Skip to main content

Macam mana nak bezakan Seroja dan Teratai?

Assalamualaikum :)

Sejak habis baca novel Sunan Cinta Nan Sakti, aku terkagum pula dekat watak Seroja yang sangat penyabar dan sangat berahsia. Seroja itu aku tahu nama bunga. Tapi aku tak pernah kenal betul betul rupa bentuk bunga Seroja.

Bila Google, katanya Seroja ni Lotus. Setahu aku lotus tu teratai. Dah macam mana nak bezakan ni? Which one is which one?

 

Kalau tak perhati dengan teliti, dapat ke beza setakat melalui warna? Gambar atas dan gambar bawah, mana satu Seroja mana satu Teratai? Macam mana nak bezakan ni? *stress

Kenapa penting nak bezakan Seroja dan Teratai pulak ni? Haha. Saje. Sebab aku suka nama Seroja.

Dari sedikit pembacaan, dapatlah aku bezakan sekarang. Cara paling senang nak tahu mana satu Seroja mana satu Teratai ialah daripada kedudukan daun dan bunganya :)

Seroja

Bunga Seroja tak terapung di atas air. Biasanya Bunga Seroja letaknya di atas tangkai yang agak panjang menjulang ke atas permukaan air.

Teratai

Manakala Teratai, bunga terapung dan mekar di atas permukaan air. 



Macam tu je ke cara beza dia? Kalau air pasang macam mana agak agak dapat ke bezakan?

Kahkah. Pulak dah soalan tu yang keluar dari benak fikiran ni. Hmmm. Eh tapi tasik takde pasang surut kan?

Nama kedua dua pokok ni pun memang berbeza dalam English. So, can you differentiate between Lotus and Water Lily?

Seroja = Lotus = Nelumbo sp.

Teratai = Water Lily = Nymphaea sp.

You see, the Genus (scientific name) for both types of plant is also different. Maka, perbezaan apakah lagi boleh kita guna untuk kenalpasti kedua dua pokok ini?



I can't find the good references to enhance my knowledge about how to differentiate between Lotus and Water Lily from the internet. Yang pasti, dua dua bunga ni memang berbeza dan selalu dianggap sama.



Picture taken from this blog

Lotus/Seroja ada seed pod. Teringat dulu masa kecik kecik Mama pernah bagi cuba makan biji teratai. Maknanya, tu bukan biji teratai. Ia adalah biji Seroja lah ke? Teratai/Water lily takde seed pod pun?



Yang keliru semakin keliru. Haha. Sekian saja lah.

p/s: Every picture taken from Google search