Skip to main content

Shopee Review : Baby Brooch Comel

Haaa.. kalini nak review barang Shopee baik punya 👍🏻 Kita dah banyak kali repeat order dah Baby Brooch Comel from this shop. Sebab memang comel comel je, walaupun dia kasi random design. Selalu repeat order Baby Brooch ni untuk kita kasi Free Gift pada customer yg shopping dengan kita. Ramai customer suka kalau dapat free gift baby brooch, sebab pin tudung perempuan kan ada kaki, selalu hilang tanpa dikesan hahahaha!


Kita selalu order 100pcs terus dengan harga tak sampai RM20. Disebabkan harga dia berubah ubah sebab ada sale kan kadang kadang, jadi tak ingat harga sebenar. Tu yg best Shopee ni, jadi addicted kadang kadang shopping kat situ. Bahaya hahah.


So kalau korang online seller, mesti tercari cari nak kasi free gift apa yg orang suka and happy bila dapat? Bagi baby brooch je, orang selalu akan bagi feedback seronok dapat as free gift sebab takyah beli dah. Dari segi kualiti, nice je. Ada la 1 2 tu kadang kadang pin nya hilang atau tertanggal tetiba. But overall memang suka la beli kat shop ni sebab laju giler dia proses order. Sekejapan cuma esoknya dah sampai.


Design comel comel je ❤️ Selain baby brooch, shop ni ada jual macam macam lagi tudung accessories contohnya ring tudung. Cantikkkkk! Korang boleh tekan LINK NI untuk ke shop tu. Shopee kedai ni lawa je tersusun cantik produk dia