Skip to main content

St Ives Apricot Scrub, works wonder on my skin

Assalamualaikum :)

Dulu ada orang bagitau kat aku, kalau kulit jenis berjerawat tak elok guna scrub. Memang zaman belajar dulu, kulit sangat teruk. Hihi. Memang tak pernah guna scrub sebab takut jerawat jadi makin radang.

Bila kulit dah okay sekarang ni, aku mula cuba guna scrub untuk hilangkan parut. 


Saya guna blemish control. Prevent blackheads & minimizes pores.

This is daily scrub. Boleh guna setiap hari. 

So far, alhamdulillah kulit rasa bersih je lepas scrubbing. Pores nampak seakan mengecil. Even bila ada jerawat tumbuh seketul dua, jerawat tu cepat sembuh.

Muka tak kering and merah merah dengan syarat jangan tonyoh muka ketika scrubbing. Of course nanti kulit jadi merah. Kulit muka kan halus dan sensitif. Guna tiga jari dari hujung (jari tengah, jari manis & jari kelingking). Scrub secara lembut perlahan dan secara bulatan. Bermula dari dagu, pipi, hidung dan dahi. Pelan pelan je scrubbing, jangan sental. Haha.

Selalunya, aku guna waktu malam before tido. Memang tak guna cleanser la. Pagi je guna cleanser. Bau wangi :3

Guna sejak Februari lepas. The best face scrub ever. Dulu pernah guna scrub Body Shop Green Tea, tak rasa sebest ni :)


Last time dating, dia puji kite makin cantik. Aku rasa ini semua penangan scrub ni haha. Kalau long distance relationship, jumpa pun jarang. That's mean, ketara la perbezaan sebelum & selepas guna scrub ni. :3

(Shawl from @herashi.co Dusty Rose Dokoh shawl // black cardigan and floral sleeveless dress from @bajubajucantik)

Mula terfikir nak try bila baca tweets and sharing from Twitter account @twt_kecantikan. Ramai juga bagi review elok. So, aku pun try. Alhamdulillah sesuai dengan kulit.

Twt kecantikan tu worth follow kalau curator mingguan dia memang betul betul share ilmu dan pengalaman yang ada. Ada jugak yang sembang hambar and syok sendiri. Haha. Bila turns curator dia jenis hambar, mute je lah. Semak timeline kite ;p

Till then,
Wassalam

Sincerely,
Jenn