23 March 2016

Sale representative tingtong

Assalamualaikum :)

Hai. Kisah bermula apabila aku nak order pets merchandise from one of pet supplies company ni. Well, my sister said hanya mereka yang memegang dan mempelopori industri tersebut.

Sebelum ni pun dah pernah order dengan diorang. Beli cage 5-tiers and drinking fountain untuk cat hotel. Ni kira second time la nak order.

Syarat order pulak minimum RM 500. Baru ada delivery ke tempat kita. Ok, my sister and me pun berpakatlah nak cukupkan 500. Order form pun dihantar pada sales representative yang baru. Yang sebelum ni orang lain. Order form bukan setakat taip kat whatsapp gitu gitu je. Memang buat proper, send ke email.

Selesai. Katanya next week, barang sampai. After one week, barang pun sampai. I am surprised, dalam banyak banyak barang yg bernilai RM 500 tu lebih kurang RM 200 je yg sampai.

Aku tahu, tugas driver lori hanya deliver barang. Jadi aku terus call je sales representative tu dan tanya kenapa barang barang yg takde tu takde.

Guess what dia jawab, "Baru pagi tadi tahu barang tu takde". Ya Allah, bengang saya tak terkata. Kenapa tak cakap awal awal yang barang tu takde. Dah la nak kena cukupkan RM 500 minimum order, senang senang dia kata barang tu takde.

Then, sepanjang minggu lepas memang takde update apa apa pun pasal stok takde. Haih.

Begini ke cara berurusan dengan retailer? Lepas aku call, baru dia explain dekat whatsapp. Haa baru nak bagitau kan. Hmmm.

Lepas seminggu kejadian tu, aku whatsapp semula sales representative tu. Nak tanya bila akan sampai stok tu. Takde double tick. Dah kena block la kite ni. Hmmm.

Masa first time order dengan diorang, sales representative dia akan call kalau stok barang takde, then dia bagi kita masa untuk pilih barang lain. Dah setel semua, baru proceed. Yg baru ni lain pulak ya cara dia. Alasan kata bos je yang tahu pasal stok. Eh eh. Bos tak bagitahu awal awal ke memang kerja sambil lewa je?

Memang ting tong punya orang.

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading