30 August 2019

My First Born Journey : 2 months old

Assalamualaikum and hi :)

24hb Ogos haritu genaplah usia 2 bulan Dini Zulqarnain. Alhamdulillah done 2nd vaccination di Klinik Kesihatan hari Rabu lepas. Dini nangis sekejap masa kena inject then sambung tido balik. Kuat anak Ummi.

Jumaat lepas pulak appointment saya dengan klinik. Pasang IUCD (alat perancang keluarga yg dimasukkan dalam rahim) tu. Pengalamannya jangan cakaplah. Menggigil jugak tunggu turn ahahahaha. Macam nak masuk OT pulak. Tapi alhamdulillah setelah nurse ajar cara bernafas dengan tenang semasa prosedur dijalankan, semuanya siap dalam masa 15 minit.

Doktor buat pap smear sekali untuk saya. Vaksin HPV saya tak lengkap dos ketiga, sebab saya terlupa tarikh appointment tu huhu. Lepas tu dah nak nikah dah. Hopefully badan saya kekal sihat dan dijauhi penyakit. Aamiin.


Alhamdulillah growth Dini semua normal. Berat dah naik hingga 4.6kg. Masih lagi fully breastfeed. Berisi dah anak Ummi ni. Dalam usia 2 bulan ni, Dini dah pandai senyum and ketawa. Suka berborak dan dah pandai buat drama (menangis beriya bila tak selesa or nakkan sesuatu).

Sempena 2 bulan usia Dini and 2 bulan jugak saya fokus jaga Dini dan memulihkan kesihatan diri selepas operation czer, Ayah Dini bawa kami jalan jalan kejap ❤️ Tak pergi jauh pun. Makan makan di Mykori Dessert Cafe, Hulu Langat je. Baru je buka kat kawasan rumah kami. Comel betul cafe ni.



Cafe bertemakan unicorn. Kegemaran remaja perempuan sekarang kan. Hikhik comel. Kitorang first time makan kat Mykori. Sebelum ni selalu tengok kawan kawan je share gambar. Memang menarik sangat sangat rupa dan warna abc hipstur korea ni.


Saya memang suka benda yang chocolatey ni. Yg perisa lain tu macam tak minat sangat. Memang sedap la yang ada oreo ni. Tak ingat la nama dia panjang haha. Kat tengah tengah dia ada coklat juga. Mini cup for RM12.


Yang ni husband saya pilih. Mango Cheesecake. Sedap jugak. Puri mango dia sedap. Macam minum air mangga susu blended yang kat Bangi tu. Kat tengah tengah dia ada cheesecake rangup. Mini cup for RM16 (kalau tak silap).


This Ham and Cheese ni sedap sangat ya kawan kawan. Tolong order kalau makan kat sini. Cheese dia sedap giler. Lemak lemak masin gitu. Waffle (panggil waffle sebab taktau nama apa) dia rangup rangup gitu. Harga RM7. Dalam gambar dia letak 2 keping. Rupanya 1 keping je. Tak puas sis makan.


First time bawak Dini keluar jalan jalan. Nak keluar pun kena pilih tempat yg tak sibuk sebab newborn baby ni fragile. Belum terlindung dengan vaksin yg lengkap lagi. Tunggulah Dini dah dapat kaki. Baru kita jenjalan ya. Thanks to Ayah Dini for this lil appreciation setelah memberanakkan seorang manusia ke muka bumi. Alhamdulillah ❤️

Okay, selain fokus fully breastfeed Dini sehingga at least sampai umur 6 bulan, fokus Ummi lepas ni ialah:

- turunkan BMI ke 22 (sekarang 26 dah kategori overweight)
- fokus complete kan my CPD hours training (ejen takaful punya KPI)
- fokus to my sales production (cari client baru yg nak apply takaful)
- fokus nak upgrade jadi agent Fareha bawal anti kedut dan juga agent Faraalipbutter (sekarang dropshipper)

Moga semuanya settle before the end of December 2019 ❤️ Aamin.

Till then,
Wassalam


1 comment:

  1. blogwalking here :) comelnya your baby !
    https://putrinurizzafatin.blogspot.com/

    ReplyDelete

Thanks for reading