10 May 2020

Rendang Ayam Saya

2 hari lepas masak rendang ayam permintaan Ayah Dini. My skill masak rendang semakin polished! Weeee. Kalini rasa lebih padu dan kick.


Gituuu dia bila dah pecah minyak ❤️ Sedap sangat makan dengan pulut. Okayy bolehlah kan nak raya PKP ni. Tak boleh balik Perak uwuuu. 

Raya kat KL je la kita. Lagipun raya 1st and 2nd Ayah Dini kerja. Raya ketiga la baru kitorang raya. It's okayy. Saya terima apa ada nya. Janji bulan puasa ni saya maximise kan ibadah padaNya.

Tapi tu lah. Tahun ni first time berpuasa ada baby. Jadi malam agak susah sikit kita nak berjemaah sekali dengan Ayah Dini. Nak tunggu Dini tido, Ayah Dini pun dah terlelap. Kerja kan siangnya. Kesian dia. 

Bila nak baca al Quran, tiba tiba masa tu jugakla Dini nak terjaga. Sometimes sempatlah baca waktu siang masa Dini tido lena. Kalau datang time cranky dia, apa pun tak boleh. 

Tapi takpe, buat je lah yang terbaik untuk bulan puasa tahun ni 😊 


Drama Ramadhan TV1

Drama Ramadhan tv1 memang drama yang ditunggu tunggu sejak tahun 2018 lagi 😊

Tahun 2018: Isteri Yang Diiktiraf
Tahun 2019: Aku Yang Kau Tinggalkan
Tahun 2020: Korban Kasih

Saya dah agak, drama Ramadhan tv1 tahun ni pun memang akan best jugak. Siaran pun tiap hari 30 episod sepanjang Ramadhan. 

Ketiga tiga drama ni ada unsur kekeluargaan yang paling utama. Yang buat best tengok sebab ada family bonding dalam tiap drama ni.

Baru jap tadi habis layan episod 16 Korban Kasih hihi. Bila adik beradik Jalil ni dah besar, kurang sikit dah sedih. Haritu layan dari episod 1 sampai episod 13 mengalir je air mata sedih tengok Jalil 😂




Selalu memang tak sempat nak layan betul betul pukul 7pm tu. Kan sibuk nak berbuka. Bila dah malam after dah solat apa semua, Dini pun dah tido baru saya layan kat YouTube, pakai pulak earphone. Padu sedih dia haha. 

Hopefully, tv1 will always come out with good drama like this every Ramadhan season. I am looking forward for that 😍

Tengok drama ni membuatkan saya beli kedua dua novel Korban Kasih kat website Dewan Bahasa dan Pustaka 😝 Tapi DBP akan pos pada saya after PKP. Tak sabar nak baca!

Siapa layan jugak cerita ni? Korban Kasih selalu trending kat twitter.