Skip to main content

Shopee Review : Toilet Bowl Cleaner + Refresher

Macam best je kan kalau buat Shopee Review kat blog. Since I dah suka sangat shopping kat Shopee 😂🛒🛍️ Serious barang murah and okay okay je kualitinya.



Okay, my first Shopee Review would be this Semperit Toilet. Hahaha kakak I yg bagi nama ni. Lol. Kelakar. Semperit toilet pun boleh la sebab memang kena cetak gel tu pastu nanti gel tu jadi bentuk bunga macam biskut semperit haha!


So, I dah repeat beli kat kedai Shopee yg ni berkali kali dah. Dah try seeeeemua flavours. Pada pendapat I, the most refreshes flavour is GARDENIA and LEMON je. Flavours yg lain setakat wangi, tapi tak menyegarkan. Still ada bau kurang menyenangkan. 

Sebagai cleaner, yes memang clean je toilet bowl tu. Takde pun kesan kuning kuning or gelap gelap walau lama tak gosok dengan berus toilet. 


Masa first time beli, punyalah obses nak flush toilet banyak kali 🤣 Haha kanak kanak sungguh. Overall, memang suka repeat beli. Cuma akan repeat GARDENIA and LEMON sahaja. Baru je jap tadi shopping sebab stok habis dah kat rumah. 

1 tube ni boleh cetak semperit dalam lebih kurang 8-10 kali and tahan dalam lebih kurang seminggu dua. Best tau, kalau korang suka deco deco, boleh la beli je semua warna pastu cetak la setiap 1 colour tu susun elok elok kat mangkuk jamban tu.


Takde keje kan? Tapi benda macam ni lah kadang kadang buat surirumah macam saya happy, sebab toilet I comel dan wangi ❤️

Okay done Shopee Review yg pertama. Akan menyusul lebih banyak lagi Shopee Review sebab memang best lah shopping kat Shopee haha!

Nak shopping semperit toilet? Meh tekan SINI