22 March 2017

March have been nice to me

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah swt yang menurunkan hujan berserta nikmatnya ke dunia ini. Sekarang kat Bangi hujan :) Tempat korang hujan tak?

Dah lama tak bukak Blog. Last post pun pasal kasut. Tapi kita dah padam blogpost tu eheehee. Atas kesilapan kita sendiri jugaklah pun. I didn't noticed that. I am so sorry bagi pihak *tuutt tuutt* sebab tak reply email yang suruh saya edit dan buang ayat yang tak sepatutnya saya tulis tu. Busy masa tu. So I just delete je lah terus post tu malas nak fikir ahaha.

So, apa khabar blog? Baru ada mood nak menjenguk. Baru ada masa terluang nak on laptop and jenguk blog. Plan nya nak blogwalking malam ni. Sejak kebelakangan ni selalu mengantuk awal. Tidur pun awal. Sebab pagi kite bangun awal. Uruskan KSWP la, LHDN la SSM la. Haha. Gigih.

Lepas tu busy dengan kerja kerja Dropship. Alhamdulillah. Masuk bulan Mac, sales semakin memberangsangkan. Especially sejak kite join dropship Chendana Signature and Evastiqa. Memang shawl and baju kurung diorang ni cecantik. Tak rugi pun join dropship ni :) Dapat cover duit makan saya. Duit gaji cukup cukup untuk komitmen je.

Pergi interview, tak lepas. Hantar resume, takde pun kena panggil panggil. Takpela, kita boleh bersabar dan tabah lagi so far :)

Plan nya kalau cukup modal lepas ni nak jual baju/tudung sendiri secara online pulak. Tapi still nak jadi Dropshipper. Sebab kita memang suka menjual barang, suka berniaga. I don't care what other people say, I just wanna be in love with my passion. Pastu, kita nak bergigih bekerja tanpa henti untuk setelkan PTPTN kita dengan secepat mungkin. Biar hutang semua selesai cepat cepat, boleh simpan duit pergi Umrah pulak.



InsyaAllah, semoga dengan usaha gigih disulami tangisan (bila stress and down) ni akan membuahkan hasil yang buat saya senyum dan bahagia nanti. Never give up!

Malam ni sambil kita buat kerja dropshipping kite, kite nak blogwalking sekali. Japgi kite terjah blog korang :* Siapa yang nak mintak diterjah, sila tinggalkan link di ruangan komen.

Till then,
Wassalam.

Adios x.


No comments:

Post a Comment

Thanks for reading