Skip to main content

My Ending of 2017 Be Like

Assalamualaikum wbt :)

Sejak akhir akhir ni rajin pulak saya log in ke blog saya yang tak berapa nak selalu update ni. Tetiba rasa macam nak hidupkan semula blog ni dengan sesuatu yang berfaedah. Dulu, mula mula berblog masa tahun 2010. Masa tu first year dekat universiti. Masa tu Facebook tengah in trend. Instagram, Twitter takde lagi. And masa tu jugak Blogger pun in trend. Zaman zaman Dr. Fatin Liyana, Hanis Zalikha, Irine Nadia, Mira Filzah baru nak up. Haha. Sekarang nama nama ni dah jarang update blog. Sebab semua dah beralih ke Instagram :) Yelah, Instagram ni win sebab mesra pengguna and popular gitu.

Masa mula mula buat blog tak kenal diorang ni semua. Saya buat blog pun sebab ada classmate buat. Sekarang pun masing masing memang dah tak tengok dah blog masing masing. Haha. Sendu gila blog sekarang. But, it's okay. I prefer like this :) Less drama.

2017 is going to end soon. Ingat lagi masa mula mula nak ambik exam as takaful advisor, berazam nak berhenti kerja and full time in January 2018. Sekali kau, betul betul aku buat walaupun komisyen baru sikit. Yea, this is my very last month working at the boutique. You know what, I'm glad to finally made this decision. Alhamdulillah.

Ada baki berapa hari je lagi nak habis bulan 12. Bulan ni busy sikit. Dengan butik nak ready for Year End Sale. Dengan nak kejar my business target as takaful advisor by the end of this month. Dengan nak balik kampung lagi lusa for special event. Oooh I hope everything will be fine. InsyaAllah.

Hmm boleh kira dengan jari je berapa banyak post tahun 2017 haha. Dalam tak update selalu tu ada jugakla invitation from beberapa pihak untuk collaboration. Alhamdulillah rezeki blog.




Alahai gambar throwback raya bila ni haha. Time ni boleh lagi pakai saiz S kahkah.


Sekarang, please kurus balik!