Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

Giveaway End In 2 Days!

Assalamualaikum ❤ Hi semua. Baru sempat nak buka blog and approve comment and follow back semua yg follow saya hihi. Alhamdulillah Giveaway 1.0 saya pun ramai jugak join 😍 Thank you yang join. Saya dah pun komen dekat entry masing masing yg join. Tak sabar nak pilih pemenang nanti weeee! Nampak menyelerakan tak breakfast kami ni? Hihi haritu husband menang giveaway dapat hadiah Daging Dendeng. Sedapppppp. Makan dengan nasi putih panas panas yumss. Ada lebih jadi kita buat breakfast pagi esoknya ❤ Saya memang suka makan lauk daging. Daging masak kicap, rendang tok, daging harimau menangis, kurma daging, kari daging, ayy sedap betul lagi lagi jenis empuk.  Sedap tau yg ni. Tapi tak pasti la boleh beli kat mana sebab yang ni hadiah husband yang dapat 😅 Rasanya kalau search nama mesti akan jumpa seller dia.  BTW, siapa yang nak join my first giveaway, bolehlah ke LINK NI  🌸 Last day join 18hb tauuuu! Let's!

Giveaway By Lady Dini 1.0

Hajat dihati teringin nak buat GIVEAWAY. My first Giveaway for my blogger friends ❤ Selalu kita yang join Giveaway. Kalini kita pulak yang nak buat Giveaway. Harap ada yang sudi join hihi.  Syarat mudah je : 1. Create entry bertajuk "Giveaway by Lady Dini 1.0" 2. Save banner di atas dan backlink kan ke entry saya ni 3. Ajak rakan bloggers semua join Giveaway ni ok! 4. Copy link entry korang dan paste kat komen entry saya ni Nak pilih 3 pemenang bertuah ❤ Nak bagi hadiah special to you 🎁 Tempoh penyertaan 7 hari sahaja, bermula harini hingga 18 November 2021.  Jemputlah join tau 🥰

Stok Baru Masuk

Assalamualaikum ❤ Busy kita seminggu ni sebab stok baru landing hihi. So seminggu ni memang fokus pada order customer and team je la. Now, baru lah ada masa senggang sikit nak update blog 😍 Aa rindu blog. Bukak bukak je banyak komen from rakan blog and bertambah kenalan. Terima kasih sudi singgah blog saya. Selamat berkenalan. Macam biasa, tiap kali masak mesti saya snap gambar haha. Baru sempat nak update je gambar gambar memasak ni. Tapi haritu masa stok baru landing memang tak sempat masak pun. Beli je. Ni baru free nak masak balik haha. Harini menu masak ala ala nasi kukus ayam berempah gittew. Cuma, ayam kita goreng kunyit je kikiki. Takde rempah. Sebab tu nama dia ala ala. Sebab dalam peti ada terung, tu yg terfikir nak buat gulai je. Goreng ayam, masak nasi putih, jadilah ala ala nasi kukus ayam berempah kan. Berselera makan. Ada sambal ayam penyet yang saya simpan dalam peti, lupa nak tangkap gambar sambal. By the way, saya terfikir nak buat GIVEAWAY la ❤ Kalau saya buat, ada

Chilling Day

Assalamualaikum dan Salam Jumaat, semua! Today I am feeling a lil bit tired for no reason, feeling a lil bit meh, and no energy. Almaklumlah, 1st day of cycle. Kalau tak, pagi pagi ni lagi dah breakfast ringan, workout, buat green tea panas untuk minum, sesambil tu buat kerja rumah, kemas rumah bagai semua. But today, lepas siapkan bekal and breakfast tok laki, and beliau pun dah bergerak ke tempat kerja, I feel like wanna go lazy, lying on the bed with my son beside sambil bersosial di blog. I feel lazy, my feelings were mix up, my perut sakit sikit and itulah dia kesimpulan of my day early in the morning.  Gambar sekadar hiasan. Taken by tok laki.  I just wanna express my feeling about scrolling my socmed these days. I kinda feel overwhelmed with the people there. I feel I hate the vibes. I rather socialising on my blog than socmed for these couple of days. I hate scrolling on fb and twitter. So much toxic people talking about other people and they might think that they are so right

Mummy Ayu's Birthday Giveaway

  Klik pada gambar to join! 

Nasi Lemak Macam Kat Kedai

Semalam masak nasi lemak, Malaysian's most favourite food ❤️ Kalau tumis sambal nasi lemak mesti lama sampai pecah minyak, cukup rasa manis masam pedas, barulah sedap kan. Before kawen dulu tak pandai pun masak menu menu canggih and tradisional favourite ramai macam nasi lemak ni. Kenalah belajar sikit sikit and lama lama menjadi. Husband kata sedap macam kat kedai presentation dia. Gittewww ❤️ Semalam lupa asam jawa habis. Nasib baik ada asam keping. Selalunya kalau sambal saya lebih suka guna asam jawa. Kalau masak lemak, kari baru guna asam keping. Tapi sedap jugak eh  guna asam keping pun. Sampai harini sambal masih ada lagi. Banyak pulak buat sampai terlebih lebih. Takpe, boleh simpan dalam bekas and frozen kan. Bila bila nanti rasa nak makan sambal, kita panas kan je. Korang masak apa tu harini?

Masakan Ayam Yang Tak Perlu Halia : Ayam Butter

Pergi kedai nak beli halia, halia takde. Sekian pantun. Hati masih sedih lagi. Jadi nak update lagi la blog. Teringat pulak kisah haritu pergi kedai nak beli halia, tapi halia takde pulak kat kedai. Google la resepi kot jumpa menu masakan ayam yang tak perlu guna halia. Cari punya cari, okay ada. Ayam Butter! Nasib baik la bahan semua ada je dah kat rumah. Mungkin malam ni susah nak tidur. Sebab sepanjang hari menangis. Sampai ke malam pun nangis. Tak hilang lagi sedih. Susah nak move on.  Sekarang tengah tengok movie LUCY kat TV, lakonan Scarlett Johanson. Sesambil tengok ni, boleh lah blogwalking kot eh. Mungkin boleh lupakan kesedihan ke bila mata tak boleh nak lelap lagi ni.  Mata rasa pedih pedih tapi tak boleh nak lelap. 

Masak Kari Ayam Kegemaran Saya

Harini sepanjang hari menangis. Kejap kejap menangis. Sebab apa tu, tak boleh diceritakan. Cuma nak cakap tengah sangat sangat sedih je. Biasalah, hidup ni mana ada selalu gembira. Mesti lah kadang kadang ada duka. Khabi Khushi Khabi Gham. Tengah masak pun menangis jugak. Mengalir ngalir air mata kesedihan tu. Nak buat macam mana. Menangis je mampu buat untuk lepaskan rasa sedih yang terbungkam dihati.  Haritu teringin kari ayam. So saya pun buat lah kari ayam untuk melunaskan keinginan sendiri. Alhamdulillah masih ada rezeki atas meja makan.  It’s okay. Kalau waktu gembira would not last forever, waktu sedih pun sama. Saya tau kesedihan ni takkan kekal. Sejak dulu lagi, saya selalu percaya, good days will come. Bila saya sedih, saya akan ingat ayat ni.  Allah takkan pernah tinggalkan hamba hamba Nya. Saya je selalu lupa pada Allah. 

Cucur Ikan Bilis dan Bahan Bahan Leftover Lunch Untuk Dini

Dini taknak makan nasi sangat dah sekarang. Susah betul nak pujuk makan nasi. So, semalam kita buatkanlah cucur ikan bilis yang di tambah dengan bahan lain yg lebih masa makan lunch. Masukkan sayur kubis and tomato potong kecik kecik. Tambah dengan nasi jugak sikit. Tapi dia makan sebijik je 😂 Aduhai anakku. Memang jenis susah nak bagi makan. Takpela, janji sihat. Ada masa dia makan banyak. Ada hari dia mood macam ni la. Taknak makan. Minum susu je banyak.  Lastnya, Ummi and Ayah Dini jugak lah kena habiskan. Macam mana nak turun berat 😭 Harini ingat nak masak Kari Ayam ❤️ Dah lama tak makan kari ayam. Jom memasak! Lewat sikit start masak lunch harini sebab pagi tadi dah breakfast nasi goreng. 

Ayam Sos Tiram Dengan Kacang Panjang

Assalamualaikum semua! Harini sempat siap masak tengahari. Alhamdulillah anak bujang bagi kerjasama 😂 Kalau tak selalunya petang lepas Asar baru siap masak. Kelaparan lah kita petang baru dapat makan nasik. Siang ni tadi anak bujang mood elok je, main sendiri masa saya tengah masak. And sempat jugak makan tengahari before tidurkan dia. Maaf kualiti gambar tak cantik. Tapi rasa dia sangat sedap, this one is my favourite lauk. Makan dengan nasi putih panas panas sedap sangat 👍 Bahan bahan dia mudah je. Resepi pun mudah sangat. Dah lama jugak tak masak repesi ni. Semalam husband beli kacang panjang and ayam, tu yang terfikir nak masak lauk ni. Dah ada sayur jadi masak satu lauk je. Senang kan? Bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia and cili padi. Ini bahan tumisan. Ayam saya potong kecik sikit supaya mudah digoreng dan nampak comel sama saiz dengan sayur kacang panjang.  Goreng kunyit je ayam ni. Saya guna sos tiram, sos cili, sos tomato and kicap jugak untuk kuah nya. Tambah a

Nak Turun Berat 10kg, Please!

Saya adalah sejenis yang senang naik berat. Especially lepas ada anak ni. Anak baru sorang, tapi ya ampun berat mata memandang berat lagi hati I 😂 Currently, berat memang dah turun sampai ke berat before pregnant dulu. Tapi kan, I have a very low self-esteem bila tengok cermin. Hmmm.. Bukan tak diet, tak jaga makan. Exercise pun agak selalu jugak. Tapi susah nya nak turun berat macam orang lain. Pening kepala den memikirkannya. Mungkin metabolism dah tak tinggi macam zaman remaja kot. Tu yg cepat naik berat. Makan sikit pun dah rasa gemok. Kalau tak makan, lapar pulak.  Imagine lah, saya baru tersedar. 10 tahun dulu berat 48kg je. Sekarang naik 10kg nyah 😆 Kalau kira BMI memang dalam kategori normal, cuma sikit lagi nak overweight. Aihh risau mak. Tiap malam minum air hot green tea uncang tu sebagai usaha nak naikkan metabolism. Moga berhasil la. Tapi tetap jugak kena jaga makan and exercise 💪 Berat lepas bersalin dulu 65kg. Sekarang dah turun ke 58kg paling ringan la. Kadang kadang

Pisang Masak Hijau

Assalamualaikum and hello semua! Saya tak pernah tau ada pisang masak hijau sehinggalah lepas kawen. Sebab mertua tanam pisang masak hijau  ni belakang rumah dia. Pisang yg tak masak kan warna hijau. Dah masak tukar jadi warna kuning. Tapi pisang masak hijau ni dah masak pun kekal warna hijau. 2 hari lepas mertua bagi. Banyak. Pisang tu kalau berbuah mesti banyak. And sedap pulak tu. Dah banyak sangat ni sampai dah terlebih masak pulak. Jadi kita ubah dia jadi cekodok lah. Hihi.  Sedap makan dengan air panas. So ini lah dia breakfast, brunch, lunch and makan petang harini 😂 Sebab banyak dapat adunan cekodok dia.  Goreng sikit je la dulu. Makan panas panas baru sedap. Nanti lapar, goreng lagi. Adunan yg lebih tu simpan dalam peti dulu. Nanti husband balik, goreng lagi untuk dia. 

Kumpulan Nasyid Baru - Zayne

Assalamualaikum and hello semua! Saya memang suka layan YouTube. Tak kisah la nak layan lagu ke nak layan drama ke, tengah ada mood nak layan Blackpink ke kan, mesti akan buka YouTube. Nak layan Mr Bean pun ada kat YouTube haha! Haritu husband share 1 kumpulan Nasyid Baru di bawah naungan In Team. Siapa tak kenal kan kumpulan Nasyid In Team ni? Zaman saya sekolah rendah dulu, famous kan kumpulan Nasyid dengan lagu lagu diorang yg best 😎👍 Kumpulan baru Nasyid dibawah naungan In Team ni diberi nama ZAYNE. Sedap namanya. Suara diorang pun, MasyaAllah sedap sangat. Jom dengar. Saya dengar zikir Nasyid dari kumpulan ZAYNE ni on repeat everyday sebab suka dengar suara diorang. Kata my husband, ahli kumpulan Nasyid ni pun bukan calang calang. Semua berpelajaran tinggi dan study di luar negara. Saya tak sure la secara details. Tapi sangat kagum dengan anak anak muda ni. Macam ni la anak muda yg kita patut support kan? All the best for ZAYNE!

Tudung Bawal Tak Perlu Gosok? Betul ke ni?

Assalamualaikum and hello! Since saya memang jenis suka pakai tudung bawal, and suka yg bercorak jugak and sejenis malas nak gosok tudung, haaa saya suka sangat pakai Bawal Dabella By Darena Scarf ni 😍 Bawal Dabella ni jenis material chiffon yang bukan lah anti kedut tapi walau dia kedut pun, takpe je kalau tak gosok. Tak nampak sangat pun. Cara saya simpan tudung bawal ni, saya gantung guna hanger tudung beli kat Shopee. Jadi bila nak pakai, saya jarang la gosok. Selalu main sauk je. Walaupun tak gosok, awning dia selalu menjadi je. Terletak elok pulak tu. Tudung ni sesuai untuk wanita yang berkerja yang nak bersiap cepat diawal pagi. Untuk wanita yg stay at home Mom macam saya yang perlu bersiap cepat bila nak keluar pun sangat sesuai jugak. Sekejap je 2 minit siap dah.  And and.. Tudung ni tersangatlah TRAVEL Friendly! Tak lama lagi kan dah boleh rentas negeri, so mesti dah ramai yg plan nak vacation kan. Haa kenalah ada tudung baru yg cantik letops for ootd girls!  Kalau berkenan,

Suka Suara Merdu Wany Hasrita - Lagu Sinar Terindah Gandingan Suara Dua Waniy

Assalamualaikum semua! Selamat berhujung minggu 😍 Saya baru je lepas blogwalking sikit pagini tadi. Ada masa terluang sekejap selepas breakfast. Saja nak menambah rakan blogger baru. Sambil sambil tu layan lagu sedap didengar ni. Sinar Terindah nyanyian Wany Hasrita dan Wani Syaz ❤️ Suka dengar suara merdu dan lembut Wany Hasrita ni. Jadi halwa telinga I di hujung minggu nan indah ni. Harini hari cuti takde kemana pun. My husband request masak Tom Yam Thai je ❤️ Apa aktiviti korang di hujung minggu nan indah ni? Pada yang takde buat apa tu, kita nak kasi segar mata sikit lah. Dekat Shopee I tengah ada buat OCTOBER SALE ❤️ Pada yg suka tudung bawal printed, boleh la usha kat SHOPEE and jemputlah follow sekali tau! Have a great weekend ❤️

Macam Mana Corals Makan? Video by My Husband

Assalamualaikum and hi! Korang pernah terfikir tak macam mana corals makan? Corals dalam bahasa Melayu is terumbu karang. Haa ada tak yang taktau yang corals ni termasuk dalam kategori animals? Mula mula dulu pun tak tau pulak corals ni animals. Ingatkan dia just tumbuh macam tu je. Rupanya banyak ya functions of corals dalam ekosistem laut kita ❤️ Me and my husband dulu belajar course degree yg sama, iaitu Marine Biology. Sejak banyak belajar tentang our marine life, banyak sangat tau pasal corals. Termasuk lah cara corals makan. Hihi. Corals ni jenis organism yg tidak bergerak. Jadi cara dia makan tu hanyalah dengan cara filtering air laut dan makan plankton yg ada dalam air laut tersebut. My husband made this video. Jom tengok macam mana rupa corals tengah makan 😍 Video ni my husband buat sempena last day dia kerja as Aquarist at Aquaria KLCC. Now dah start kerja baru ❤️ Belanja likes sikit kat YouTube okayy! 

Melayan Drama Lama : Dari Mata Arisa

Assalamualaikum and hi! Sekarang ni mood nak layan drama je. Teringat pulak kat my fav drama ni, Dari Mata Arisa ❤️ Lama giler dah drama ni. 13 tahun yang lepas. Tahun 2008, I baru 17 years old masa tu hahah. Suka sangat lakonan Ayu Raudhah dalam drama ni. Minat sangat kat dia. Taktau la kalau korang tau tak drama ni pernah ada, main kat TV1 dulu. Saja layan drama lama. Nak relaks relaks je malam bila siang dah penat dengan hal hal Suribisnes. Malam kira waktu berehat and spend time for myself je.  Sejak dah ada anak ni, tak layan sangat dah cerita cerita ganas 😂 Entahla, nak layan yang rileks, chill chill je.  I layan kat YouTube je. Mujurlah ada yg baik hati upload semua episode kat YouTube. Anytime nak layan, search je. I memang jenis suka layan drama repeat banyak kali. Haha. Haritu layan 1 drama Korea ni. Haaa nanti I share pulak drama Korea yg mana 1 😘 Buat masa ni nak layan Dari Mata Arisa je. Dulu pernah baca novel cerita ni. Drama ni adaptasi dari novel Kau Sayangku. Siapa p

Wany Hasrita Latest Single - PEDAS

Panas panas! Pedas pedas Ayyy pedas pedas saaa! I love this song ❤️ But maybe Wany Hasrita's fan tak berapa terima sangat Wany come up with this kind of genre. I like it! So lit! 🔥 Love the lyrics, the rapper, Sophia Liana from DeFam. Sekarang minat jugak dengan lagu rentak rancak and ada rap ni. Takpe, Wany. Biar I jadi penyumbang views music video Wany kat YouTube k! Haha ❤️ Wany Hasrita memang nampak berperwatakan lembut, soft spoken, intelligent, perempuan Melayu terakhir gittew. Tapi nice jugak dia try lagu macam ni. Why not kan?  Kadang kadang nampak dia nakal sikit and kelakar 😂 Kadang kadang tak ayu sangat pun. Lagu Canggung and Belenggu Rindu dia paling orang suka 💖 Mungkin sebab itu yang paling ngam dengan dia. Moga sentiasa maju jaya, Wany Hasrita 💕

Susah nak berhenti kunyah NIMS CHOCOTUB!

PMS kalini I crave benda manis yg chocolatey, and crunchy! Dah lama giler teringin nak try NIMS CHOCOTUB ni. Sedappppp tak terkata! Can't stop makan from the first bite 😂 Mungkin sebab PMS kot, kalau tak jarang nak beli benda manis. Chocolate dia sedap giler 😍 I beli COCO KRISP and COCO BABY CRUNCH. Habis dalam masa 24 jam. Ya Allah dahsyat I ni. Takleh berhenti makan sebab sedap sangat hahaha! Siapa dah pernah makan jugak? I beli kat agent area rumah I je. Semalam punya tak sabar dia delivery. Sampai sampai terus bukak makan. Kuikui. OK last makan manis bulan ni. Lepas ni I puasa sebulan tak makan benda manis macam ni haha. Sebab nak berat 46kg. Nak body kurus macam JISOO Blackpink 😆 Yang I beli tu harga RM15/tub. Bagi I sangat berbaloi sebab sedap teruk 🤤

LISA - MONEY. Can't stop repeat her dance performance video on YouTube!

Memang takleh stop ya suka sangat tengok rentak tarian LISA 😍 You are so amazing, Lisa. From Thailand to Korea, and now you are the Top 50 most followed people on Instagram! Followers Instagram dia dah cecah 61M. The only KPOP artist in the list.  I love the choreography. So energetic and cool! Lisa never failed to amazed me. I come here to drop some money, dropping all my money yeah! Bila masa entah LISA ni ada taik lalat macam Neelofa tu. Kalini macam obvious pulak. Before ni tak perasan. Anyway, before kenal Blackpink, kenal LISA dulu. Masa tu macam ooo Lisa orang Thai, ooo Lisa from girl group Korea, ooo Lisa the main dancer. Masa baru kenal Lisa, Blackpink baru nak naik. Lagu DDU DU DDU DU baru release masa tu. See where they are know. So international 🔥

Single Terbaru DOLLA - Berani

Assalamualaikum and hello semua! Dah dengar ke belum lagu baru DOLLA? I love their new single 😍 Dah agak dah jenis ballad takde dance dance. Sedap je didengar lagu ni. Lagu khas untuk peminat setia yg sentiasa menyokong perjalanan karier mereka 💖 Telah aku berdiam diri, kiniku berani 💕 On repeat je lagu ni.  Mood sejak kebelakangan ni nak dengar lagu je, layan YouTube, teringin nak karaoke. Rindunya 🎤 Dah 2 3 hari jadi penyumbang views kat music video retis retis kat YouTube 😂 Semua jenis lagu kita dengar k! Nasyid Nasyid pun I layan sekarang. Jom korang, dengar lagu DOLLA - Berani Kay YouTube 🔥

Dah Pandai Sebut Ummi

Alhamdulillah setelah menanti selama 2 tahun 2 bulan, akhirnya my sonshine dah pandai sebut Ummi 😄 Actually dia lama dah pandai sebut 'Ayah'. Since pandai bercakap lagi, memang sebutan 'Ayah' dia sangat jelas. I ni ternanti nanti la bila anak I nak pandai panggil 'Ummi', akhirnya semalam dah pandai hahaha. Comel je anak ku ni. Moga sentiasa dalam lindungan Allah wahai anak ku yg tersayang. Ummi Ayah sentiasa doakan Dini. Amin. Dini, My first born.

DOLLA Makes Malaysia Proud

Assalamualaikum semua and hello hello hello! Haaa tengok tu siapa yang muncul kat New York's famous billboard? Sejak kenal DOLLA bulan Mac 2020 with their 1st single, DOLLA MAKE YOU WANNA, I dah dapat rasa kan they can go far 💖 See where they are now?  Pernah kecoh kan kata DOLLA ni tiru Blackpink. Tak sama gais. Tak sama. I minat Blackpink lama dah. Tapi I minat jugak DOLLA ni. Music diorang best, dance best. I love them all 🔥 Esok DOLLA nak release new single pulak, BERANI. Tak sabar nak dengar lagu baru DOLLA. Congratulations DOLLA sebab berjaya mengharungi cabaran yang agak dahsyat masa awal awal kemunculan dulu. Ramai je saya nampak orang yang saya kenal kecam DOLLA, but I tetap minat uols 😘 You girls deserve this today. All the best for tomorrow pulak ya.

Malaysian Girl Group : DOLLA Will Comeback For Their New Upcoming Single, BERANI

Assalamualaikum semua ❤️ Hello hello hello! Kalau semalam dah introduce diri as Suribisnes and foodies, harini I nak share pasal my interest on Music pulak. I love a lot of genre music from lagu lagu omputeh lama, lagu irama Malaysia Tokti, lagu Blackpink, Wany Hasrita and also this Mpop Girl Group! Yes, I do love music. I love to sing, I love dancing. In fact, I am the solo nasyid zaman sekolah dulu 🤭 Oh my, sungguh lama kenangan itu. Suara tak de lah sedap mana, biasa biasa je. Kalau sedap teruk for sure dah jadi penghibur anda semua sekarang. Hahaha!  And zaman Uni dulu I pernah join tarian persembahan pembukaan majlis sukan, zaman matrix dulu pernah join tarian jugak. Haha love sangat! ❤️ Sekarang I senyap senyap je praktis LALISA dance video kat rumah seorang diri. Itu je boleh.  Angel, Syasya, Tabby, Sabronzo So ini lah DOLLA ❤️ Minat kat diorang ni. Each and everyone of them ada charms tersendiri. Macam Blackpink, Jennie Jisoo Lisa Rose semua ada charms tersendiri kan. Bukan ma

Mee Bandung Muar Sedap Giler by Two Brothers, Agora Night Market, Taman Nanding, Hulu Langat

Assalamualaikum semua 💕 Hello hello hello! I nak buat FOOD REVIEW ni. Selain introduce diri as suribisnes, I wanna share to you one of my character which is SUKA MAKAN. I am a foodie, I memang suka giler makan. Ada orang tak suka sangat and tak kisah sangat pasal makan kan. Tapi I loooooooooove foods ❤️ So I mulakan dengan my one of very favourite dish which is Mee Bandung Muar. Haa bukan sebarang Mee Bandung Muar ya, yg ni memang suka sangat rasa dia memang sedap teruk 😎👍 I terpaksa search gambar sebab I nak snap gambar tadi tapi phone ni bila malam, gambar tak lawa pulak. Sedih je. So search je la gambar yang owner dia post dalam fb group.  Nampak sedap kan? Rasa dia pun sedap 😎👍 Very recommended! Kalau korang pergi Agora Night Market kat Taman Nanding, Hulu Langat tu, you sure don't wanna miss to try this menu. Kuah dia pekat, terasa udang kering dia. Padu! Ada daging yg dihiris halus dan empuk. Ada sebijik telur lagi. Adudu masih terasa kat anak tekak lepas makan tadi. Per

Surprise Giftbox For Your Loved One

Assalamualaikum semua 💖 Hello hello apakabar? I dah lama giler tinggal blog ni. Dah berapa kali dah konon nak aktif, nak aktif, sudahnya mesti kelaut jugak. Tapi I'll make sure kalini tak tinggal dah 😂 OK we'll see how. BTW, I know nobody knows about me. Sebab dah lama giler kot tinggal blog ni and langsung tak update pasal diri sendiri. Let me introduce myself first lah. Hai semua. My blog name is Lady Dini. You can call me Lady Dini. Obviously, this is not my real name. It's my sonshine's name. That's why ada Lady kat depan. Because nama anak nanti memang semua nama first diorang Dini. So far ada seorang je baru anak lelaki. Next tak sure lagi bila hopefully it's a girl pulak 😍 Nama Dini is a unisex name. It can be a boy, it can be a girl. And I love that name so much ❤️ I am a suribisnes. Which means, I am a surirumah yg owned small business from home. Just doing what I like sambil jaga anak di rumah. I love what I do now.  I was born in 1991 and I am alre

LALISA LOVE ME 🔥

As peminat BLACKPINK, I sememangnya ternanti nanti kan SOLO PROJECT each member.  JENNIE - SOLO ROSE - ON THE GROUND & GONE And now, LISA - LALISA & MONEY Since release, I can't stop repeating LALISA. And... Marathon lagu lagu Blackpink and rewatching Blackpink House and Blackpink Diaries on YouTube haha! I tak minat Kpop, cuma sangat minat Blackpink. Empat empat pun I love sangat 💖 Lagu solo diorang pun semua best, tunggu JISOO punya lagu solo pulak next. Tak sabar!  Ada yg minat Blackpink macam I kat sini? Cer komen ❤️ sikit kalau korang pun BLINK! 

Shopee Review : Lilin Aromaterapi Pewangi Rumah

Saya mula terjebak dengan lilin wangi ni sebab kakak saya guna. Suka bau bauan dia sebab sweet je and sangat menenangkan 😍 Aaaaaa suka bila rumah bau wangi. Walaupun rumah kita takde aircond, tapi bauan dia tetap mewangi gittew. Saya suka shopping melties dekat kedai Shopee yg NI . Dari suggestion kakak jugak, sebab memang dia selalu beli kat situ.  Ada banyak jenis scent yg boleh dipilih ikut citahidung masing masing. My most favourite is Night Owl. Mix of Vanilla and Lavender. Menerbitkan rasa calm and buat kita mudah nak tido. Besttt! Apa yg kita perlu ada as starter? Kena ada burner, melties (scented candles) and also tealight candle. Kalau baru nak try, ambik All In One Melties Set for beginners ni. Dia include 2 jenis scent yang kita boleh pilih. Harga set ni RM45 sahaja.  Nanti bila dah habis, try pulak scent lain. Packaging dia macam ni. Harga RM13 je untuk 1 bar tu. 1 ketul kecik tu boleh mewangikan small room. Kalau bilik besar or medium sized, letak 2 ketul. Kalau siling je

Skincare Review : Antabax Antibacterial Shower Gel Cool

Kalau shower gel and syampu jenis ada cool effect ni memang favourite husband saya. Saya pun jadi terpengaruh dengan dia haha! Tapi memang cool gila bila mandi dengan shower gel ni musim musim panas ni. Fuhhhhhh! Rasa macam taknak bilas sabun tu biar je dia sejukkan badan. Feeling betul masa mandi ada cool effect, rasa sangat segar lepas mandi. Squeaky clean sebab sabun antibacterial kan. Elokla kita guna sabun macam ni demi membunuh bakteria jahat diluar sana. Musim musim pandemic ni lagi la perlu.  Bau pun sedapla jugak. Bau fresh. Bau sabun berubat pun ya jugak. Harga pun tak sampai RM20. Nak nak beli yang ada FREE 50% ni. Lama tahan. Kita tak layan dah sabun lain sekarang haha. Lebih yakin guna Antabax Cool Gel Wash ni 😍 Korang dah try? 

Shopee Review : Baju Tidur Comel

Terjatuh cinta dengan baju tidur comel ni bila nampak dekat IG story Adiela Ridzuan dulu. Ada yg tanya dia beli kat mana. Terus dia share link shopee tu. Harga sangat berbaloi dengan kualiti. Sepasang tak sampai RM30 pun hihi. Masa first time beli, pilih 2 design je dulu. Suka sangat yang biru ni. Comel je warna dia. Material kain pun berkualiti. Walaupun tak tido dalam aircond, saya tak rasa panas sangat pun.  Kain sedap pakai. Macam cotton + polyester. Tak mudah koyak. Tak mudah luntur warna. Tak nipis sangat. Jahitan pun elok.  Ini design kedua yg saya pilih. Warna comel je semua. Dari segi sizing, korang kena ukur betul betul tau. Bak kata Adiela Ridzuan, dia saiz XS tapi untuk baju ni dia kena ambik saiz M. Dua kali lebih besar. Sama macam saya. Saya saiz M, kena ambik XL. Sedang elok. Make sure tengok saiz betul betul ya. Ukur dulu. Sebab body proportion setiap orang tak sama.  Sebab puas hati, saya repeat order. Pilih 2 lagi design. Best! Selesa pakai. By the way, shipping is fr

Birthday Giveaway by Eksplorasilea

Jom join Giveaway ❤️ Click banner! 

Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah

Jom join Giveaway ❤️ Click banner to join! 

Shopee Review : Langsir Cantik

Assalamualaikum and hi ❤️ Okay, Shopee Review kalini kita nak share tentang langsir berkualiti dengan harga sangat berbaloi! Dah 2 kali beli langsir kat shop ni. First time tu husband yang beli. Jenis pendek untuk tingkap bilik my mini office at home. Second time beli untuk bilik tidur kami, ganti langsir yang dah lusuh jenis panjang untuk sliding door. Langsir dalam mini office saya Dia bukanlah langsir berkualiti yang mahal tu, tapi yang setaraf harganya. Tak mahal pun, tak sampai RM20 utk 1 panel. Saya suka beli warna gelap sebab sejenis kepala mudah pening kena silau matahari kat luar (read: Puteri Lilin). Hihi saya suka duduk dalam rumah separa gelap. Feeling so cozy tau 😍 Beli warna ni utk sliding door bilik Jenis kain dia nice, warna pun cantik. Tak nampak macam langsir murah pun. Jenis kain yang tak terlalu tebal dan tak jugak terlalu nipis. Kalau korang jenis nak deco rumah tapi nak bajet rendah, bolehlah try tengok warna and corak yang ada kat shop ni. Saya ni teringin nak d