Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Rendang Ayam Saya

2 hari lepas masak rendang ayam permintaan Ayah Dini. My skill masak rendang semakin polished! Weeee. Kalini rasa lebih padu dan kick. Gituuu dia bila dah pecah minyak ❤️ Sedap sangat makan dengan pulut. Okayy bolehlah kan nak raya PKP ni. Tak boleh balik Perak uwuuu.  Raya kat KL je la kita. Lagipun raya 1st and 2nd Ayah Dini kerja. Raya ketiga la baru kitorang raya. It's okayy. Saya terima apa ada nya. Janji bulan puasa ni saya maximise kan ibadah padaNya. Tapi tu lah. Tahun ni first time berpuasa ada baby. Jadi malam agak susah sikit kita nak berjemaah sekali dengan Ayah Dini. Nak tunggu Dini tido, Ayah Dini pun dah terlelap. Kerja kan siangnya. Kesian dia.  Bila nak baca al Quran, tiba tiba masa tu jugakla Dini nak terjaga. Sometimes sempatlah baca waktu siang masa Dini tido lena. Kalau datang time cranky dia, apa pun tak boleh.  Tapi takpe, buat je lah yang terbaik untuk bulan puasa tahun ni 😊 

Drama Ramadhan TV1

Drama Ramadhan tv1 memang drama yang ditunggu tunggu sejak tahun 2018 lagi 😊 Tahun 2018: Isteri Yang Diiktiraf Tahun 2019: Aku Yang Kau Tinggalkan Tahun 2020: Korban Kasih Saya dah agak, drama Ramadhan tv1 tahun ni pun memang akan best jugak. Siaran pun tiap hari 30 episod sepanjang Ramadhan.  Ketiga tiga drama ni ada unsur kekeluargaan yang paling utama. Yang buat best tengok sebab ada family bonding dalam tiap drama ni. Baru jap tadi habis layan episod 16 Korban Kasih hihi. Bila adik beradik Jalil ni dah besar, kurang sikit dah sedih. Haritu layan dari episod 1 sampai episod 13 mengalir je air mata sedih tengok Jalil 😂 Selalu memang tak sempat nak layan betul betul pukul 7pm tu. Kan sibuk nak berbuka. Bila dah malam after dah solat apa semua, Dini pun dah tido baru saya layan kat YouTube, pakai pulak earphone. Padu sedih dia haha.  Hopefully, tv1 will always come out with good drama like this every Ramadhan season. I am looking forward for that

Tips Masak Kuah Laksa Sarawak Yang Padu Sedapnya!

Haritu beli pes laksa sarawak daripada telegram channel salah seorang kenalan saya. Punya excited, saya grab terus 3 paket. Sebenarnya belum pernah lagi masak Laksa Sarawak sendiri. Selalu makan kat restoran je. Antara restoran Sarawak delicacies yg saya suka kat KL ni ialah Dayang Sarawak Corner di Ampang. Dekat dengan rumah. Puasa Day 2 haritu saya try buat. Saya ikut resepi cara masak dari Youtube. Masak semasa berpuasa kan tak boleh nak rasa. So kita agak agak je. Bila waktu berbuka tu rasa kecewa sebab tak sedap hahahaha! Rasa kosong, takde kick dan tak padu. Saya pos gambar Laksa Sarawak tu kat Instagram. Ada yang komen bagi tips 😍 Tips ni dari sepupu arwah ayah saya (Sarawakian live in Kuching) dan juga seorang rakan sekolah saya di Kuching dulu. Tu lah nak cerita ni tips nya. Sebab ramai yang share resepi, tapi jarang yg ada share tips macam mana nak dapatkan rasa 'kick' sesuatu masakan. Tips #1: Guna air rebusan udang Kopek udang siap siap. Kulit da

Review: Garnier Light Complete Super Essence Vitamin C

It's my second bottle already ❤️ Saya suka baca blog Iman Abdul Rahim regarding skincare. Dia banyak share cara pilih skincare yang bersesuaian dengan jenis kulit. Saya sedia maklum kulit saya jenis yang berminyak, acne prone skin, berparut, and so on. Banyaklah masalah dia. And banyak jugak dah berhabis duit for skincare. Tapi tak elok elok pun muka. Masa mengandung and lepas bersalin haritu paling teruk in life. Jerawat sampai bersusun elok dekat sepanjang jaw bawah dagu, kat dagu, hidung, pipi dahi semua ada. Dah la jenis batu tu. Pehh. After baca blog Iman Abdul Rahim, baru saya faham kulit saya. Memang skin barrier dah rosak teruk sebab saya tak treat kulit dengan baik. So saya follow basic skincare routine yang Iman tulis panjang panjang dalam blog dia. Penulisan yang mudah difahami. Sebab tu ramai yang suka ❤️ So after I create back my skin barrier, barulah skin saya jadi behave. Tak keluar dah jerawat nasty yang banyak. Huhu. Dah settle dapatkan balik skin barrier,

Song I Love: Close To You by Carpenters (Lyrics)

I am currently in love with this lovely song. Ini gara-gara tengok movie Spies in Disguise (Will Smith and Tom Holland) haritu. Ada satu babak tu kereta kejar mengejar pastu jatuh dari flyover and masa tu lah lagu ni keluar sebab dia tengah slow mo 😂 I was like "wahh this song dah lama tak dengar!". Saya sejenis yang agak minat dengan lagu-lagu orang putih lama. Lagu ni direkodkan pada tahun 1970. Bagi saya lagu ni tenang and sentimental. Sangat sedap didengar. =============== Close To You (Lyrics) Why do birds suddenly appear, Everytime you are near? Just like me, they long to be Close to you Why do stars fall down from the sky, Everytime you walk by? Just like me, they long to be Close to you On the day that you were born the angels got together And decided to create a dream come true So they sprinkled moon dust in your hair of gold And starlight in your eyes of blue That is why all the girls in town Follow you all around Just like me, they long

Pencarian Bloglist by Aisyhah Nyais

Let’s join this! Click the banner to join, okay! Tag 3 orang: OM Suria Amanda Kasih Juju Good luck!

My First Born Journey : 6 months

Assalamualaikum and hi! :) Harini tadi appointment Dini cucuk 6 bulan. 24 Disember haritu genap umur Dini 6 bulan. Dah pandai makan. Sejak pandai makan, memang kuat makan and alhamdulillah berat bertambah. Tadi berat Dini dah naik dari 6.18kg ke 6.46 kg. Berat naik ok, normal. Tapi tinggi je dekat line kuning huhu. Moga next check up growth Dini kembali normal. Bila dah capai umur 6 bulan, macam macam Dini dah mula pandai. Pandai mengengsot, capai barang, suka main dengan remote control tv, main kotak. Dini dah tak heran dengan toys dia. Dia lagi suka main dengan langsir, suka capai tempat ada wayar, raba raba bakul baju, selongkar barang mandi dia, and benda benda yg tak sepatutnya dia main haha. Bila Dini dah pandai makan ni, senanglah Umi dia nak pergi kerja and tinggalkan dia dengan Ayah Dini nanti :) Umi nak bantu ramai orang untuk prepare akaun takaful tahun ni. Saya nak setelkan MOC saya sebelum masuk bulan July supaya tak terkejar kejar macam tahun 2019. Hihi