27 October 2019

My First Born Journey : 4 months old

Assalamualaikum and hi! :)

Nampaknya sebulan sekali je update blog setakat ni. Haha. Saya bukan takde masa nak update blog. Banyak je cerita yg nak dikongsi kat sini. Tapi, setiap hari saya disiplinkan diri fokus pada kerja kerja saya.

Tugas sebagai isteri dan ibu
Tugas sebagai ejen takaful
Keep uruskan online business bawal anti kedut & Faraalipbutter
Uruskan kerja kerja rumah

Bila dah ada mood menulis baru dapat nak update blog. Anything menarik yang berlaku dalam sebulan kadang kadang semua saya cerita je dlm 1 entry haha! Padahal tajuk entry is about Dini.

Dini dah masuk usia 4 bulan pada 24 Oktober yg lalu. Macam biasa rutin ke klinik kesihatan utk check up.

Alhamdulillah berat dah naik dari 5.18kg ke 6kg. Growth semua normal. I thought ada cucuk haritu tapi takde pun. Bulan 12 nanti baru ada :)

Apa perkembangan Dini bila dah masuk 4 bulan ni? Dini dah pandai berpusing dan meniarap. Olooo anak Ummi. Alhamdulillah 1 lagi pencapaian yg Dini achieved. Bila dah pandai pusing meniarap ni, sesaat toleh tempat lain tetiba dia dah elok je meniarap. Dah taknak baring. Haha. Kemain lagi ya.

Setakat ni, Dini masih lagi full breastfeed. InsyaAllah Ummi nak cukupkan at least for 6 months. Bila Dini dah pandai makan nanti, senanglah sikit Ummi nak tinggalkan Dini ke pengasuh kalau Ummi keluar kerja :) Tengah mencari orang/tempat yg accept jaga per hour. Memandangkan kerja Ummi time-flexible, jadi takdelah nak ambik per month.

Kalau area rumah saya, akak tu accept per month je. Per hour dia tak pernah dengar 😅😅😅 Takpelah kak. Saya faham.

Takpelah. Benda ni boleh discuss dengan husband. Memang biasanya kalau saya ada appointment takaful dengan client, or ada training di office, Ayah Dini akan minta cuti hari tersebut. Jagakan Dini. Tapi saya kena simpan stok EBM siap siap secukupnya dalam peti utk Dini.

Pelan pelan la carik pengasuh yg accept per hour lepas ni. Lagipun buat masa ni kami takde kereta sendiri. Agak payah bagi saya nak handle Dini utk hantar ke pengasuh pulak. Tahun depan dah wajib kena ada carseat. Kalau naik Grab mano nak pasang carseat nya 😂

Berbalik kepada cerita Dini, Dini rasanya macam dah pandai kenal orang. Kalau bawak dia ke rumah Nyai dia, dia akan nangis kalau orang lain yang dukung. Ambik masa sikit la dia nak get along dengan orang yg jarang jumpa 😂 Haritu kuat betul dia nangis kena acah dengan Atok dia. Terkejut pastu menangis kuat.

Dini dah start nak kunyah semua benda dia pegang. Toys dia, jari dia, tangan dia, rambut Ummi 😅 Jari dia dah semakin kuat pegang barang or berpaut dekat besen masa mandi.

Tu je lah perkembangan Dini setakat ni. Memang saya cerita kat blog je panjang panjang pasal Dini. Dekat fb/ig/twitter saya tak cerita sangat. Malas. Nanti orang suka compare anak dia dengan anak kita. Tulis kat blog pun sebab nak simpan kenangan. Blog pun followers sikit je. Tu pun tak semua baca apa kita post 😜 Haha gurau!

Blog saya kan. Sukati saya nak tulis pasal apa. Bukannya saya buat entry kutuk orang. Ok lepas ni saya akan lebih rajinkan diri cerita pasal benda lain jugak. Share anything yang saya rasa semua perlu tahu, ok!

Oh btw, any one yg nak sign up takaful utk diri sendiri or baby or nak create hibah fund for family ke boleh contact saya tau 🙂 Saya ejen takaful PruBSN. Btw, PruBSN ada produk baru. PruBSN Aspirasi (perlindungan - simpanan - pelaburan)

Nak saya explain whatsapp je 014-8429745 ❤️