Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

Shopee Review : Baby Brooch Comel

Haaa.. kalini nak review barang Shopee baik punya 👍🏻 Kita dah banyak kali repeat order dah Baby Brooch Comel from this shop. Sebab memang comel comel je, walaupun dia kasi random design. Selalu repeat order Baby Brooch ni untuk kita kasi Free Gift pada customer yg shopping dengan kita. Ramai customer suka kalau dapat free gift baby brooch, sebab pin tudung perempuan kan ada kaki, selalu hilang tanpa dikesan hahahaha! Kita selalu order 100pcs terus dengan harga tak sampai RM20. Disebabkan harga dia berubah ubah sebab ada sale kan kadang kadang, jadi tak ingat harga sebenar. Tu yg best Shopee ni, jadi addicted kadang kadang shopping kat situ. Bahaya hahah. So kalau korang online seller, mesti tercari cari nak kasi free gift apa yg orang suka and happy bila dapat? Bagi baby brooch je, orang selalu akan bagi feedback seronok dapat as free gift sebab takyah beli dah. Dari segi kualiti, nice je. Ada la 1 2 tu kadang kadang pin nya hilang atau tertanggal tetiba. But overall memang suka la b

Shopee Review : Toilet Bowl Cleaner + Refresher

Macam best je kan kalau buat Shopee Review kat blog. Since I dah suka sangat shopping kat Shopee 😂🛒🛍️ Serious barang murah and okay okay je kualitinya. Okay, my first Shopee Review would be this Semperit Toilet. Hahaha kakak I yg bagi nama ni. Lol. Kelakar. Semperit toilet pun boleh la sebab memang kena cetak gel tu pastu nanti gel tu jadi bentuk bunga macam biskut semperit haha! So, I dah repeat beli kat kedai Shopee yg ni berkali kali dah. Dah try seeeeemua flavours. Pada pendapat I, the most refreshes flavour is GARDENIA and LEMON je. Flavours yg lain setakat wangi, tapi tak menyegarkan. Still ada bau kurang menyenangkan.  Sebagai cleaner, yes memang clean je toilet bowl tu. Takde pun kesan kuning kuning or gelap gelap walau lama tak gosok dengan berus toilet.  Masa first time beli, punyalah obses nak flush toilet banyak kali 🤣 Haha kanak kanak sungguh. Overall, memang suka repeat beli. Cuma akan repeat GARDENIA and LEMON sahaja. Baru je jap tadi shopping sebab stok habis dah ka

Food Review : Makan Makan di Dayang Sarawak Corner

Sebagai anak Sarawak, saya tak akan pernah bosan ya makan Laksa Sarawak, Mi Kolok dan Mi Jawa ❤️ Ya Allah favourite sangat tau!  Bila menetap di KL, of course la tercari cari menu Sarawak. Mujur ada dekat dengan area rumah. Yes, di Dayang Sarawak Corner, Ampang. Haaa seronok bila ada yg dekat. Senang nak beli kalau mengidam.  Dah banyak kali dah pergi sini. Husband suka, my son pun suka sangat ❤️ Berselera diorang makan. Especially Mi Kolok.  Tiga tiga ni memang my favourite sepanjang zaman. Tak akan bosan. Dari segi rasa asli dia pulak, memanglah tak boleh nak sama dengan yang dekat Sarawak. Ada la kurang sikit, but still sedappppp!  Sepatutnya, daging yg digunakan dalam Mi Kolok ialah kepingan daging rebus, bukan yang minced beef macam ni. Sambal pulak ialah sambal macam sambal nasi ayam Chicken Rice Shop. Barulah padu beb. Pastu dia ada sekali dengan kicap. Gaul gaul dengan Mi Kolok alahai sedapnya 🤤 Laksa Sarawak pulak kena ada pair dengan sambal belacan or sambal udang special ma

Giveaway Sii Nurul

  Yeay another Giveaway. Saja isi masa bosan tunggu stok sampai 😭 Kita ubati jiwa yg lara dengan join Giveaway by Bloggers! Klik link untuk join sama 💖

Giveaway Vektor 2.0 by Cuya

Yeayy I love Giveaway 💖 Join Giveaway ni best sebab dapat berkenalan dengan new blogger friends!  Klik banner untuk join sama! 

Food Review : Chockstick Sukadessert

Saya sangat suka letak target kalau saya nakkan something. Sebagai contohnya, haritu saya teringin sangat nak try Chockstick Sukadessert ni.  Pastu saya letak la target, ok kalau kalau dapat habiskan stok sebanyak sekian sekian, baru kau boleh beli Chockstick Sukadessert ni as reward.  So bila dah capai target, saya pun order la untuk bagi reward kat diri ni eheeee ❤️😍 Bila dah makan tu, takdelah seperti yang disangka pun. Biskut dia rasa biasa biasa je. Coklat dia pun biasa biasa je. Tapi, seperti biasa, saya makan je haha.  Cuma takdelah sedap sangat sampai makan tak berhenti.  Untuk meraikan sesuatu, bolehla beli untuk makan ramai ramai. Sekadar merasa. Tapi kalau untuk repeat. Hmmmm, tak kot. Sebab biasa biasa je rasa dia. Harga 1 bekas : RM26 Saya ni peminat coklat. Tapi kalau coklat biasa biasa macam ni, hmmm jadi tak minat. Dia macam takde kick sangat. Macam biasa biasa je. Gittew. Siapa pernah try jugak?

Food Review : Makan Makan di M Ice Cream @ Ampang

Pada suatu hari, my husband tanya "Nak tak makan aiskrim gula apong?". Uiiii, siapa taknak? Dah lama tak makan haha.  Dekat area tempat kami, ada small kedai yang jual nama dia M Ice Cream @ Ampang. Letaknya di Centrum, Ampang. Masa tu boleh lagi nak keluar jalan jalan sebab kes tak banyak macam sekarang. Takde PKP dah. PKPP je.  So husband bawak la kesini. Aiskrim Gula Apong ni bukan senang la nak dapat. Gula Apong pun asalnya dari Sarawak, my hometown.  Banyak jenis topping boleh dipilih. Siap ada pilihan nak letak Honeycomb lagi. Tapi mahal la. Kitorang tak ambik yang tu. Just pilih nak Cornflakes, topping Chocolate Rice and Nestum je. Cukup.  Masa tu kat luar memang panas. Lagi lagi kitorang memang kemana mana naik motor je bertiga. Dapat pulak aiskrim ni. Alahai, sedapnya lega tekak 🤤😍 Dah tak ingat harga dia. Rasanya dalam RM8 macam tu kot. Pilih saiz agak besar ni sebab nak share makan bertiga. Malas nak beli banyak banyak, share lagi best. Makan sikit sorang.  Sedap

Food Review : Makan Makan di DubuYo

Saya jarang makan kat tempat yang fancy fancy macam Korean Restaurant ni. Tapi DubuYo ni memang sedap makanan dia 😍 Haritu kawan bawak kesini. Pastu, kali kedua bawak husband and son pulak sebab suka sangat dengan ayam goreng dia weh!  Menu Korean Chicken di DubuYo yang paling saya suka ialah Honey Mustard Chicken yang warna kuning tu 😍 MasyaAllah sedap. Memang kena dengan selera. Kawan saya tak suka sebab manis. Tapi saya suka sangat, drooling pulak 🤤 Setiap orang lain kan preferences dia. Bagi yang suka rasa manis manis boleh la try Honey Mustard Chicken ni.  Yang warna merah menyala tu Spicy Chicken katanya. Tapi tak spicy pun 😂 Rasa masam masam ada la haha. Tapi sedap je. Saya makan je. Sebab ayam goreng dia memang sedap.  Kalau makan kat restaurant fancy macam ni, saya lebih suka pilih menu set. Lagi jimat and banyak. So, Beef Jigae ni antara yang ada sekali dalam menu. Sedappp! Ada tauhu lembut dalam sup ni. Daging pun banyak. Rasa kuah pun sedap. Love sangat!  See, order 1 s

Segmen Bloglist Ombak Bergigi X Shopee Lisz Global Resources

Yeay join segmen lagi 😍 Ayohhh, boleh menang tudung FAREHA. I know the song. Tetap dihati bawal anti kedut bawal anti kedut...  Klik banner utk join sama ❤️

Resepi : Homemade Plain Yogurt

Sekarang kan tengah diet. Tapi saya tak la mengamalkan strict diet pun. Cuma, adding more veggies and fruits into my diet seperti saranan my favourite fitness trainer, Kayla Itsines.  More variety, more nutrients, more fun!  So haritu ada kawan ajar buat Homemade Plain Yogurt 💖 Senang je rupanya eheeee. Sedap betul makan dengan buah naga merah ni macam. Aaa drooling!  Bahan bahan mudah je: 1. Sekotak susu segar (saiz besar)  2. Sebekas plain yogurt yg selalu kita beli yg ada sudu tu, tak perlu beli yg dalam tub besar tu CARA BUAT HOMEMADE PLAIN YOGURT : 1. Panaskan sekotak susu segar dalam periuk dengan api yang perlahan 2. Kacau kacau dengan perlahan hingga timbul buih buih kecil tanda susu tu dah mendidih sikit 3. Tutup api dan biarkan susu suam suam sikit 4. Bila susu dah suam, masukkan yogurt dan kacau sebati 5. Tuangkan ke dalam bekas kedap udara 6. Biar je atas meja semalaman 7. Esoknya dah jadi 1 tub homemade plain yogurt 😍 8. Simpan dalam peti sejuk sentiasa TEMPOH KETAHANAN:

Food Review : Congo Bar by MAMASAB Bakery

I love dessert ❤️ Tapi tak semua. I only love to eat dessert yg ada coklat. Contoh macam Congo Bar. And the best Congo Bar in town yg saya pernah rasa ialah from MAMASAB Bakery! Taktau nak explain sedap dia macam mana weh. Tapi memang sedap teruk lah. Pernah dah rasa yg lain, tapi tak sesedap MAMASAB punya Congo Bar. My husband really loves Congo Bar. And I surprised him with this on his birthday.  Bila makan Congo Bar ni dia macam cair dimulut. Chocolate chips dia banyak, tak lokek pun. Berbaloi dengan harga RM35 untuk 1 box macam ni. Sesuai utk makan makan celebrate birthday 1 family yg ada 5 hingga 6 orang. Kalau makan berdua je, banyakla gula dalam darah. Bahaya bahaya! Walaupun kami berdua memang on diet sekarang, tapi tak salah kalau nak beli something like this untuk celebrate. Kena kawal la makan tu. Tak boleh la makan banyak kan. Kitorang makan sikit, yg lain bagi dekat family mertua 💖 Begitu.

Food Review : Mission Wraps Wholegrain

Korang suka wrap? Selalunya guna brand apa? Ni first time husband I beli. Mintak saya buatkan Chicken Wrap ala ala Subway gitu. My husband suka sangat beli roasted chicken from Baker's Cottage. Tapi kitorang paling lemah nak habiskan bahagian dada 🤣 Yelah, paling suka part kepak dengan peha and thighs je kan. My husband suka beli seekor terus. Sedap and harga berbaloi. Harga wraps ni RM6.65, ada 8 keping kat dalam.  So bahagian dada yg lebih tu, dia mintak buatkan Chicken Wrap ala ala Subway ni.  Sedap jugak guna wraps ni. Memang rasa macam Subway hihi. Dengan rasa roasted chicken yg padu. Ditambah dengan salad segar, hirisan bawang merah, sos cili, mayonis, thousand island. Tomato and cucumber lagi. Wow asyikkkk! Yg bentuk segi tiga tu, saya belajar buat masa tertengok video kat mana entah. Memang jadi kemas lipatan dia. Yg gulung panjang tu salah buat sebenarnya haha 😂 Kau main gulung je kan! Tak tertengok pulak kat plastik wrap tu ada cara dia. Saya ikut cara ni 👆👆👆 Senang

Segmen Blogwalking by Si Hati Berbolak Balik

Wow dah lama tak join segmen. Walaupun blog saya dah completely change sampai tak tau siapa gerangan empunya, tapi tak salahkan nak join? 🤭 Saja nak isi masa lapang spend time dengan blog ni join segmen/giveaway yg ada. Ceriakan balik mood sebab bisnes tengah ada problem sekarang. Takleh nak buat apa dulu. Boleh cuba bertenang je dulu. Hihi. Korang boleh klik banner utk join sama ❤️

Food Review : Daging Harimau Menangis Hany Thai Kitchen

Hmm memang sedap sangat Daging Harimau Menangis by Hany Thai Kitchen ni. Nak tau apa yg paling best? Dia punya sambal Thai tu lain daripada yang lain 😍 Bukan biasa biasa tau Dalam sambal Thai dia siap ada daun ketumbar, rasa masam manis yang memang buat kecur air liur. Pada saya, berbaloi dengan harga dia. Part daging pulak pun sedap sangat perapan dia. Rasa cukup. Sedap makan dengan nasi panas panas. Saya grill je atas magic pan sampai air dia kering. 1 paket ni saya makan berdua je dengan husband 🤤 Alahai asyik terasa bila makan dengan sambal Thai padu dia tu. Tengok gambar pun tau dah sedap kan? Saya pernah try brand yg ni je. Brand yg lain saya tak pasti sedap ke tak? Korang ada suggestion brand lain yang sedap jugak tak? So far tengok review, ramai kata Hany Thai ni antara yg paling terbaik 👍