14 December 2015

After 5 Years

Assalamualaikum :)

Kisahnya, Khamis lepas 10 Disember 2015. Alhamdulillah, setelah beberapa kali plan tapi tak jadi, akhirnya dapat juga aku berjumpa dengan my bestfriend masa matriks dulu.

Masa matriks dulu umur 18, 19 tahun. Lepas matriks memang tak pernah jumpa semula. Dia ni dulu sama kelas dengan aku, H2T9, untuk first semester kat Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng.

Semester kedua dah tukar kelas lain. Tapi kami tetap rapat and selalu lepak bilik TV main congkak sama sama, makan sama sama, study sama sama sebabnya bilik kami sebelah je. Even tak sama kelas lagi, tapi sama lecturer hall.

Kami dulu batch 2009/2010. Siapa sama dengan kami, angkat tangan! The famous Adiela Ridzuan pun sama batch dengan kami. Pernah jumpa beberapa kali sebab roommate kawan sekolah Adiela Ridzuan dulu. Cik Adiela ni memang sweet dari dulu lagi. Suka lesung pipit dia.

Athirah & Me

Gambar ni masa kami attend kelas malam. Inilah wajah 19 tahun.



And now, we are 24!

Dalam kesibukan dia as a master student di UitM Shah Alam, dia still ada kan jugak masa untuk aku. Kebetulan, aku cuti hari tu. Sempat tengok wayang, Pilot Break. Movie ni best gila. Rugi tak tengok sebabnya cerita dia macam Walter Mitty sikit.

Hope to see you again, Thira! Sebab selipar jepun aku tertinggal dalam kereta ko.

That's all,
Wassalam
Sincerely,
Jenn.

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading