Shopee Review : Lilin Aromaterapi Pewangi Rumah

Saya mula terjebak dengan lilin wangi ni sebab kakak saya guna. Suka bau bauan dia sebab sweet je and sangat menenangkan 😍 Aaaaaa suka bila rumah bau wangi. Walaupun rumah kita takde aircond, tapi bauan dia tetap mewangi gittew.

Saya suka shopping melties dekat kedai Shopee yg NI. Dari suggestion kakak jugak, sebab memang dia selalu beli kat situ. 

Ada banyak jenis scent yg boleh dipilih ikut citahidung masing masing. My most favourite is Night Owl. Mix of Vanilla and Lavender. Menerbitkan rasa calm and buat kita mudah nak tido. Besttt!

Apa yg kita perlu ada as starter?


Kena ada burner, melties (scented candles) and also tealight candle. Kalau baru nak try, ambik All In One Melties Set for beginners ni. Dia include 2 jenis scent yang kita boleh pilih. Harga set ni RM45 sahaja. 

Nanti bila dah habis, try pulak scent lain. Packaging dia macam ni. Harga RM13 je untuk 1 bar tu.

1 ketul kecik tu boleh mewangikan small room. Kalau bilik besar or medium sized, letak 2 ketul. Kalau siling jenis tinggi, 3 ketul. Adjust la ikut kesukaan. Nak bau light ke nak bau kuat.


Kadang kadang tu, dia bagi yang bentuk comel macam ni. Bau candle wax ni wangi je bila dah sampai tu. Suka sangat bau dia. Rasa calm and cozy bila rumah bau wangi tau.



Inilah dia antara scent melties from Buddy's Natural. Boleh pilih ikut citahidung masing masing. Saya pernah try Night Owl, Coconutilla, Cherry Pie, Chewing Gum and Candy Rose. Ohh 1 lagi Fruit Punch! Sedap bau diaaaa 😍

Lepas korang masak memasak kat dapur tu, bolehlah pasang lilin ni untuk nyahkan bau. Barulah rumah kembali calm and cozyy 💕 Nak tido pun pasang. Senang nak lelap.

Bila wax tu dah tak panas, dia akan beku kan? Cara nak remove dia senang je. Masa nak burn lilin baru, panaskan sekejap burner tu dengan tealight candle. Wax yg beku tadi akan tanggal dengan mudahnya. Then, letakla yg baru. 

1 tealight candle boleh tahan 4 jam pembakaran. Haa kalau korang jenis suka lilin wangi, jom cuba ❤️ Tekan gambar bawah ni untuk terus ke Shopee tu



Comments

Aisya Ismail said…
Kalau tengok gambar je tak baca ingatkan candy rupanya candle.
Atie Zieya said…
i love scented candles :)
edahyukarim said…
Comel pulak candle ni..hehe

SPECIAL FREE GIFT FOR LUCKY VISITOR!

Nak menang FREE GIFT? Kalau anda pengunjung ke 117,000 plus minus, screenshot dan send ke email syafiqahatta@gmail.com ya ❤️ Kita kasi hadiah kat orang pertama yg email.

Good luck!

JEJAK KUNJUNG

RAKAN BLOGGERS