Skip to main content

Nasi Bamboo Sg Klah

Assalamualaikum and hi! :)

Kalau dulu masa single, drive sorang balik Batu Gajah, Perak, memang selalunya saya akan keluar tol Tanjung Malim dan guna jalan lama. Hihi nak jimat duit tol. Bila guna jalan lama mesti akan lalu restoran yang famous ni iaitu Nasi Bamboo Sg Klah.

Setiap kali lalu mesti nampak banyak kereta parking, sehingga ke tepi tepi jalan utama. Signboard dia bukan main besar. Ramai jugak pengunjung dikalangan riders yang singgah makan kat sini sebab tengok motor besar diorang bersusun je park kat tepi.

Tapi kan sekalipun saya tak pernah singgah. Haha! Kisahnya, awal November haritu join family in-law hantar rombongan meminang. Cousin husband nak bertunang. Rumah bakal pengantin perempuannya terletak di Teluk Intan. Balik dari Teluk Intan, cousin husband bawak singgah makan Nasi Bamboo ni. Dalam hati saya berkata, “wow rezeki 😍”.


Apa yang boleh saya review tentang restoran ni ialah memang patut la ramai yang suka makan kat sini. Ternyata sedap dan menyelerakan! Siapa pernah singgah? Mesti tau kan kesedapan lauk pauk kampung nya.

Nasi tu wangi sangat, dibalut dengan sejenis daun yang berbau harum dan dikukus dalam buluh. That’s why nama dia nasi bamboo.

Lauk pauk macam macam jenis boleh rambang mata weh! Masa tu husband yang ambikkan lauk pauk, saya terus duduk di meja dan layan Dini. Macam yang dapat dilihat dalam gambar tu, yang paling sedap ialah kambing masak kicap kat belah kiri bawah tu. Actually, tak pasti nama resepi tu. Tapi memang sedap. Takde rasa kambing sangat.

Servis pun pantas dan mesra. Ramai tau staff dia. Restoran pun macam macam ada. Aiskrim durian pun ada. Tapi, agak panas sikit sebab open air kan. Tapi cukup berangin.

Makanan macam ni lebih sedap kalau makan beramai ramai. Haritu konvoi 4 kereta, memang syok ☺️

If ada yang nak makan jauh sikit dari KL, try la Nasi Bamboo Sg Klah ni. Waze je, tak susah carik sebab memang tepi jalan je.

P/s: Allah swt selalu mendengar isi hati hambaNya dan selalu memperkenankan doa kita yang mungkin kita pun dah lupa kita pernah minta. Terima kasih, Allah. Allahuakbar. Allah Maha Baik.