15 August 2017

Sebenarnya, berapa jumlah coverage dalam takaful yang kita perlukan?

Assalamualaikum wbt :)

Harini saya nak share cara nak tahu berapa sebenarnya jumlah coverage yang cukup dalam takaful. Sebenarnya coverage yg cukup adalah pendapatan 10 tahun kita. Kenapa ya 10 tahun? Sebab, rata rata tempoh 10 tahunlah tempoh yang average seseorang boleh bertahan jika menghidap penyakit kritikal atau total permanent disability :(

Bayangkan ya, bila kita disahkan menghidap kanser, lama kelamaan tahap kesihatan kita akan jatuh merudum dan diri kita tidak mampu lagi bekerja. Bila tak kerja, mana kita nak dapat duit untuk teruskan hidup?

Pernah tak kita terfikir ya perkara ni? Kalau tak pernah, bersyukurlah awak jumpa sharing saya kat blog ni :) Coverage ini yg kita panggil sebagai 'Income Replacement'. Sekurang kurangnya kita tak menjadi beban kepada orang lain bila kita sakit. Sekurang kurangnya kita tak terlalu membebankan orang dibawah jagaan kita dengan adanya sumber kewangan daripada takaful yang kita carum sebahagian daripada gaji bulanan kita sekarang.

Ok, sekarang jom kita belajar cara mengira coverage yang cukup. Setiap individu berbeza ya.

Pengiraan:

(Komitmen+belanja bulanan) x 12 bulan x 10 tahun

= RM ?

Ok, dah kira? Awak ada duit sebanyak tu sekarang? Dah ada? Cukup? Betul ke cukup?

Hmm memang kita perlu sentiasa menyediakan diri kita supaya tidak ditelan kemiskinan dan kesusahan. Diluar sana ramai yang lari bila saya nak share tentang kepentingan takaful ni. Tapi takpe saya percaya ada ramai lagi yang mahu ambil tahu :)

Mesti tertanya tanya berapa caruman bulanan kalau kita nak coverage banyak tu? Haa yg ni saya boleh tolong awak kirakan :)

Hanya perlu WhatsApp saya di 014-8429745 for FREE QUOTATION. Jika nak saya cerita panjang boleh jugak set appoinment dengan saya. Lagi mudah kalau kita cerita depan depan :) Saya nak share ilmu dengan awak, terpulang jika awak nak terima atau tidak idea tentang takaful ni.

Saya tak pernah paksa orang sign up takaful. Saya mahukan client yang benar benar faham kepentingan takaful pada mereka. This is not for me, it's for you. Saya hanya membantu :)

Till then,
Your Prulady
Syafiqa Hatta
Prudential BSN Takaful


No comments:

Post a Comment

Thanks for reading