Not My Day

Harini macam macam jadi. Dugaan bulan puasa agaknya. 

Ada anak team buat hal. Naik nama kita sebab dia. Dapat warning letter pulak lagi. Sedih betul. Benda dah cakap banyak kali dalam group takleh buat. Dia buat jugak. Tak alert dalam group. Boleh cakap taktau. Anak team lain semua cakap kita dah pernah bagitau.

Menggeletar rasa bila nama kita naik sebab anak team buat silap. Kena terminate terus dia dengan orang atasan. Kita takleh nak buat apa dah. Sedih jugak. Terus badmood sebab pagi pagi dah kena hadap benda ni.

Pastu satu hal lagi. Kena hadap perselisihan faham. Manusia ni nak kita je ikut cakap dia. Kita ni taknak buat sebab nak elak benda buruk berulang lagi. Yg sakit hatinya kita nanti, bukan dia. Dia tak hadap benda tu, senanglah cakap. Kita ni yg terluka hati. Takkan nak tiap kali raya pun terasa hati.

Nak kita je accept perangai orang. Kita ni takde hati dan perasaan ke? Boleh nak telan kepahitan tu kalau bendanya tak sengaja. Tapi kalau sengaja diundang, kita taknak la hadap. Susah nak move on nanti. Haritu pun ambik masa nak let go perasaan tu.

Kita bukan tak suka. Tapi kalau boleh nak elakkan. Kita ni selamanya orang luar je pun. Bukan siapa siapa. Semua benda kat dunia ni kita sedar kita pinjam je dari Allah.

Sekarang dah malas nak fikir orang suka ke tak suka dengan kita. Yang hadapnya kita. Biarlah apa nak jadi pun. Kita serahkan je pada Allah. 

Today is my gloomy emotional hangry and sad day. Takde mood nak update socmed bisnes. Takde mood nak buat apa pun. Moga hati ni tetap cekal hadapi cabaran and dugaan ni.


Comments

SPECIAL FREE GIFT FOR LUCKY VISITOR!

Nak menang FREE GIFT? Kalau anda pengunjung ke 117,000 plus minus, screenshot dan send ke email syafiqahatta@gmail.com ya ❤️ Kita kasi hadiah kat orang pertama yg email.

Good luck!

JEJAK KUNJUNG

RAKAN BLOGGERS