28 December 2017

Bestnya Clay Mask ni!

Assalamualaikum wbt :)

Kita nak share dengan semua betapa bestnya Clay Mask ni :* Haritu balik kampung tiba tiba breakout teruk. Habis jerawat batu tumbuh 2 3 ketul kat muka. Hmmm :(

So I learned about 10 steps of skin care :) One of them is Mask! Untuk mengecilkan liang pori dan jugak membuang sel kulit mati yang membuatkan wajah menjadi kusam.


FREEMAN Purifying Avocado + Oatmeal Clay Mask! Wangi sangat rasa macam nak makan.

Muka memang kusam disebabkan parut parut jerawat. Bila pakai ni membantu jugakla dalam proses mengecutkan jerawat tu. Muka pun jadi lembut je selepas kita bilas dengan air.

Seorang beauty consultant pernah bagitau saya bahawa kulit muka yg jenis pori besar memang elok sangat pakai clay mask. Supaya dapat membersihkan kotoran kotoran yg melekat dalam pori then barulah pori tu mengecil. Takdelah hidung mcm kulit oren eheehee.

Jadi kita pun cubalah :) Baru 3 kali pakai dah rasa perubahan sedikit. Kite tunggu bila dah habis satu tube ni kita pakai. Macam mana rupa dia.

Till then,
Wassalam


2 comments:

Thanks for reading