Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2019

It's a wrap for 2019!

Assalamualaikum and hi! :) Wow hari terakhir untuk tahun 2019 guys. Seawal tahun 2019 haritu, saya dah list down semua Goal and Dreams saya. Tapi hahaha gelak la dulu jap. Tapi banyak sangat yang tak dapat saya capai atas sebab sebab tertentu. Sebab dan hikmah yang lebih besar daripada Allah swt. But it's okay. Saya akhirnya dah faham erti dan cara sebenar untuk list down Goal and Dreams. Nama baru yang akan saya letak ialah 'New Resolution', dan saya akan tulis New Resolution untuk setiap bulan. Cara menulis pun akan saya ubah kepada yang lebih spesifik. Taknak dah aim benda big tapi kelaut lepas tu. Lol. Apa yang saya nak ubah ialah apa yang saya perlu buat dalam sebulan, seminggu dan sehari. Bukan lagi nak capai itu nak capai ini. Cara macam ni akan membuatkan saya lebih bersemangat nak capai goal and dreams if saya boleh achieve buat setiap hari. So, saya nak lupakan Goal and Dreams 2019 dan saya nak mulakan New Resolution saya mulai esok, 1 Januari 2020!

My First Born Journey : 5 months

Assalamualaikum and hi! :) Alhamdulillah 24/11 haritu Dini dah menjangkau usia 5 bulan. Lagi sebulan je dah boleh makan dah. Omg! Orang kata baby kalau nak tukar bulan, memang meragam lain macam. Haritu menangis jugaklah layan si Dini ni semua benda tak kena. I am exhausted giler that time. And being an angry mom also. Pastu bila tengok dia tido, timbul rasa menyesal. Haritu attend wedding classmate dekat Uni dulu. Kebetulan ibu mertua ada trip sekolah ke Langkawi. So dapatlah pinjam kereta ibu untuk ke wedding tu yg diadakan di Bangi. Haa.. Sempena tahun 2020 yang akan wajibkan penggunaan child carseat, kitorang pun try praktis pakai carseat untuk Dini. Olooo tertido anak Ummi dalam carseat. Anyway, ni first time pakai and nampaknya Dini bagi kerjasama yang baik. Tak menangis, tak meraung sibuk nak lepas dari carseat. Lepas menyusu dah mamai mamai, terus duduk diam je dalam carseat dan tertido sendiri. Tapi na-ah jangan puji dulu sebab mungkin masa tu mood dia baik 😂😝