Skip to main content

Books Review: Imaginasi by Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum :)

Saya memang peminat novel novel thriller Ramlee Awang Murshid. Paling suka baca kisah Laksamana Sunan, Tombirou dan semualah. Love sangat ending ending cerita yang ditulis oleh penulis berbakat besar ni.

But, ending cerita ni saya tak suka. Perasaan tak suka tu sama macam tak suka ending novel Raudhah oleh penulis yang sama. Why? Because rasa macam tengok drama Indonesia Bawang Putih Bawang Merah cerita panjang kemain rupanya last last mimpi.

What? I is kecewa.


Dalam novel ni, ada banyak watak. Suhaila, anak tunggal Alang Kassim yang dipercayai membela saka harimau. Kamil, banduan yang jatuh cinta pada Suhaila dan nak tolong Suhaila buang saka tu. Hafiz, anak kepada Suhaila, terpisah dari ibunya sebab ibunya dituduh tak siuman dan membunuh ayahnya. Citra, gadis Indonesia yg dicintai oleh Hafiz. Abam, lelaki lurus bendul yang bekerja dengan Pak Budin. Juita, anak Pak Budin yang sangat disukai oleh Abam. Mandur Sarip, orang kepercayaan Alang Kassim yang diberi amanah untuk menjaga Suhaila.

Actually, that harimau is not saka. Itu mak kepada Suhaila, isteri Alang Kassim yang telah menerima akibat menderhakai kedua orang tua nya disumpah menjadi harimau selepas melahirkan Suhaila. Suhaila, Hafiz, Mandur Sarip, Abam dan Kamil berlayar ke pulau tempat asalnya ibu Suhaila, Dang Chanden untuk meleraikan sumpahan tu supaya dia boleh jadi manusia semula. Pelayaran tu berbaloi kerana orang tua Dang Chanden akhirnya mengampunkan Dang Chanden dan bertukarlah dia kepada manusia semula.

Ok, that is the happy ending. Buttt, yang I tak suka ini hanya cerita novel je. Means, cerita dalam cerita. Kecewa kite :(

Mungkin review lain kata novel ni sangat best. Ya, memang best. Tapi bila ending dia rupanya cerita dalam cerita, I cannot accept :(

Rupanya Abam ni tak lurus bendul. Dia sebenarnya novelis, berpura pura jadi lurus bendul sebab nak menjiwai watak dalam novel terbaru dia dan novel tu hadiah untuk Juita.

Ok, I kecewa sangat. Cause I tought that cat people in this story is real. I mean it is real in this story.

Done review,
Till we meet again on my next book review.
Wassalam.