25 July 2016

Movie Review: Star Trek Beyond is Beyond Expectation

Assalamualaikum :)

Seorang Piqa bukanlah seorang yang sukakan movie alien alien ni. Tapi yang satu ni tersangatlah beyond expectation. Tak silap langkah la bila pilih movie ni tadi. Daripada semalam tertanya tanya nak tengok movie apa. Lepas tu terdengar sekilas kat radio yang Star Trek Beyond ni dah mencapai box office.



Antara Ghostbusters, Alice Looking Through the Glass lastnya aku pilih Star Trek Beyond. Daripada mula cerita lagi dah babak suspen tak berhenti sampai ending of story. Dalam movie ni takde pun planet Earth ya. Sebab tahun dalam cerita dah 100-200 tahun ke depan. Bumi dah takde agaknya. And then, cerita dia bukan pasal nak menakluk ke apa.

Mula mula cerita je aku ingat dia nak menakluk planet berteknologi tinggi tu. Tapi dah nak ending cerita rupanya alien tu nak balas dendam je. And tak expect pun alien tu sebenarnya bukan alien (rupa asal dia). 

Yang aku kagumkan alien tu guna serangan inispired by lebah kau. Tak pernah terfikir pulak kan. Jadi, memang movie ni beyond beyond beyond expectation. 

I give 4.9 stars!


Kudos to Dr Bones, Captain James T. Kirk & Commander Spock! I like them three.

Star Trek Beyond Cast:

Captain Kirk (Chris Pine) - tak pernah tengok dia
Commander Spock (Zachary Quinto) - tak pernah tengok dia tapi dia macam Snape
Karl Urban (Karl Urban) - watak jahat dalam Hercules
Montgomery Scott (Simon Pegg) - baru je tengok Hot Fuzz haritu kat TV2
Jaylah (Sofia Boutella) - gadis berkaki pisau dalam Kingsman
Krall (Idris Elba) - yang jadi the famous Heimdall dalam Thor
Lieutenant Uhura (Zoe Saldana) - tak pernah tengok

p/s: Patutlah haritu cerita Hot Fuzz lakonan Simon Pegg keluar kat TV2, rupanya dia berlakon cerita Star Trek ni. I cannot brain betul movie Hot Fuzz tu hahaha *ketawa menangis*

Till then, enjoy the movie
Wassalam


24 July 2016

Resepi: Oh My Creamy Butter Prawn

Assalamualaikum :)

Semalam terfikir nak belajar buat butter prawn. Tapi kite suka butter prawn yang creamy tu. Habis je kerja singgah Jaya Grocer then beli daun kari, garlic and susu segar. Bahan lain dah ada kat rumah. Heee.

Google resipi then terus buat. Ada alteration sikit pada resepi asal sebab ada bahan yang takde. Ehee. Takpe, hidup perlu diteruskan. Alhamdulillah menjadi. Rasa sweet and salty tu balance. Cuma kena improve kepekatan kuah dia. :)


RESEPI:

10-15 ekor udang
3 sudu besar butter
2 sudu minyak masak
20 helai daun kari
5 ulas bawang putih (ditumbuk/blended)
1/2 cawan ikea warna warni (nak tambah boleh je ikut citarasa)
Garam dan gula secukup rasa
9 biji cili padi (nak pedas tambah lagi)

CARA MASAK:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Guna minyak ni tujuannya untuk elakkan butter hangus. Then, baru cairkan butter dalam minyak masak yang dah panas tu.
  2. Goreng garlic sampai jadi brownish dan naik bau sedap!
  3. Masukkan udang udang biar dia bertukar warna keorenan sikit
  4. Pastu, cepat cepat masukkan susu segar!
  5. Masukkan pula daun kari and cili padi. Ahhh dapnya bau daun kari bila dah masuk tu. Hmmm.
  6. Tambah garam dan gula secukup rasa/
Rasa manis and masin kena balance. Baru sedap! :)


Lelaki kecintaan kata kalau udang tu digoreng separuh masak dulu pun sedap gak. Heeee. And then, dia selalu buat tambah dengan telur masin. Sedap betul bila terbayang. Tapi kan, rasanya kalau masukkan daun kari and cili padi dulu pun ok kan. So that, daun kari tu jadi layu sikit and rasa dia makin sebati dengan kuah. Nanti la kite cubaa lagi :D

Till then,
Wassalam


23 July 2016

Secret Love Song by Little Mix ft. Jason Derulo (Syafiqa Sing)

Assalamualaikum :)

Siapa tengah suka lagu ni? Kita gang! Saje nak try nyanyi. Suara malu malu sebab takut jenjiran dengar pulak. Mengganggu nanti. Nak pergi karok hmmm tengah save duit haha.

So, here it is. 





Nah, nak copy paste lirik dia sekali. Lagu ni best sebab Little Mix nyanyi tu dengan suara yang tersangatlah power. Empat empat pun suara sedap giler kot! Jason Derulo as penyeri lagu. Terbaik punya combination suara. 

Lagu berkisah tentang 2 insan bercinta yang tak patut jatuh cinta. Dari fahaman aku, mungkin perempuan ni dah kawen tapi tak bahagia. Then, terjatuh cinta kat lelaki lain. Why can't I say that I'm in love? Why can't I shout it from the rooftop? Haa percintaan yang disembunyikan untuk menjaga hati orang lain. Namun, in the same time, mereka berharap akan tetap dapat bersama, someday.

Secret Love Song - Little Mix ft. Jason Derulo

When you hold me in the street
And you kiss me on the dance floor
I wish that it could be like that
Why can't it be like that?
'Cause I'm yours

We keep behind closed doors
Every time I see you, I die a little more
Stolen moments that we steal as the curtain falls
It'll never be enough

It's obvious you're meant for me
Every piece of you, it just fits perfectly
Every second, every thought, I'm in so deep
But I'll never show it on my face

But we know this.
We got a love that is homeless

Why can't you hold me in the street?
Why can't I kiss you on the dance floor?
I wish that it could be like that
Why can't we be like that?
'Cause I'm yours

[Jason Derulo:]
When you're with him, do you call his name
Like you do when you're with me? Does it feel the same?
Would you leave if I was ready to settle down
Or would you play it safe and stay?

Girl, you know this.
We got a love that is hopeless

Why can't you hold me in the street?
Why can't I kiss you on the dance floor?
I wish that it could be like that
Why can't we be like that?
'Cause I'm yours

And nobody knows I'm in love with someone's baby
I don't wanna hide us away
Tell the world about the love we're making
I'm living for that day
Someday

Why can't I hold you in the street?
Why can't I kiss you on the dance floor?
I wish that we could be like that
Why can't we be like that?
'Cause I'm yours, I'm yours

Oh, why can't you hold me in the street?
Why can't I kiss you on the dance floor?
I wish that it could be like that
Why can't it be like that?
'Cause I'm yours

Why can't I say that I'm in love?
I wanna shout it from the rooftop
I wish that it could be like that
Why can't we be like that?
'Cause I'm yours

Why can't we be like that?
Wish we could be like that

Till then,
Wassalam

22 July 2016

Mata tu beli kat mana?

Assalamualaikum :)

Sedang aku dan rakan sekerja hendak berjalan pulang menuju ke kereta memasing, tetiba seorang wanita yang bekerja di kedai cermin mata itu menegurku. Tika itu, wanita itu sedang bersembang bersama sama dengan rakan sekerja yang juga berpakaian serupa dengannya.

Akak tu: Dik, dik. Cantiklah baju awak ni. Awak beli kat mana? Kat butik tu ea?

(Butik itu merujuk kepada butik tempat aku bekerja)

"Eh tak. Saya beli online baju ni", jawabku.

"Oh, takde ea kat butik tu?", tanyanya lagi

"Haah, takde", jawabku sambil tersenyum.

Tetiba....

Abang tu: Mata tu, mata tu beli kat mana?

Mula mula , aku blur. Mata apa? Kataku dalam hati. Lepas 5 saat, aku gelak sendiri. Diorang sekumpulan pun turut gelak.

Amboi.. amboi haha!

Till then,
Wassalam

18 July 2016

Book Review: Qisas (Trilogi Murtad) #BukuFixi

Assalmualaikum

Semalam tido lewat sebab habiskan baca buku ni. Done reading, sad ending :'( 

Qisas, hutang nyawa dibayar nyawa. What goes around comes around. Dunia itu bulat. Dan Allah itu Maha Adil. Tak expect yang Zulaikha akan mati last nya. Sedihnya huhuhuhu (menghayati watak).

Kalau Trilogi Murtad ni dijadikan movie, dalam kepala aku hanya terbayang Kamal Adli jadi watak kembar Adam & Akhil ni. Kamal Adli nampak sesuai jadi watak ni. Tapi description watak Adam Akhil ni tak la macam dia. Tapi bagi aku sesuai la. Hehehehe.


Suspen baca part tembak menembak, part kembar ni terperangkap. Part sedih bila diorang tahu apa diorang buat tu hanyalah kesilapan yang akibatnya datang balik kat diorang. Sedih huhu. I blame Johari on this. Haha.

Hasrul Rizwan is one of my favourite writer of Buku Fixi. Yang sorang lagi, Syaihan Syafiq (Trilogi Bisik). Trilogi diorang memang best! *thumbs up

Jap. Nak pilih next buku untuk dibaca.

Bye.

Wassalam.


15 July 2016

Pengalaman ber"housemate"

Assalamualaikum

Tadi scroll twitter, ternampak iklan budak ni cari housemate. Antara kriteria/info yang ada dalam iklan tu ialah "housemate baik buat hal sendiri". Aku pun macam.. Hmmm. Macam mana tu eh? Define "housemate baik buat hal sendiri" jap. Haha.

Teringat pengalaman dulu masa student lagi. First time duduk rumah sewa masa final year (2012/2013). Aku dengan 3 orang kawan yang sama course. Dalam rumah yang sama ada jugak orang lain macam akak akak Master, junior course berbeza.

Isu yang timbul pada masa tu ialah TEMPAT PARKING. Hahaha. Selalu berebut. Memang boleh muat 1 je kereta dekat porch tu. Aku berskuter. Kawan aku, Zati berkereta. Then, akak akak Master tu sorang satu kereta dia. Junior pun ada kereta, ada motor. Imagine the selutness/kesempitan. Masing masing macam tak nak beralah masa tu. Haha. Aku dengan coursemate selalu nak rebut parking kereta sebab kereta Zati jarang berada di bawah lindungan porch. Balik kelas je mesti dah ada kereta park kat porch tu. Skuter aku pun. Hahaha.

Pastu isu LEPAS MASAK TAK KEMAS DAPUR. Haa yang ni cukup buat mata sakit. Haha. Minyak terpercik kat dinding, sinki kotor, kuali lepas menggoreng tak cuci lepas guna, kesan potong potong bawang kat atas washing machine (guna sebagai meja) and banyak lagi la. Bagi aku, boleh buat mata sakit. Bagi orang lain, tak tahula. It is subjective. Hehe.

Isu TAK BUANG SAMPAH IKUT JADUAL. Haha yang ni memang sangat besar isu dia. Memang la ada jadual. Tapi kan kalau dah kita yang guna dapur time tu pulak memang sampah kita banyak, kenapa nak tunggu orang yang bertugas esok yang buang kan. Macam tak adil la. Agak agak la kalau nak ikut jadual pun. Supposedly, lepas masak especially kalau ada siang ikan/ayam/udang benda benda berbau mengundang lalat ni baik buang cepat cepat before dia berulat.

Ada lagi isu. Isu BORAK BERJEMAAH KETAWA MENGILAI. Ni adik adik junior la. Happy betul kan diorang sampai mengilai ketawa. Memang menganggu konsentrasi masa tu haha. Sebab diorang jenis suara besar. Bila cakap tu sampai ke tingkat atas pun dengar. 

Ni isu masa first time duduk rumah sewa. Yang ni nak cerita rumah sewa kedua pulak.

Rumah sewa kedua ni time internship (2013). Housemate masa tu semua akak akak yang dah bekerja. Bujang ada, yang dah kawen tapi LDR pun ada. Masa masuk rumah petang tu semua takde, aku sorang je dalam bilik kemas dan susun atur barang. Bila dah dekat nak Maghrib barulah semua orang ada. Aku pun duduk rileks je la dalam bilik. Rumah ni apartment. Tak macam yang sebelum ni. Takde isu parking. 

Tapi yang jadi isu nya bila diorang ni kata aku ni TAK BERTEGUR DENGAN DIORANG. What? Aku baru duduk tak sampai sehari kot. Tetiba nak kata aku sombong ni dah kenapa :'(

Akak akak tu jenis SARCASTIC. Very sarcastic. Dari dalam bilik lagi aku dah dengar diorang macam sindir aku ni tak keluar bilik tegur sapa dengan diorang. Aku baru je nak adapt kot :(((( Nasib baiklah internship 2 bulan je. Memang selama dua bulan tu aku tak suka dngan diorang punya perangai hahahaha. Dah la ceridak/pengotor namate. Part kebersihan dapur tu la aku rasa nak ceramah je akak akak ni. Haha.

Nasib baik aku tak berseorangan. Lepas seminggu ada sorang akak ni baik sangat jadi roommate aku. Sampai sekarang masih contact dengan dia. Dengan dia je aku suka. Haha.

Tu cerita rumah sewa kedua. Yg ni nak cerita kisah rumah sewa ketiga pulak. Yakni, rumah sewa sekarang. 

Rumah ni so far ok je. Takde isu isu sangat sebab semuaaa peramah dan baik je. Kadang kadang ajak kite makan sekali tapi aku segan selalunya tak join. Roommate je aku belum jumpa sebab dia tak masuk lagi. Maybe lusa or tulat kot dia masuk. 

Housemate bilik lain baik je. Adik adik internship umur 21-22 tahun. First time masuk masa angkat barang diorang yang tolong. Suka bergurau. Housemate bilik satu lagi ada yg sebaya dengan aku. Bekerja. Pun peramah. Tak sombong. Tak sarkastik. Haha. So far alhamdulillah ok je lah. :)

Jadi, nak define "housemate baik buat hal sendiri" tu macam mana? Haha. Sebab masing masing kena bertanggungjawab dengan rumah sewa. And then, takkan housemate dalam kesusahan kita tak tolong kot. Walaupun housemate tu kita tak suka, takkan sampai hati tak tolong dan buat hal sendiri je.


14 July 2016

Poplook Raya OOTD

Assalamualaikum

How's your Raya everyone? Raya ni kite #teamrayaperak. Pulang beraya dekat kampung Mama iaitu Kpg Sg Terap, Batu Gajah, Perak. Tahun ni raya meriah sebab adik beradik Mama ramai yang ada. Diorang pun memang tinggal berdekatan je. Ipoh - Kuala Kangsar - Tg Malim. Balik kampung pun balik hari. 

Raya tahun ni syok sebab lemang kaum lelaki buat sendiri. Sedap and menjadi la lemang dia. Tak keras tak lembik. 

Mama in charge buat rendang tok (signature dish orang Perak) dia. Bapak dengan rendang paru dia. Pulut kuning, rendang ayam semua ada. Pagi raya meriah sangat kampung arwah opah. 

Arwah opah dah 10 tahun kembali ke rahmatullah. Kite baru tahu nama arwah opah kite ialah Zahratul something something kat belakang. Tapi orang panggil dia May. Atok Basri sejak kite lahir tak pernah jumpa sebab dia meninggal di usia yang agak muda.

Adik beradik arwah Opah ada 4 orang. Opah anak sulung. Semua gegirls. Opah Nyah tinggal dekat je dalam kampung yg sama. Opah Chu dan Opah Zan masih ada lagi tinggal di Perlis sana. Opah opah kite jenis petite & comel sangat :)

Adik beradik Mama ada 7 orang semuanya. Mak Yong tinggal dekat Batu Gajah jugak. Alang tinggal kat Ipoh. Mak Teh, Kuala Kangsar. Uda duduk kat Cheras. Achik, Tg Malim. Usu memang duduk rumah kampung Opah ni. Tapi raya haritu dia sorang je takde. Dia beraya dekat Vietnam. Paksu kite masih belum berkeluarga. So, he loves to travel. 

Cousins kite semuanya dah besar besar dah. Dah bekerja. Dah kawen. Dah ada baby. Tengah pregnant. Ada yg masih belajar. And ada yg masih kecik lagi. My baby cousin, Razin is 5 years old. Anak Uda kite.

Raya kalini memang syok and penat. Bukan penat duduk rumah layan tetamu, tapi penat menziarah. Hihi. Kite jadi salah seorang driver. MasyaAllah penat. Imagine Batu Gajah - Kuala Kangsar - Tg Malim - Ipoh. :D

Ok, done bercerita pasal raya. Sekarang nak OOTD sikit. 


Syafiqa is wearing Syafika Scallop Chiffon Dress in Dusty Pink for first day Raya. Sesuatu sangat pilih baju raya sama nama dengan diri sendiri kan :3


Dress hitam ni pun from Poplook tapi tak ingat nama dia. Pakai masa menjamu tetamu yang datang sebab senang and selesa. Baju raya tahun 2014.


This one is from Poplook too. Baju raya tahun 2015. Chiffon dress in Nude ada polka dot. Pilih yang ni sebab Ainan Tasneem ada dress yg sama tapi warna Brown punya hehehehe.


Ni gambar bahagian depan rumah kampung Opah. Depan tu ada pokok durian. Durian dah berbuah tapi tak masak lagi. Sedapnyaaa durian. Haritu kakak beli durian kat gerai sepanjang perjalanan balik tu, pastu buat tempoyak emm dapp sangat makan nasik tak berhenti.

Panjang cerita raya kita kalini. Seronok raya tahun ni. Alhamdulillah :)

Till then,
Wassalam
.

03 July 2016

(Lyrics) Writing's On the Wall - Sam Smith





Soundtrack of James Bond: Spectre
Songwriter: Sam Smith & Jimmy Napes
Genre: Orchestral pop

Facts:

"Writing's on the wall" is an idiom meaning handwriting on the wall, a premonition, portent, or clear indication, especially of failure or disaster.

"tulisan tangan di dinding, firasat, mukjizat atau petunjuk yang jelas. Terutamanya kegagalan atau bencana"

Lyric:

I've been here before
But always hit the floor
I've spent a lifetime running
And I always get away
But with you I'm feeling something
That makes me want to stay

I'm prepared for this
I never shoot to miss
But I feel like a storm is coming
If I'm gonna make it through the day
Then there's no more use in running
This is something I gotta face

If I risk it all
Could you break my fall?

[Chorus:]
How do I live? How do I breathe?
When you're not here I'm suffocating
I want to feel love, run through my blood
Tell me is this where I give it all up?
For you I have to risk it all
Cause the writing's on the wall

A million shards of glass
That haunt me from my past
As the stars begin to gather
And the light begins to fade
When all hope begins to shatter
Know that I won't be afraid

If I risk it all
Could you break my fall?

[Chorus:]
How do I live? How do I breathe?
When you're not here I'm suffocating
I want to feel love, run through my blood
Tell me is this where I give it all up?
For you I have to risk it all
Cause the writing's on the wall

The writing's on the wall

[Chorus:]
How do I live? How do I breathe?
When you're not here I'm suffocating
I want to feel love, run through my blood
Tell me is this where I give it all up?
How do I live? How do I breathe?
When you're not here I'm suffocating
I want to feel love, run through my blood
Tell me is this where I give it all up?
For you I have to risk it all
Cause the writing's on the wall


*******************************************

01 July 2016

Macam magic

Assalamualaikum :)



Alhamdulillah, dalam masa 24 jam je aku dah selamat berada kat rumah sewa sendiri. Baru pagi subuh semalam kot aku tergerak hati nak carik rumah sewa. Alhamdulillah. Terus dapat. Urusan aku sangat dipermudahkan oleh Nya. Syukurrr. Mungkin Allah swt memang nak aku berpindah daripada rumah Tuan Besaq tu agaknya.

Haritu masa cari kerja pun Allah permudahkan urusan. After dah kena 'halau' oleh merekaaku start cari kerja. Dalam masa 3 hari. Pergi interview semua setel. Alhamdulillah syukur. Memang Allah nak aku pergi carik kerja lain. Everything is smooth.

Lepas ni aku akan ingat pesanan khas dari tuan besaq. Katanya:

"Ingat.. lepas ni duduk rumah sewa sendiri. Simpanlah duit. Kikislah perangai suka berjimba"

Kahkah tuan besaq taktau ka, after saya dapat gaji saya bayar dulu segala hutang & insurans & juga kereta saya. Lebih tu baru la untuk perbelanjaan saya. Saya nak berjimba saya punya hal la. Saya guna duit sendiri. Tak guna duit company. Kehkehkeh

Then, tuan besaq pesan lagi.

"Lepasni.. Ingat.. Semua kena bayar sendiri. Rumah, bil letrik, air, makan pe semua"

Haa la tuan besaq. Selama saya duduk dengan tuan besaq, saya tak hadap pun tanggung makan tuan besaq tu. Saya makan je apa yang disediakan. Saya tak pernah komplen pun.

Leganya weh dah duduk rumah sewa sendiri!!! Syukur alhamdulillah :D

Yang saya lupa nak bagitau tuan besaq satu je, bila asyik ada masalah dengan staff, staff bertukar ganti, bila semua pun kau nak halau, maknanya bukan staff yang problem. Employer/leader/boss yang problem. Bawaklah berubah. Ego turunkan. Terima pandangan dan cara orang.

Ramai yg dah pergi dari hidup kau dengan cara tak baik. You are the absolute worst leader of company I may said.

Titik.