Skip to main content

Teringin nak bercuti di Pulau Tioman?

Assalamualaikum wbt.

Teringin Nak Bercuti di Pulau Tioman?




PERCUTIAN KE PULAU TIOMAN

Pulau Tioman merupakan salah sebuah pulau yang sangat terkenal dikalangan penyelam dan merupakan satu destinasi percutian keluarga yang menarik. Ianya sangat cantik dengan keindahan dasar laut yang jernih dan sangat memukau para pelancong yang datang. Saya yang tak reti berenang ni pun dah ketagih nak snorkeling walaupun lautan sedalam 10 kaki dan lebih. Pulau Tioman adalah sebuah pulau yeng terletak di antara Pahang dengan Johor. Sebenarnya Pulau Tioman terletak di Rompin Pahang tetapi lebih dikenali sebagai pulau di Johor kerana jeti yang terkenal untuk ke Pulau Tioman adalah jeti Mersing. Penginapan pula korang perlu tahu bajet korang. Sebaiknya tempah hotel dahulu sebelum korang travel.




Jikalau anda ingin berehat dan menikmati hospitaliti bertaraf 4 bintang di pulau Tioman, Berjaya Tioman Resort adalah pilihan tepat buat anda. Resort ini ialah tempat terbaik bagi anda yang inginkan percutian yang tenang dan nyaman, jauh daripada orang ramai.




Bersiaplah untuk mencipta pengalaman penginapan yang tidak dapat dilupakan dengan adanya perkhidmatan eksklusif yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi semua keperluan anda.




Resort ini terletak berhampiran kampung Tekek. Ia lebih kurang 10 minit sahaja dari jeti yang terletak di kampung Tekek. Bercakap soal Berjaya Tioman Resort pula, sudah pasti ramai yang mengetahui, resort bertaraf 4 bintang ini merupakan antara resort terbaik yang terdapat di Pulau Tioman ini. Berjaya Tioman Resort ialah sebuah resort dalam kawasan persekitaran yang baik, yang terletak di Kampung Nipah. Selain bertempat di kedudukan yang baik, Berjaya Tioman Resort juga merupakan salah satu hotel yang terletak berdekatan dengan Endau-Rompin National Park, iaitu dalam 107.09 km dan Kota Tinggi Waterfall, iaitu dalam 114.2 km.



Okay.. Di sini, terdapat sekitar 268 buah bilik dan suite yang lengkap dengan TV, telefon IDD, penghawa dingin, peti keselamatan dan lain-lain lagi. Ada enam jenis chalet disediakan, antaranya ialah standard chalet, standard quad chalet, superior chalet, deluxe chalet, deluxe triple chalet dan juga junior suite. Harga yang ditawarkan pula adalah berbeza mengikut jenis bilik dan musim. Mungkin harga yang ditawarkan adalah lebih tinggi apabila musim cuti. Jadi anda harus merancang awal percutian bagi mendapatkan harga yang lebih murah! Layanan yang diberikan oleh housekeeping juga sangat baik. Di mana setiap kali pulang ke bilik, pasti, ruangan telah siap dikemas rapi. Selain itu, pelanggan turut diberikan kejutan dengan tersedianya hadiah seperti bunga dan coklat di atas katil setiap kali selepas proses pembersihan. Pihak Berjaya Tioman Resort sangat mementingkan cara menjaga pengunjung resort mereka.


Deluxe chalet adalah berhampiran dengan pantai. Apa yang menarik tentang bilik ini adalah ia mempunyai ruang yang luas dan terdapat ruang kecil yang dilengkapi sofa dan meja kopi. Di satu sudut lain juga terdapat sebuah meja makan yang cantik, dan ianya sangat selesa. Bilik air nya pula dilengkapi dengan bathtub. Jadi sebelum tido boleh la rehat sebentar dalam tu. Satu lagi yang menarik, housekeeping team disini sangat kreatif, setiap kali pelanggan kembali ke bilik selepas aktiviti seharian bilik pelanggan sangat kemas dan katil dihias dengan tuala berbentuk penyu dan bunga-bungaan.

Pusat kecergasan resort ini adalah yang wajib dicuba semasa penginapan anda di sini. Nikmati hari yang menyeronokkan dan santai di kolam, sama ada anda mengembara secara solo atau bersama orang yang tersayang.




Jangan lupa dapatkan tawaran terbaik untuk rawatan spa yang paling berkualiti bagi tujuan istirehat dan untuk hilangkan stress anda. Meja depan 24 jam tersedia untuk memberikan perkhidmatan, dari daftar masuk hingga daftar keluar, atau sebarang bantuan yang anda perlukan. Jika anda inginkan lebih lagi, jangan hesitate untuk bertanya kepada staf di meja depan, yang sentiasa bersedia untuk memenuhi permintaan anda. Nikmati hidangan kegemaran anda dengan makanan istimewa dari Berjaya Tioman Resort eksklusif untuk anda. Akses Wifi tersedia di sekitar kawasan umum agar anda sentiasa terhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Berjaya Tioman Resort adalah resort yang memberikan keselesaan hebat dan perkhidmatan terbaik menurut kebanyakan tetamu resort ini. Jom segera find best deal on Berjaya Tioman Resort dan cipta saat yang berharga dan tidak dapat dilupakan sepanjang penginapan anda di Berjaya Tioman Resort dengan keluarga atau sahabat tersayang.