28 April 2020

Tips Masak Kuah Laksa Sarawak Yang Padu Sedapnya!

Haritu beli pes laksa sarawak daripada telegram channel salah seorang kenalan saya. Punya excited, saya grab terus 3 paket. Sebenarnya belum pernah lagi masak Laksa Sarawak sendiri. Selalu makan kat restoran je. Antara restoran Sarawak delicacies yg saya suka kat KL ni ialah Dayang Sarawak Corner di Ampang. Dekat dengan rumah.

Puasa Day 2 haritu saya try buat. Saya ikut resepi cara masak dari Youtube. Masak semasa berpuasa kan tak boleh nak rasa. So kita agak agak je. Bila waktu berbuka tu rasa kecewa sebab tak sedap hahahaha! Rasa kosong, takde kick dan tak padu.



Saya pos gambar Laksa Sarawak tu kat Instagram. Ada yang komen bagi tips 😍 Tips ni dari sepupu arwah ayah saya (Sarawakian live in Kuching) dan juga seorang rakan sekolah saya di Kuching dulu.



Tu lah nak cerita ni tips nya. Sebab ramai yang share resepi, tapi jarang yg ada share tips macam mana nak dapatkan rasa 'kick' sesuatu masakan.

Tips #1: Guna air rebusan udang

Kopek udang siap siap. Kulit dan kepala udang tu kita rebuskan dalam periuk asing demi mendapatkan pati udang yg harum dan manis tu. Can you imagine, the kepala udang tu kan peh rasa manisnya sebati dengan air rebusan tu nanti.

Rebus la lama sikit dalam 30 mins sampai kita yakin kuah dia tu bila kita bau, rasa dia menusuk ke kalbu. Tapis air rebusan udang tu dan mix sekali dengan air rebusan ayam. Kepala dan kulit udang tu buang la. Ambil air je.

Bertambah padunya.

Tips 2#: Tambah susu cair

Bila tengok resepi, kebanyakannya takde pun yang tambah susu cair. Percayalah, kalau tambah memang akan buat kuah laksa sarawak kita rasa lemak manis dan sedap sangat dan kawww!

Untuk 2 paket laksa sarawak jenama Hj Manan, saya guna lebih kurang setengah tin susu cair. Tapi actually korang kena seimbangkan jugak dengan santan dan air rebusan tu.

Maksudnya, masa rebus ayam dan udang, tak perlu air yg terus banyak. Masa rebus tu letak air secukup rasa je. Later on, boleh tambah air jika perlu. Kalau tak nanti, tak berasa rempah pes dia nanti.

Tips 3#: Rebus ayam bahagian yg bertulang juga

Biasanya dalam resepi akan guna dada ayam je. Kan nanti dada ayam tu akan dicarik carik as the condiment for the laksa. Tapi, saya guna jugak kepak ayam, bahagian thigh, kaki ayam dan seumpamanya untuk menjadikan kuah laksa saya lebih paduuuu.

Isi ayam tu saya carik utk jadikan condiment. Kulit, tulang, kaki ayam tu saya masukkan balik dlm kuah laksa dan biar je dia mereneh lama dalam tu. Sedap tau ratah ayam tu bila kuah laksa tu dah habis haha.

Kalau nak hidang, ambik kuah je. Jangan cedok sekali dengan tulang tulang tu. Penyedap rasa je tulang tulang ayam ni.

Tips 4#: Hidang dengan sambal udang dalam tin

Actually, orang hidang dengan sambal belacan. Tapi saya suka guna sambal udang dalam tin tu. Rasa dia pehhh 😍 Ayah Dini pun suka. Terserlah rasa udang tu, shine bright like a diamond.

Tips 5#: Masukkan sekeping asam keping

Kawan sekolah saya bagi tips ni. Bila dah nak setel tu, masukkan asam keping sebutir. Katanya lagi, kuah tu kalau biar semalaman and esok baru makan, rasa dia lebih paduuu.

Tips yg ni saya belum try lagi sebab masak untuk berbuka kan. Nanti saya try tips yg ni.


Gambar ni, Ayah Dini packing siap siap all the condiment dalam plastik untuk dihantar ke family in law saya. Saja cuba cuba masak and bagi family in law rasa. Bila ikut tips semua tu, barulah kuah laksa sarawak saya sedap lagi padu 😍 Alhamdulillah lepas ni boleh buat lagi.

The condiment:

Isi ayam rebus yang dicarik
Udang yang direbus
Telur dadar yg digolong dan hiris
Taugeh yg siap dicelur
Fishcake (optional)
Daun ketumbar (wajib!)
Limau kasturi
Sambal udang dalam tin

Nak buat laksa Sarawak ni ambil masa lama. Saya start lepas Zuhur sampai ke lepas Asar baru siap hehe. Kerja nya banyak sebab condiment pun banyak.

Okay, itu saja tips yg boleh saya share buat panduan semua. Disclaimer: Setiap orang ada citarasa berbeza. Mungkin tips ni okay dengan citarasa kita, mungkin juga tidak. Apa pun try je dulu sampai dapat buat ikut citarasa sendiri 😘

Till then.

22 April 2020

Review: Garnier Light Complete Super Essence Vitamin C

It's my second bottle already ❤️ Saya suka baca blog Iman Abdul Rahim regarding skincare. Dia banyak share cara pilih skincare yang bersesuaian dengan jenis kulit.

Saya sedia maklum kulit saya jenis yang berminyak, acne prone skin, berparut, and so on. Banyaklah masalah dia. And banyak jugak dah berhabis duit for skincare. Tapi tak elok elok pun muka.

Masa mengandung and lepas bersalin haritu paling teruk in life. Jerawat sampai bersusun elok dekat sepanjang jaw bawah dagu, kat dagu, hidung, pipi dahi semua ada. Dah la jenis batu tu. Pehh.

After baca blog Iman Abdul Rahim, baru saya faham kulit saya. Memang skin barrier dah rosak teruk sebab saya tak treat kulit dengan baik. So saya follow basic skincare routine yang Iman tulis panjang panjang dalam blog dia. Penulisan yang mudah difahami. Sebab tu ramai yang suka ❤️

So after I create back my skin barrier, barulah skin saya jadi behave. Tak keluar dah jerawat nasty yang banyak. Huhu. Dah settle dapatkan balik skin barrier, kita boleh fokus pada treatment pula.

Saya usha beberapa produk yang ada Vitamin C untuk treat parut pada wajah dan ini juga antara produk yang dicadangkan oleh Iman. Before pilih treatment product, kena faham kulit sendiri dulu ya. Bacalah blog Iman Abdul Rahim utk mengetahui skin type anda. Hihi.


Saya pilih Garnier Light Complete ni sebab harga mampu milik and senang boleh dapat kat Watsons. Masa beli tu berdoa semoga serasi dengan kulit. Alhamdulillah memang okay je kulit bila pakai. Muka pun makin kurang parut dan semakin glowing pulak. Ihiks.

Mungkin pada sesetengah orang tak sesuai tau. Sebab Iman sendiri bagitau kulit dia yang jenis sensitif sangat tak sesuai dengan Garnier ni. Hanya anda yang faham skin anda sendiri, kita kena banyak try and error. Janji jangan pakai skincare yang tak diiktiraf dah la.

Apa yang saya suka dengan Garnier Light Complete Vitamin C ni?

- Bau wangi, bau citrus
- Mudah menyerap dalam kulit
- Buat skin saya jadi glow (nampak natural glow)
- Skin jadi behave dan susah dah nak naik jerawat, kalau ada pun seketul dua and senang baik semula


Antara skincare routine saya everyday yang menjadikan kulit saya behave:

1. Double cleansing
    - Simple Micellar Cleansing Water
    - Simple Refreshing Facial Wash
2. Simple Soothing Toner
3. Simple Light Hydrating Moisturizer
4. Garnier Light Complete Vitamin C
5. Biore Face Milk Sunscreen SPF50++

Saya buat ni je. Alhamdulillah dah dapat skin yang behave after 4 months. Saya start from bulan 11 tahun 2019.


Sekarang tinggal large pores and acne scars je yang saya perlu fokus. And ada sikit jeragat sebab masa awal 20an dulu tak permah pakai sunscreen. Weee pastu dah boleh try belajar make up sendiri 😍 You go girl! Let's appreciate yourself more.



18 April 2020

Song I Love: Close To You by Carpenters (Lyrics)

I am currently in love with this lovely song. Ini gara-gara tengok movie Spies in Disguise (Will Smith and Tom Holland) haritu. Ada satu babak tu kereta kejar mengejar pastu jatuh dari flyover and masa tu lah lagu ni keluar sebab dia tengah slow mo 😂

I was like "wahh this song dah lama tak dengar!". Saya sejenis yang agak minat dengan lagu-lagu orang putih lama. Lagu ni direkodkan pada tahun 1970. Bagi saya lagu ni tenang and sentimental. Sangat sedap didengar.

===============

Close To You (Lyrics)

Why do birds suddenly appear,
Everytime you are near?
Just like me, they long to be
Close to you

Why do stars fall down from the sky,
Everytime you walk by?
Just like me, they long to be
Close to you

On the day that you were born the angels got together
And decided to create a dream come true

So they sprinkled moon dust in your hair of gold
And starlight in your eyes of blue

That is why all the girls in town
Follow you all around
Just like me, they long to be
Close to you

Just like me, they long to be
Close to you

===============

The lyrics is so sentimental right. Siapa agaknya orang yang penulis lagu ni maksudkan? Kacak sangat agaknya.

Dengarkan lagu ni di YouTube!




16 April 2020

Pencarian Bloglist by Aisyhah Nyais



Let’s join this! Click the banner to join, okay!

Tag 3 orang:

OM
Suria Amanda
Kasih Juju


Good luck!