24 July 2018

BACA SAMPAI HABIS



SOALAN MANA DULU?
1. Bayar Hutang ke Melabur?
👉Bayar hutang

2. Simpan ke Melabur?
👉Simpan dulu dana kecemasan 3-6 bulan

3. Melabur ke Takaful?
👉Takaful dulu sebab Mati ANYTIME, melabur NO PERFECT TIME

4. Simpan ke Takaful?
👉Simpan sikit, ada lebih, ambil takaful minimum dulu untuk cover hutang

5. Beli ke Sewa rumah?
👉Jika belum ada kemampuan atau kelayakan, sewa dulu, uruskan yang point 1-4

6. Beli Kereta Baru ke Terpakai?
👉Jika ada kenalan yang mekanik kereta, cuba cari kereta yang baru 2 tahun terpakai, dapat jimat susut nilai kereta

7. Belanja ke Simpan dulu?
👉DISIPLINKAN simpan dulu baru belanja, kerana musibah dan mudarat bila2 masa

8. THJ ke ASB?
👉THJ dulu dengan niat menunaikan haji, dan pulangan tahunan disebut sebagai BONUS HAJI, manakala ASB pula adalah dividen atas pelaburan

9. Beli TUNAI ke HUTANG?
👉Jika boleh bertahan untuk menyimpan, belilah MOTOR / GADGET gunakan Dividen/Bonus tahunan ASB/THJ untuk menghargai diri

10. Pinjam ke Minta Sedekah?
👉PINJAM dan pastikan bayar semula atau terus niat untuk membayar semula, minta sedekah kurang baik bersandarkan hadith Bukhari Muslim R.A "Tangan memberi lebih baik dari menerima"

Semoga bermanfaat😊
Credit to Ikha Nur Zaikha ❤️




No comments:

Post a Comment

Thanks for reading