Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2016

Movie Review: Assassin's Creed (2016)

Assalamualaikum Today, I'm gonna write about this new movie! Assassin's Creed ialah satu kumpulan yang diupah oleh Sultan Muhammad untuk melindungi Apple of Eden katanya. Templar, satu organisasi yang memperjuangkan hak manusia kononnya nak membasmi keganasan. Kiranya Templar sedang cuba untuk merampas Apple of Eden, yang dipercayai dapat digunakan untuk mencapai matlamat tersebut. Watak utama dibawa oleh pelakon yang memegang watak Magneto dalam cerita X Men, Michael Fassbender. Tapi Magneto yg muda tu. Nama watak utama ialah Callum Lynch. Assassin ni dah wujud zaman nenek moyang Cal. Kiranya Cal ni adalah susur galur keturunan assassin. Nenek moyang dia dah bersumpah akan melindungi Apple of Eden tu dengan darah. Jadi, darah yang mengalir dalam tubuh Cal tu juga turut bersumpah secara automatiknya (pun boleh). Cal ni masa kecik dulu dia nampak sendiri Ayah dia bunuh Mak dia. Ayah dia pun Assassin. Masa tu bila orang orang Templar ni sampai kat rumah Cal, Ay

New Year Giveaway by MF

Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017. Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini, 14 Disember 2016 - 11 Januari 2017. KLIK BANNER UNTUK JOIN Hadiah: Grand Top Referral : RM100 Weekly Top Referral : RM20 (21hb, 28hb, 4hb) Planner x 2 winners Topup RM10 x 2 winners Pouch x 2 winners *hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

Books Review: Imaginasi by Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum :) Saya memang peminat novel novel thriller Ramlee Awang Murshid. Paling suka baca kisah Laksamana Sunan, Tombirou dan semualah. Love sangat ending ending cerita yang ditulis oleh penulis berbakat besar ni. But, ending cerita ni saya tak suka. Perasaan tak suka tu sama macam tak suka ending novel Raudhah oleh penulis yang sama. Why? Because rasa macam tengok drama Indonesia Bawang Putih Bawang Merah cerita panjang kemain rupanya last last mimpi. What? I is kecewa. Dalam novel ni, ada banyak watak. Suhaila, anak tunggal Alang Kassim yang dipercayai membela saka harimau. Kamil, banduan yang jatuh cinta pada Suhaila dan nak tolong Suhaila buang saka tu. Hafiz, anak kepada Suhaila, terpisah dari ibunya sebab ibunya dituduh tak siuman dan membunuh ayahnya. Citra, gadis Indonesia yg dicintai oleh Hafiz. Abam, lelaki lurus bendul yang bekerja dengan Pak Budin. Juita, anak Pak Budin yang sangat disukai oleh Abam. Mandur Sarip, orang kepercayaan Alang Kassim yang dib

Movie Review: The Prestige (2006)

Assalamualaikum :) It has been a while I didn't watch a movie, So, today I want to review about this interesting movie that can leaves you a lot of "Oh tak sangkanya!". I like this kind of Oh-tak-sangkanya-ending-dia-macam-ni movies because it is unpredictable. Yang susah diteka. Yang banyak tanda tanya. Yang "tak fahamlah ending dia" lepas tu tak sibuk nak pening fikir biar je lah ending dia macam tu. Dibintangi oleh pelakon kesukaan saya iaitu Hugh Jackman membawa watak seorang lelaki bernama Robert Angier, seorang ahli silap mata yang bersungguh sungguh compete dengan seorang lelaki bernama Alfred Borden (Christian Bale), yang juga seorang ahli silap mata terkenal. Pada mulanya 2 orang lelaki ni bekerja bersama sama as an assistant kepada ahli silap mata yang lebih senior. Isteri Robert Angier juga salah seorang assitant ketika tu. Sambil bekerja, diorang belajar ilmu silap mata/timba pengalaman from that magician sehinggalah sesuatu tragedi berlaku.

9 Sebab Hati Tak Bahagia

1. Pendendam 2. Hasad dengki 3. Bakhil 4. Pemarah 5. Tidak sabar 6. Ego 7. Tamak 8. Riak 9. Cintakan dunia

Hard Time

2016 taught me a lot of lessons. 2016 is the worst year I have ever had. 15 days until a new year and I pray that I'll do something to make a change. 1001 better changes. InsyaAllah.

Cara Menjimatkan Penggunaan Minyak Masak Di Rumah

Assalamualaikum :) Hai, seperti kita tahu minyak masak dah naik harga. Haaa siapa yang suka sangat masak guna minyak banyak tu mesti terkesan dan kecewa kan? Jadi, harini saya nak karangkan sedikit tips untuk menjimatkan minyak masak di rumah. 1. Tumis dengan menggunakan minyak yang sedikit Disiplinkan diri anda supaya hanya menggunakan 2 sudu besar minyak masak untuk menumis bahan seperti bawang, halia, serai dan lain lain. Gunakan api yang perlahan untuk mengelakkan cepat hangus. Kalau dirumah, tak mungkin kita selalu sangat masak dengan kuantiti yang banyak. Oleh itu, 2 sudu saya rasa dah mencukupi untuk menumis. Menurut pemerhatian, orang yang suka tumis menggunakan minyak masak banyak ni memang susah nak kurus. Di samping menjimatkan minyak masak, kita juga boleh mengawal pengambilan makanan berlemak. Bagi sesetengah individu, 2 sudu minyak tu terlalu sedikit dan menyebabkan makanan tu tak sedap nanti. Hmmm makanan sihat memang kurang sedap. Pililah, nak gemuk ke na

365 Days Daily Planners Giveaway by Luqman Zakaria

Assalamualaikum :) Hi, saya memang sukakan planners! Ternampak pulak Giveaway ni, apa lagi jom join! Klik banner untuk join :) Till then, Wassalam❤

Cantiknya warna beads baru PULSERA MY!

Assalamualaikum :) Dengan adanya sedikit modal, dapatlah saya menambah warna warna baru manik untuk bracelet saya. Gembira tak terkata dan tak sabar nak tunggu parcel sampai! Memang dah lama cari manik warna pastel dan lembut. Kalini saya pilih material daripada pearl. Saya pilih tiga warna iaitu Ivory, Chrysolline dan Purple. Cantik kan warna warna ni. Saya baru nak cuba tiga warna ni untuk PULSERA next collections! Tak sabar rasanya sebab kena tunggu 4 hari. Public holiday kat Selangor sampai Selasa tau. Siapa tinggal kat Selangor? Sep sikit! Selamat bercuti saya ucapkan pada yang bercuti. Dengar kata, TBS penuh sangat. Dah macam pasar. Mesti student semua berebut nak balik kan? Apepun, saya cuti hari Isnin je sebab Isnin dah memang off day saya. Takpela tak cuti panjang macam orang lain. Hihi. Bagi yang sukakan bracelet, follow IG @pulsera.my tau! Nanti jangan pulak terlepas update. Kalau saya nak buat CONTEST Komen & Menang agak agak ada tak yang nak join?

Saya Jual Top Cantik Cantik

Assalamualaikum 😊 Hai ☺ Jom usha IG saya @syeqa.my. Saya jual banyak top top lawa yang tengah trending sekarang. Ramai saya tengok orang pakai top especially fashion tangan besar besar macam Saloma tu kan. Ehee. Printed top dan plain palazo ni antara baju yang saya jual di @syeqa.my. Sepasang ni hanya RM60 je. Murah kan? Tapi yang ni dah SOLD OUT. Jom jom usha baju yang saya jual di IG saya 😙 Don't forget to follow. Terlepas update baju baju baru nanti jangan menyesal 😁 Till then, Wassalam ❤

Cuti 2 hari

Assalamualaikum :) Hai, saya kini berada rumah parents. Saya ambik cuti 2 hari to spend my time with my family 😙😚 Pagi nak ikut pergi hantar adik bongsu register new semester di UiTM Raub dan lepas tu terus balik kampung di Batu Gajah, Perak. Tak sabar rasanya sebab nak jumpa Chigebu gedik saya tuu. Hari Sabtu pulak Mama nak bawak jenjalan. Tak sure la kemana tapi yang penting nak makan! Haha. Batu Gajah is 30 minutes from Ipoh. Mungkin juga nak pergi Sri Iskandar. So, apa yang menarik di Ipoh dan Sri Islandar, kome? Adik yang seorang lagi plan nak ke MAHA tapi saya dengan Mama tak ikut. Siapa dah pergi MAHA? Semalam first day kan? Mesti ada banyak makanan 😗 Nak bagitahu, ini first gambar yang saya snap guna phone Samsung Galaxy J2 Prime yang saya baru je beli. Front camera dia bisa membuatkan wajahku flawless. Ini tidak patut sebab tengok cermin muka tak flawless. Jangan mudah terpedaya ya dengan sekeping gambar. 😥 And I'm wearing bracelet by @pulsera

END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENDS

Assalamualaikum :) Klik banner kalau nak join. Good luck!

Dugaan phone rosak

Assalamualaikum 😊 Setelah 2 tahun guna phone ASUS Zenfone 4.5, akhirnya dia mati juga. Itupun memang dah selalu sangat hang dan terpadam sendiri baru baru ni 😣 Banyak benda/kerja penting dalam phone tu. Whatsapp/Telegram untuk kerja. Instagram pun guna untuk kerja. Hmmm. Lama dah bersabar dengan karenah dia 😪 Saya ada satu lagi phone yang kecik. Samsung Galaxy Neo Pocket. Phone ni sesuai untuk guna Whatsapp/Telegram je. Bila install apps lain, for sure dia akan crash dan slow. Memang tak boleh la nak buat kerja 😟 Tambah pulak dengan screen dia yang dah tak sensitif. Stresss dibuatnya! Sekarang memang saya kesempitan. So untuk dapatkan phone baru, saya terpaksa pinjam duit kawan dan family. Memang perlu sangat memandangkan esok nak balik kampung. Huhu. Mulanya, phone ASUS tu saya tanya kat amoi tu apa yang rosak. Katanya motherboard 😭 Hmm memang rugi la kalau repair. Baik beli baru je. Bajet saya ada RM500 je. Memang nak beli yang biasa biasa tapi boleh guna untuk kerj