Skip to main content

Ramadhan 8, 1437H

Assalamualaikum :)

Hai. How is your Ramadhan going so far? Good? Hihi meanwhile, during off day ada je projek belajar masak yang aku buat. 

Tajuk nya kalini adalah ikan keli masak lemak cili padi.

So masa off day lepas, gigih ke Aeon Anggun tengok wayang. Haa macam takde kena mengena. Saje nak cakap aku tengok Warcraft. Best cerita tu. Ending dia not easily expected. Tak rugi tengok. Hihi.

After wayang, baru beli bahan bahan buat Keli Masak Lemak Cili Padi ni. Resepi google je kat internet banyak giler pilih je mana nak ikut. 


Seperti biasa keli digoreng dulu. Petua mama kite, nak hilangkan hanyir ikan keli ni senang je. Siang dulu buang isi perut ikan keli dengan insang dia sekali. Then, ambik limau purut hiris bulat then perah perah isi limau tu atas ikan keli yang dah dibersihkan tu. Lumur lumurkan dengan kulit dia sekali then campur air sikit. Rendam je dengan perahan limau purut tu sekejap before gaul dengan garam dan kunyit kemudian digoreng.

Hilang bau hanyir darah keli ni. Masa menyiang tu aku tahankan je. Dengan slimy mucous tu kan. Kihkih. Masa menyiang tu sempat lagi aku observe anatomy ikan keli ni. Struktur insang ikan keli berbeza dengan ikan lain. This explain why ikan keli boleh tahan bernyawa dekat darat berbanding ikan lain.

picture from google
Insang ikan keli ni macam alveoli manusia kan? Struktur paru paru manusia yang berfungsi menyerap udara daripada persekitaran dan membantu membekalkan oksigen dan elemen lain ke dalam tubuh badan melalui salur darah. 

Rupa bentuk insang macam ni la yang membolehkan nyawa diorang panjang di atas darat berbanding ikan lain. Kalau ikan lain, insang tu hanya boleh menyerap oksigen dan lain lain melalui air. Gitu.


Pung pang pung pang. Siap dah keli masak lemak cili padi kite. Lelaki kecintaan tanya, kenapa warna dia oren? Haha jawapannya sebab tak cukup santan. Tersalah tengok resepi sepatutnya santan 500ml, kite beli 220ml je. Hmmmm.

Dalam resepi tu guna kunyit hidup sepanjang satu inci ditumbuk. Sebab tu warna dia lebih oren kot. Biasa kan kuning kalau guna serbuk kunyit heee. Takpe, do better next time. This is my first attempt actually. :)


Dan kailan ikan masin request by Bapak kite. Kailan comel siap ada bunga bunga lagi. Tapi kailan ni pahit sikit. Makan kat kedai tak pahit pun. Kat tesco dia tulis kailan muda. Ke sebab tak rendam dengan air garam dulu macam dalam resepi? Hahah. Sebab dah nak pukul 7 masa tu pastu kite tak Asar lagi. Malas lalu skip step itu. Kahkah.

Starting this Friday, kite kerja sampai malam. Makin busy la kite. Hmmm. It's okay. I'll do my best for my part. :) Ku mengharap Ramadhan kali ini penuh makna.

Till then, 
Wassalam