Skip to main content

Poplook Raya OOTD

Assalamualaikum

How's your Raya everyone? Raya ni kite #teamrayaperak. Pulang beraya dekat kampung Mama iaitu Kpg Sg Terap, Batu Gajah, Perak. Tahun ni raya meriah sebab adik beradik Mama ramai yang ada. Diorang pun memang tinggal berdekatan je. Ipoh - Kuala Kangsar - Tg Malim. Balik kampung pun balik hari. 

Raya tahun ni syok sebab lemang kaum lelaki buat sendiri. Sedap and menjadi la lemang dia. Tak keras tak lembik. 

Mama in charge buat rendang tok (signature dish orang Perak) dia. Bapak dengan rendang paru dia. Pulut kuning, rendang ayam semua ada. Pagi raya meriah sangat kampung arwah opah. 

Arwah opah dah 10 tahun kembali ke rahmatullah. Kite baru tahu nama arwah opah kite ialah Zahratul something something kat belakang. Tapi orang panggil dia May. Atok Basri sejak kite lahir tak pernah jumpa sebab dia meninggal di usia yang agak muda.

Adik beradik arwah Opah ada 4 orang. Opah anak sulung. Semua gegirls. Opah Nyah tinggal dekat je dalam kampung yg sama. Opah Chu dan Opah Zan masih ada lagi tinggal di Perlis sana. Opah opah kite jenis petite & comel sangat :)

Adik beradik Mama ada 7 orang semuanya. Mak Yong tinggal dekat Batu Gajah jugak. Alang tinggal kat Ipoh. Mak Teh, Kuala Kangsar. Uda duduk kat Cheras. Achik, Tg Malim. Usu memang duduk rumah kampung Opah ni. Tapi raya haritu dia sorang je takde. Dia beraya dekat Vietnam. Paksu kite masih belum berkeluarga. So, he loves to travel. 

Cousins kite semuanya dah besar besar dah. Dah bekerja. Dah kawen. Dah ada baby. Tengah pregnant. Ada yg masih belajar. And ada yg masih kecik lagi. My baby cousin, Razin is 5 years old. Anak Uda kite.

Raya kalini memang syok and penat. Bukan penat duduk rumah layan tetamu, tapi penat menziarah. Hihi. Kite jadi salah seorang driver. MasyaAllah penat. Imagine Batu Gajah - Kuala Kangsar - Tg Malim - Ipoh. :D

Ok, done bercerita pasal raya. Sekarang nak OOTD sikit. 


Syafiqa is wearing Syafika Scallop Chiffon Dress in Dusty Pink for first day Raya. Sesuatu sangat pilih baju raya sama nama dengan diri sendiri kan :3


Dress hitam ni pun from Poplook tapi tak ingat nama dia. Pakai masa menjamu tetamu yang datang sebab senang and selesa. Baju raya tahun 2014.


This one is from Poplook too. Baju raya tahun 2015. Chiffon dress in Nude ada polka dot. Pilih yang ni sebab Ainan Tasneem ada dress yg sama tapi warna Brown punya hehehehe.


Ni gambar bahagian depan rumah kampung Opah. Depan tu ada pokok durian. Durian dah berbuah tapi tak masak lagi. Sedapnyaaa durian. Haritu kakak beli durian kat gerai sepanjang perjalanan balik tu, pastu buat tempoyak emm dapp sangat makan nasik tak berhenti.

Panjang cerita raya kita kalini. Seronok raya tahun ni. Alhamdulillah :)

Till then,
Wassalam
.