Skip to main content

Resepi : Homemade Plain Yogurt

Sekarang kan tengah diet. Tapi saya tak la mengamalkan strict diet pun. Cuma, adding more veggies and fruits into my diet seperti saranan my favourite fitness trainer, Kayla Itsines. 

More variety, more nutrients, more fun! 

So haritu ada kawan ajar buat Homemade Plain Yogurt 💖 Senang je rupanya eheeee. Sedap betul makan dengan buah naga merah ni macam. Aaa drooling! 


Bahan bahan mudah je:

1. Sekotak susu segar (saiz besar) 

2. Sebekas plain yogurt yg selalu kita beli yg ada sudu tu, tak perlu beli yg dalam tub besar tu


CARA BUAT HOMEMADE PLAIN YOGURT :

1. Panaskan sekotak susu segar dalam periuk dengan api yang perlahan

2. Kacau kacau dengan perlahan hingga timbul buih buih kecil tanda susu tu dah mendidih sikit

3. Tutup api dan biarkan susu suam suam sikit

4. Bila susu dah suam, masukkan yogurt dan kacau sebati

5. Tuangkan ke dalam bekas kedap udara

6. Biar je atas meja semalaman

7. Esoknya dah jadi 1 tub homemade plain yogurt 😍

8. Simpan dalam peti sejuk sentiasa


TEMPOH KETAHANAN: Kena habiskan dalam masa seminggu ya


Setakat ni, buat dengan susu segar putih je yg jadi. Haritu try buat susu strawberry tak jadi yogurt 😅 Sedih..... 

Susu strawberry tu saya letak je dalam freezer. Nak tunggu fruit blender beli kat Shopee sampai, kita buat smoothies je hihi. Nyumsss ❤️