25 April 2019

Wanita Kini Perlu Ada

Assalamualaikum and hi! :)

Saya rasa semua wanita perlu tahu perkara perkara ni :)

WANITA KINI PERLU:

1. Ada saving

2. Protection medical dan life takaful

3. Bijak urus wang

4. Berdikari dan tidak bergantung harap sepenuhnya pada suami

5. Ada rumah sendiri

6. Ada pendapatan sampingan

7. Ambil tahu tentang komitmen dan kewangan keluarga

8. Memahami financial suami

9. Boleh memandu kenderaan sendiri

10. Bijak kawal emosi

11. Wujudkan tabung simpanan untuk anak-anak

12. Ingatkan suami untuk lakukan wasiat bersama

13. Declare harta sepencarian bersama

14. Tidak berbelanja lebih dari kemampuan

15. Daftar khairat kematian

16. Pastikan penama untuk life dan simpanan dah update terbaru untuk suami dan anak-anak

17. Jaga tingkah laku dan nama baik suami

18. Fikir yang baik-baik dan bercakap perkara yang baik-baik

19. Upgrade ilmu agama, keluarga, parenting, memasak dan kewangan

20. Ikhlaskan hati kita lakukan ini semua bukan untuk diri sendiri saja tapi untuk kebaikan keluarga, anak-anak dan keluarga tercinta. InshaaAllah

Wanita zaman sekarang kena jadi lebih berani, sikap ambil tahu tentang kewangan dan persediaan sekiranya ditimpa musibah

Moga bermanfaat untuk para isteri dan wanita diluar sana☺️

Copy and paste daripada Telegram Channel Syafieqah Alya

=========

Saya suka sharing daripada Syafieqah Alya ni. Ada tak para bloggers yang kenal dengan adik manis ni? Lebih muda daripada saya, tapi ilmu kewangan yang dia ada cukup meluas.

Beliau juga perunding takaful seperti saya :) I adore women like this. Wanita yang memperkasa wanita lain disekelilingnya ❤️ Wanita berkerjaya, wanita yang ada pendirian, wanita berdikari, wanita yang luas ilmu pengetahuan.

Jadi wanita biar bermaruah, menjaga tingkah laku selayaknya wanita, membantu dan memperkasa wanita lain. Elakkan diri daripada menjadi asbab kepada kehancuran hidup wanita lain. Elakkan diri daripada menjadi asbab penderitaan wanita lain.

Moga bermanfaat untuk rakan rakan blogger saya disini.

Till then ♥️


23 April 2019

Asam Pedas Untuk Saya

Assalamualaikum and hi! :)

Masa mula mula baru nak berkawan dengan husband dulu, dia pikat perut saya dengan asam pedas ikan kembung ehee. Asam pedas ni bila orang Johor/Melaka yg buat mesti sedap teruk!

Dulu masa kakak saya yang kedua kawen, adik ipar dia buat asam pedas ayam untuk family kitorang makan. MasyaAllah kesedapan dia buat saya terbayang bayang sampai sekarang.

Kebetulan menantu lelaki mama saya ketiga tiganya orang Johor or related dengan Johor. Saya memang suka asam pedas orang Johor buat. Pekat, pedas, sedap sampai menjilat jari.

Jadi semalam, husband masakkan asam pedas ikan cencaru. Berseleranya makan sampai menjilat jari. Ahaha. Ibu mertua saya pun pernah masakkan asam pedas ayam. Sedap gils!



Last week husband saya tanya ada apa apa nak request tak. Kita apalagi cakapla teringin nak asam pedas dia masak. Kalau saya yg masak mesti tak jadi. Tak kena rasa dia haha. Failed! Masak lemak pun failed! Aduhh. Saya bukan apa, dah sekali failed tu rasa tak nak try dah sebab bahan bahan dia kan banyak. Macam membazir je kalau masak tak sedap. Huuu.

Jadi kita mintak orang yang pandai masak, masakkan eheee. Mesti ada yang tertanya, Mama saya tak ajar ke masak asam pedas and masak lemak? Ada je. Cuma resepi dia tak sepekat macam yang Johorean buat.

Mama saya jenis menjaga kesihatan. Dia jarang buat masakan berlemak pekat. Kalau masak asam pedas jenis yang cair tu. Kalau masak lemak pun jenis yang cair tu. Arwah opah saya pun dulu masak macam tu. Jadi kami dah terbiasa dengan yang biasa biasa je.

Mama expert masak rendang tok. Almaklum, orang Perak. Kalau Mama yg buat rendang tok masa raya, tak pernahnya tak habis licin. Heeee. Kitorang anak cucu la yang habiskan. And Mama pandai buat ketupat pulut Sarawak. Mama belajar dengan arwah Nek Puan saya dulu. Ayah saya orang Sarawak. Saya memang sukaaa sangat makan pulut.

Raya tahun ni beraya dengan suami di Johor. Tak merasalah rendang tok and ketupat pulut mama. Huwaaaa.

Yang penting, lepas raya keluarlah baby saya yang pertama :) Moga dipermudahkan pengeluaran baby nanti ahaha. Nasib baik Umi dapat raya dulu. Hihihihik.




20 April 2019

Murung kucing hilang

Assalamualaikum and hi.

Hai bloggers. Semalam adalah hari yang sedih sebab kucing saya hilang :( Saya duduk tingkat 4. Kucing saya escape dari beranda bilik. Sliding door tu memang biar bukak malam malam sebab panas. Huhu.

Dah sebulan duduk rumah sewa ni. Tak pernah lagi dia hilang macam ni walaupun sliding door tu hari hari terbukak. I am so sad. Risau dia makan apa, tidur kat mana. Huhu.

Saya jaga dia sejak dia sebesar tapak tangan. Bangun pukul 2 3 pagi sebab dia nak menyusu botol. Masa tu dia kecik lagi mana pandai makan. Jadi bila dia hilang, saya rasa sedih sangat and murung.

Dah 5 tahun jaga dia. Dialah peneman masa saya sedih menangis, dialah gang menghiburkan masa saya down, dialah yang saya layan masa dia tengah excited nak main kejar kejar kaki, dialah peneman kalau saya tinggal sorang sorang kat rumah, dialah bestfriend saya.

Sedihnya hati bila dia tak balik. Saya yakin sangat dia turun ke tingkat bawah dari beranda bilik dengan cara selamat. Sebab saya tahu dia pandai jaga diri. Masa duduk kampung dulu pun dia memang sejenis kucing yang gemar explore tempat baru. Cuma kat kampung dia tak pernah tak balik.

Disebabkan baru duduk sini sebulan, saya tak tahu dia pandai balik ikut pintu depan ke tak. Mana 1 tangga dia nak naik untuk sampai ke rumah ni. Huhu. Sampai hati Gebu tinggalkan kita :( Dah janji kan nak jaga adik baby sama sama

Harini hari kedua tanpa Gebu. Dah la sejenis kucing takut hujan and guruh. Kalau hujan guruh kat luar, selalunya dia menyorok kat tempat tertutup. Ni dia hilang, entah mana dia sembunyi kalau hujan :(

I really worried about him. Doakan kucing saya balik.


I really miss you my sunshine :(


15 April 2019

My First Pregnancy Journey : Emotionally unstable

I know that a pregnant woman should take care of her emotional. I am consistently crying since Saturday, because of some reason. During my morning sickness phase, my emotional is controllable eventhough I have hard times enduring with the sickness.

But in these 3 days, I become overly sensitive. I cry a lot. Thinking that I may become a burden to someone. I am so sorry baby if this emotion affect you.

I frequently talking to my baby, sharing my feeling with my baby. When I am happy  I share. When I am sad, I will cry and talk to my baby. When I am in my work mood, I will share my plan with my baby.

I pray that my baby always be a strong person, kerana hidup ini memang dipenuhi ujian dari Tuhan. Tak sempat lagi kita pass ujian yang sedia ada, datang lagi ujian seterusnya. Walaupun umi sedang dalam keadaan yg emotionally unstable sekarang, umi harap awak ok je.

Umi hilang selera makan. Umi lapar tapi Umi takde selera makan. Hilangnya excitement Umi 2 3 harini entah kemana. Umi tak tau nak makan apa. Umi takde idea nak masak apa. Yang Umi tahu Umi sedih je. Takde mood nak buat apa.

Umi kurang bercakap, Umi banyak diam je. Main game. Tengok drama. Tapi dalam hati Umi, Allah je tahu apa yang Umi rasa.

Umi hanya mampu luah kat sini sambil umi nangis.. Umi taktau kenapa kalini hati umi terluka sangat sangat walaupun dah dipujuk..