6 May 2019

Super Sunday Training

Assalamualaikum and hi! :)

Saya ni bila dah sihat dah tak morning sickness, selera makan pun dah okay, saya jadi bosan duduk terperuk kat rumah. Haha. Bukan takde benda nak buat. Ada je. Cuma bosan tak keluar rumah bersosial dengan rakan sekerja 

Ahad adalah hari dimana agency saya (SAR Group) akan adakan training mingguan untuk ejen ejen. So saya memang menanti hari Ahad untuk masuk office dan attend training. Dalam training, macam macam diorang ajar. Tajuk semalam ialah Ramadhan Vital Behavior.

Semalam kita ada sharing tentang macam mana nak plan structured day kita sebagai seorang ejen pada bulan Ramadhan. Adakah kita akan kurang bekerja atau lebih giat bekerja. Bulan puasa tak boleh jumpa orang kat kedai makan. Haha. After work orang dah berpusu nak balik nak prepare untuk berbuka. Malam pulak orang nak pergi teraweh. Haa macam mana tuuu.

Boleh diatur je sebenarnya. Saya pun mula mula got no idea. Kita risau akan mengganggu masa orang lain. Tapi actually boleh je diatur. Kita bincang la waktu sesuai dengan bakal client. Banyak yang senior senior agent saya yang share cara mereka. Satu benda baru yang saya belajar semalam.

Pastu habis je training semalam ada pulak akak ejen bawak spaghetti bolognese 😍 Hmmm seronoknya kiteeeee.


Sempena menyambut Ramadhan, semalam Kak Jila saja bawak spaghetti untuk lunch. Hmm sedap. Berselera saya makan. Alhamdulillah tak perlu keluar duit untuk lunch dah. Siap tapau lagi bawak balik. Ehee.

And then semalam dapatlah saya collect buku polisi dan raya gift untuk client client saya 😘


Tahun ni saya nak bagi Raya Gift Sampul Raya PruBSN pada client client saya ❤️ Yang sign up takaful dengan saya sebelum raya ni pun akan dapat free sampul raya ni. Cantik tak? Cantik kan kan.




Jika tuan bijak bistari, corak apa pada sampul raya prubsn tahun ni?

Haa sape dapat teka dengan tepat saya bagi as free gift 😉😉😉

Cepat cepat jawab!


1 comment:

Thanks for reading