2 May 2016

Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Port Dickson

Assalamualaikum :)

Pada 1 Mei 2016, iaitu semalam, aku ada trip to Bukit Batu Putih. Dah lama teringin nak pergi. Tengok gambar orang share, cantik tempat dia. Bila dah pergi sendiri, memang cantik macam dalam gambar diorang tangkap tu.

Tak lama pun masa diambil untuk sampai ke peak. Dalam lebih kurang 30 minit je. Track dia (lebih kurang 200m kot) taklah mencabar sangat macam Bohey Dulang tapi cukup buat kau berpeluh tiak. Hehe. Dia ada turun naik bukit. Kalau Bohey Dulang, kau naik bukit je tak de turun naik gila curam hoho.

So, we are into the woods today :)

Kami berlapan semuanya. Ada kawan baru, ada kawan lama. Yang lain pangkat adik adik je kecuali Tinah (baju belang hijau), kitorang sebaya. Even dah lama duk Bangi, kitorang berdua tak pernah lagi berjumpa haha. Kebetulan masing masing tweet nak tengok laut, nature bagai. Aku pun ajak la Tinah sekali :) Tinah ni kawan sekelas time matriks perak dulu. Dah 6 tahun tak jumpa.

Sampai dah kat puncak heee. Memang cantik, sangat cantik! Tapi peak dia tak luas sangat. Dalam 15 orang je boleh duduk atas untuk tangkap gambar. Kecik je kawasan berbatuan putih tu. Aku mencari cari batu putih tapi tidak kelihatan pula.


Subhanallah pemandangan dia perghhh best gila. Tapi, kalau nak betul betul lama duduk atas ambik masa menikmati lautan ciptaan Allah ni, kenala pergi waktu sunrise. Takla panas sangat haha. Kitorang sampai atas dalam pukul 10-11 pagi gitu. Memang berkerut wajah disimbah cahaya mentari.

Antara senyum dan berkerut


Aku paksa Paijah (baju hitam) tangkap gambar biar nampak kapal layar tu untuk aku haha. Sebab dia nampak cantik je. Ingat tak dulu masa kecik kecik cikgu suruh kite lukis pemandangan laut wajib ada kapal layar ni ok.


Haa ni dia adik adik yang membawa kami kesini. Thank you la adik adik sudi ajak. Yang 3 orang kanan ni semua kawan Farah (tudung emerald green). Kawan dia la ajak pergi. Farah ajak kami. Aku ajak Tinah. Jadilah berlapan. Sorang lagi tolong tangkap gambar.


Masa ni kitorang tengah berbincang masalah dunia yang paling sukar nak selesaikan sambil berehat lepas turun dari peak berbatuan. "Kita nak pergi mana lepas ni?" "Kite nak makan kat mane?"

Haih sukar betul membuat keputusan.


Perjalanan balik diteruskan. Turun dari bukit tu lalu jalan pantai. Haaa nampak pantai apa lagi main la air sikit sikit haha. Nak mandi panas pula. Dah pukul 12 tengahari.


Pantai dia cantik, air jernih kebiruan. Tapi dalam gambar ni tak nampak cantik.

Kamera kite tak lawa :( Kalaulah ada orang tu huhu



Satu je yang aku kurang berkenan. Aku jumpa banyak sampah. Botol plastikbekas plastik and everything is plastic. Dengar sini nak cakap. Kita ni sama sama makhluk tinggal atas bumi yang sama. Makhluk yang kita nampak yang kita tak nampak semua tinggal atas bumi ni dicipta Tuhan yang sama. 

Sama samalah menjaga. Kita masuk tempat dia, janganlah buat aniaya. Benda ni semua datang daripada tangan yang membeli. Then, jagalah tangan tu. Ada sampah, buang dalam tong disediakan. Kalau takde, pegang dulu or letak dalam beg. Tak rugi pun.

Jangan viralkan tempat cantik cantik dalam dunia kalau yang datang ke tempat tu nanti ramai jenis yang tak tau menghargai kebersihan alam. Aku cukup annoyed. Better tempat tu takde manusia yang kacau.

As a graduan marin biologi, aku tahu apa kesannya plastik pada hidupan laut. Semua ni semua orang pun mungkin dah baca kat Facebook atau mana mana artikel orang share kan. Jangan pejam mata. Please be responsible. If you can't, don't call yourself a TRAVELLER or a BACKPACKER or a whatever you claim for.

Aku cukup annoyed.

That's all from me :)

Wassalam
Sincerely,
Jenn.

5 comments:

  1. Nice place. betul tu. Sokong sangat kalo tempat cantek dicemari dgn plastik sampah dsb. Sayang la bumi kita. Ecehwah~

    ReplyDelete
  2. Adik penah naik bukit batu putih tu.. view kt puncak memang cantik giler

    ReplyDelete
  3. Wahh.. bru plan nak pergi sana cuti Gawai nanti :)

    ReplyDelete
  4. cantik nyer tmpat...
    yup...benci sgt ngan makhluk allah yg suka sgt buang sampah..
    ape salahnya klau kita bawak blik smpah yg kita bawa...
    lg satu..klau tmpat yg jadi viral..urm...konfirm..seminggu lpas tu pnuh ngan sampah...

    ReplyDelete
  5. Tula.. sakit mata tengok sampah. Mentaliti kita mesti diperbaiki. Persekitaran kena jaga :)

    ReplyDelete

Thanks for reading