumpa seumur hidup. Sedap nama sesedap rupanya. Ada tak bakers yang pandai buat cookies macam ni? Kalau ada pm saya segera ya. Macam comel pula nak dijadikan idea doorgift. Ihik.



Beg kelabu tu beli kat Lazada. Bagi travellers, memang jenama Hyper Gear bukan jenama asing lagi. Beg ni waterproof, boleh jadi pelampung in case terjatuh dalam laut. Sesuai sangatlah untuk si panic piqa

Kat depan saya tu, bertaburan chocolate chip starfish. Macam bintang bintang yang jatuh dari landasan langit.




Inilah geng Semporna Trip saya. Mereka ni semua kelakar. Teringat perangai sorang sorang. Kalau time makan, tak gelak besar tak sah. Hope to see them again in another trip, perhaps.


Aku ikutkan saje kegigihan diorang nak panjat kayu kayu ni bagi mendapatkan view yang cantik katanya.


Ramai jugak yang bercuti selain daripada kami ke pulau pulau ni. Mujurlah kami keluar awal pagi lagi. Dinasihatkan pakai la topi dan sunscreen ya. Hihi. Panas baq ang,


Till then,
Wassalam
Sincerely,
Jenn.