3 January 2020

My First Born Journey : 6 months

Assalamualaikum and hi! :)

Harini tadi appointment Dini cucuk 6 bulan. 24 Disember haritu genap umur Dini 6 bulan. Dah pandai makan.

Sejak pandai makan, memang kuat makan and alhamdulillah berat bertambah. Tadi berat Dini dah naik dari 6.18kg ke 6.46 kg. Berat naik ok, normal. Tapi tinggi je dekat line kuning huhu.

Moga next check up growth Dini kembali normal.

Bila dah capai umur 6 bulan, macam macam Dini dah mula pandai. Pandai mengengsot, capai barang, suka main dengan remote control tv, main kotak.

Dini dah tak heran dengan toys dia. Dia lagi suka main dengan langsir, suka capai tempat ada wayar, raba raba bakul baju, selongkar barang mandi dia, and benda benda yg tak sepatutnya dia main haha.



Bila Dini dah pandai makan ni, senanglah Umi dia nak pergi kerja and tinggalkan dia dengan Ayah Dini nanti :) Umi nak bantu ramai orang untuk prepare akaun takaful tahun ni. Saya nak setelkan MOC saya sebelum masuk bulan July supaya tak terkejar kejar macam tahun 2019. Hihi.

As orang yang bekerja sendiri bukannya mudah macam yang digembar gemburkan. Setiap pekerjaan ada pengorbanan dan air mata. Tak kisah la kerja dengan orang or bekerja sendiri.

Passion yang menentukan sustainability kita dalam sesuatu pekerjaan. Betul tak?

So tahun ni saya nak fight juga untuk income saya supaya ada increment yang memuaskan hati dan rezeki bonus nanti. Saya pun nak ada simpanan dan beli rumah sendiri. Biarlah kita ni berdiri atas kaki sendiri. Sekurang kurangnya kalau jatuh pun tak jatuh teruk sangat. Sebab kat dunia ni semuanya pinjaman.

My passion is business. Saya memang dari dulu lagi suka menjual hihi. Masuk dalam bidang takaful ni membuatkan saya belajar lebih banyak skill yang berguna untuk masa depan. InsyaAllah moga berkekalan dan dapat keberkatan daripada Allah di hujung hari nanti.

Aamiin ❤️😘