Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

My First Born Journey : 2 months old

Assalamualaikum and hi :) 24hb Ogos haritu genaplah usia 2 bulan Dini Zulqarnain. Alhamdulillah done 2nd vaccination di Klinik Kesihatan hari Rabu lepas. Dini nangis sekejap masa kena inject then sambung tido balik. Kuat anak Ummi. Jumaat lepas pulak appointment saya dengan klinik. Pasang IUCD (alat perancang keluarga yg dimasukkan dalam rahim) tu. Pengalamannya jangan cakaplah. Menggigil jugak tunggu turn ahahahaha. Macam nak masuk OT pulak. Tapi alhamdulillah setelah nurse ajar cara bernafas dengan tenang semasa prosedur dijalankan, semuanya siap dalam masa 15 minit. Doktor buat pap smear sekali untuk saya. Vaksin HPV saya tak lengkap dos ketiga, sebab saya terlupa tarikh appointment tu huhu. Lepas tu dah nak nikah dah. Hopefully badan saya kekal sihat dan dijauhi penyakit. Aamiin. Alhamdulillah growth Dini semua normal. Berat dah naik hingga 4.6kg. Masih lagi fully breastfeed. Berisi dah anak Ummi ni. Dalam usia 2 bulan ni, Dini dah pandai senyum and ketawa. Suka berbora